Saturday, November 7, 2009

MEMORI INDAH ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL 2009.


Bagaimanakah agaknya suasana konvokesyen pelajar2 JAD di Unisel atau di Jepun suatu hari nanti?

(Bantuan: Mohon sebarkan maklumat dan artikel terkini dalam blog saya kepada rakan2 yang belum berkesempatan melawat blog ini melalui Yahoo Messenger- YM. Kerjasama anda amat dihargai. Prof. Shukor)

Berjumpa lagi dengan sdra-sdri pelajar2 JAD di Unisel mahupun di Nippon.

Seperti yang sdra-sdri sedia maklum, Unisel telah mengadakan istiadat konvokesyen ke-4 pada 31 Okt dan 1 Nov 2009 (yakni pada weekend yang lepas). Sebagai ahli Senat Universiti, saya dijemput hadir dan diberikan tempat duduk di atas pentas bersama-sama Canselor Unisel, iaitu, Yg Amat Bhg. Datin Seri Rosmah binti Mansor.

Saya ingin ambil peluang ini untuk berkongsi dengan sdra-sdri tentang detik-detik manis yang berlaku pada konvokesyen tersebut. Untuk makluman, Hari Konvokesyen merupakan detik bersejarah bagi setiap graduan universiti kerana mereka akan menerima scroll dari Canselor (...yang kertas-nya berharga RM5-RM10 sahaja) sebagai bukti bahawa mereka telah menamatkan pengajian di bidang masing-masing selama 4, 5, atau 6 tahun) dengan jumlah yuran dan perbelanjaan sebanyak RM50,000 hingga RM80,000 sahaja. Jumlah perbelanjaan untuk 5 tahun bagi pelajar2 JAD pula ialah RM400,000.00 ke RM500,000.00. Dan kalau buat Master degree 2 tahun lagi di Jepun, belanjanya ialah RM300,000.00. Total bachelor + master degree untuk JAD Program = RM700,000 ke RM800,000.....Wow! Wow! Wow!

Dan kepada graduan2 yang belajar menggunakan wang PTPTN, bermulalah detik membayar pinjaman tersebut setiap bulan walaupun mereka mendapat 1st Class atau 2nd Class. Oh!... beruntungnya jadi pelajar2 JAD di Unisel, tak perlu bayar apa-apa kecuali gagal atau berhenti semasa dalam pengajian. Pergi-balik ke Unisel ada driver datang ambil - free of charge - ...... Marilah kita bersimpati dengan nasib graduan yang belajar menggunakan dana PTPTN.


Justeru itu, saya mengajak sdra-sdri marilah kita sama-sama berkongsi kejayaan graduan2 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) - Kejuruteraan Mekanikal - saksikan foto-foto yang sempat saya rakamkan di bawah ini:

Makluman - Graduan2 ini adalah pelajar2 dibawah penyeliaan saya yakni saya sebagai Penasihat Akademik. Mereka2 ini tidak mendapat kejayaan SPM yang cemerlang - sebijik macam saya - pelajar2 JAD Batch 3 dah tahu results SPM saya, justeru itu cabaran yang hebat bagi saya untuk membimbing mereka sepanjang 4-5 tahun bersama-sama saya di Fakulti Kejuruteraan, Unisel.

Sila klik pada foto-foto tersebut untuk paparan yang lebih jelas lagi. TQ.


Foto (Atas & bawah) - Mereka mengambil masa 6-8 tahun untuk dapat bacelor degree. Namun mereka sanggup bertahan dan berusaha.
Foto Atas - Dua pelajar wanita yang konsisten dan sabar bersama-sama saya untuk menamatkan pengajian mereka.

Foto Atas - Aksi menarik graduan Kej. Mekanikal bersama saya di Dataran Unisel pada 31 Oktober 2009. Letih untuk menunaikan permintaan jurugambar yang ramai tu....

Foto Atas - Antara graduan paling 'berumur' dalam bacelor degree di bawah penyeliaan saya.

Foto Atas - Kami sedang bersedia untuk baling mortar (topi) ke atas......


Foto Atas - YESSSSSS....... kami dah graduate!!!!
Foto Atas - Masing-masing berebut-rebut untuk bergambar dengan saya......

Foto Atas - Sdri Liyana antara pelajar saya yang bermasalah dari aspek kehadiran ke kuliah kerana perlu mencari pendapatan tambahan kerana masalah kewangan. Dia buat tuisyen untuk pelajar2 SPM di sekitar Puncak Alam. Tapi alhamdulillah, berjaya. Foto ini dirakam oleh ahli keluarga beliau.


Foto Atas - Mudah-mudahan saat indah ini akan tetap bersemadi di hati graduan dan terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta.

Moga2 kita mendapat iktibar dan pengajaran berguna dari kejayaan mereka.

Sekian.

Prof. Abdul Shukor

Kota Kemuning.




2 comments:

  1. sy tertarik dengan kisah2 sebalik kejayaan untuk mendapatkan segulung ijazah,tika mana masalah kewangan jadi beban,kesuntukan masa akibat kerja sambilan jadi himpitan lalu akibatnya kelas ketinggalan dan keputusan cemerlang gagal diterjemahkan.
    pada masa yg sama sy bermuhasabah,merasakan diri bagai anak emas yg sangat tenteram di bawah ketiak YPM,macam anak kecil bila menangis mahukan susu maka disuap sampai kenyang,mungkin cukup menggambarkan betapa senagnya kami mendapat duit biasiswa,elaun buku dan pakaian dan setelah graduasi,tiada along atau pihak berwajib nak main kejar-kejar minta hutang dijelaskan.Sangat jauh berbeza dengan pelajar biayaan PTPTN,setelah graduasi hutang datang berceti-ceti,sedangkan kerja belum terjamin lagi
    Pada telahan saya,manusia ataupun bangsa itu akan sedar,kuat bila dia rasa susah,maka akan wujud elemen 'survive' yang menjadi antidot mahupun steroid mahakuat untuk keluar dari kesusahan.Mungkin prof telah selusuri sejarah bangsa Yahudi yang asal layaknya hanya bangsa buangan era Eropah kolonial hinggalah zaman tirani Hitler,namun dengan 'survive' bangsa ini memonopoli dunia sehingga kini.10 bulan berada di Jepun pemerhatian saya terhadap bangsa Jepun,tekad mengatakan mereka juga 'survivor',atas alasan andai mereka tak bersusah payah bekerja kuat,Jepun hanya berangan untuk maju kerana Jepun bukannya ladang suvarnabhumi seperti Malaysia yang kaya dengan emas hitam,kuning dan segala macam sumber
    Pelajar JAD khusunya perlu rasa apa itu kesusahan hidup,ini pendapat saya.Kalau asyik lali atas katil empuk Taman Bukit Pelangi,sampai bila pon pelajar JAD akan kekal bagai bayi yang sangat2 lena,tiba masa untuk dewasa,bayi kekal dengan sifat bayinya.Bukan maksud saya pelajar JAD perlu dicatu duit dan makannya,dipindah ke pondok pulak tapi sekurang-kurangnya didedahkan dengan kesusahan pelajar-pelajar yang belajar menggunakan duit sendiri

    p/s='banyaknya 'A+' kita disulam dengan duit,makan dan apartment free,tapi ada yang 'A nya nampak x nampak,C nya menari2 atas slip exam,tapi perencahnya kesusahan hidup,duit dan makan x cukup..mana satu akan jadi output paling 'cream'?

    ReplyDelete
  2. Kepada vegetable_kamo,

    Salam, saya amat berterima kasih di atas respons sdra atau sdri. Maaf kalau silap sebab tak kenal tuan punya diri sebenar. Boleh emel pd saya di dekanjad@gmail.com.

    Saya ucapkan syabas di atas ekpresi yg dituliskan. Ternyata bahawa sdra atau sdri cukup prihatin dengan amanah yang dipikul. Masalah yang kami hadapi di kalangan pelajar2 JAD ramai yang belum sedar erti pemberian biasiswa YPM dan harapan kami terhadap mereka. Dek kerana semua kemudahan disediakan, mereka (sebahagian darinya) kurang insaf. Kes-kes seperti kehilangan kamus elektronik Jepun, sikap kurang sopan dan tahap disiplin yang teruk menunjukkan ada dikalangan pelajar2 JAD masih tertidur walaupun hakikatnya mereka berjaya dalam akademik.

    Moga2 sdra atau sdri boleh memainkna peranan sebagai pengingat atau pembawa khabar kepada rakan2 ttg mustahaknya pelajar2 JAD menjadi modal insan yg menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara.

    Salam,

    Prof. Abdul Shukor.

    ReplyDelete