Friday, October 30, 2009

SAMA-SAMA PROMOSI-KAN MAKLUMAT INI.

Sila klik pada banner di bawah untuk paparan yang lebih jelas lagi.

Diharapkan sdra-sdri dapat memaklumkan kepada pihak ibu-bapa atau mereka-mereka yang bekerja dan ingin mendapatkan khidmat pakar dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sila-lah hubungi saya.

Salam

Prof. Abdul Shukor.

Sunday, October 25, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARIRAYA AIDIL-FITRI JAD 2009 PADA JUMAAT 23 OKTOBER JAM 5.30 PETANG.

Salam utk semua pelajar2 JAD yg diingati,

Syukur Alhamdulillah, saya dapat sama-sama menikmati majlis sambutan Hariraya Aidil-fitri JAD 2009 buat pertama kalinya. Dan pertama kali juga saya join majlis hariraya aidil-fitri di luar bulan Syawal. Tapi takpe. Yg penting dapat makan. Tahniah kepada MPP JAD, pelajar2 yg terbabit menyediakan makanan, menyediakan peralatan serta mengambil bahagian semasa majlis berlangsung.


Sempat juga merakamkan beberapa foto sebagai memori untuk saya dan dikongsikan bersama pelajar-pelajar JAD.

Foto bersama sensei (wanita) Jepun.
Sensei2 Jepun ni sempat mengenakan pakaian kebangsaan kita dan menjamu selera. Ada seorang sensei perempuan di JAD berjumpa dengan saya. Dia kata yg dia berminat nak cari orang Malaysia (Melayu atau Cina) untuk berkahwin. Bolehlah tolong promosi kot-kot ada sedara, pak sedara atau cikgu2 lelaki di SBP yang berminat.... Saya ada maklumat sensei ni...

Foto-foto bersama-sama pelajar-pelajar JAD.

Foto di atas ni bersama Cik-Kak2 Batch 3 JAD. Seronok dapat bergambar Dekan JAD...sehingga terbit senyuman yang manis-manis.....ternampak gigi lagi.... Jangan himpit saya kuat-kuat! Sakit bahu saya dibuatnya. Maklumlah ada 4 orang! Kira dah cukup kuoram ni... Moga-moga senyuman manis pelajar2 JAD akan tetap berpanjangan walaupun usia telah meningkat, bebanan tugas dan tanggungjawab kerjaya dan keluarga bertambah, tetapi tetap 'MAINTAIN', walaupun bergelar engineer, ceria dan sentiasa kelihatan muda macam....., macam siapa ye?.... macam SAYA lah...contoh yang mudah!

Berselera betul sdri-sdri kita makan sehingga duduk atas lantai di dewan serbaguna Unisel ni... Takpe. Yang penting enjoy dan kenyang! Nanti di Jepun, bila Hariraya buat jamuan macam ni juga....

Foto sensei dan staf pentadbiran JAD yang banyak membantu pelajar-pelajar kita.
Beginilah coretan memori majlis hariraya aidil-fitri JAD 2009. Semoga ikatan silaturrahim yang telah terjalin akan kekal berpanjangan hendaknya.

Sekian.

Prof. Abdul Shukor
Shah Alam, Malaysia.




Friday, October 16, 2009

KREATIVITI YANG BERMANFAAT ATAU TIDAK?

Tidak dinafikan manusia diciptakan dengan akal yang istimewa. Gambar-gambar berikut menunjukkan kemahiran artistik pereka perhiasan meja makan. Tapi yang menjadi mangsa ialah buah tembikai.

Sdra-sdri boleh buat perhiasan sebegini ke? Dengan segala ilmu dalam 'circuit design', 'strength of materials', AutoCAD, engineering maths, dan physics, tentu boleh hasilkan satu perhiasan yang terbaik? Atau baik kita MAKAN aje tembikai ni...

Lets enjoy them.

Prof. Abdul Shukor


And the WINNER is......

Thursday, October 15, 2009

KIPAS ANGIN TANPA KIPAS? BOLEH PERCAYA KE?

Untuk difikir-fikirkan oleh pelajar2 JAD yang bijak pandai.

Cerita nya macam ini. Sir James Dyson dari England telah mencipta satu produk baru iaitu kipas angin elektrik yang menghasilkan angin TANPA sebilah kipas pun. Betul ke? Boleh percaya ke? Macam ni boleh lah kita beli dan hadiahkan kepada Atuk dan Nenek di kampong....



I am very proud. We've been working on this for four years," he said.

The gadget will cost £199 and will initially be available in upmarket department stores and design shops, before it is sold via the Argos catalogue next year. This is significantly more expensive than the average price for a standard desk fan with blades, which is £18 in Britain.

However, Dyson is confident that the design – a large ring of plastic on top of a pedestal – and technology is radical enough to persuade people to spend extra on the product.

The Air Multiplier works by sucking in one unit of air at the base, and pushing it out at speed through a thin gap in the fan's ring. The expelled air is pushed out over an airfoil-shaped ramp (similar in shape the wing of an aeroplane). In doing so, surrounding air is drawn into the air flow, so by the time the cool air hits an office worker's face, it is the equivalent of 15 units of air.

In all, 405 litres of air are expelled every second.

However, Sir James insists it is not just more efficient than a standard fan – which expels one unit of air for every one taken in – it also creates a far smoother airflow.

"Normal fans chop up the air with the blade, which is very uncomfortable when you are sitting in front of a fan. It buffets you. This is far smoother."

Dyson hopes that while the market for fans in Britain is relatively small, America, Australia and Japan will snap up the device.

Sir James, who made his fortune and reputation thanks to his bagless vacuum cleaners, confirmed he would gladly work for a Conservative government if they won the general election.

"I am keen to promote engineering and technology in any capacity," he said, but hinted he might not actually become a minister. Asked if he would sit on the Conservative or cross-benches if he was offered a peerage, he said: "I have always been apolitical."

The fans will be made in Malaysia, as all of Dyson's products now are. "But, crucially, they will be exported from Britain," said Sir James. "We do all our research and development in Wiltshire, and we pay taxes here."



So, apa komen sdra-sdri? Betul ke angin boleh dihasilkan tanpa kipas? Mungkin selepas ini ada pencipta-pencipta produk kejuruteraan di kalangan pelajar2 JAD yang boleh menghasilkan kereta untuk kegunaan rakyat biasa di Malaysia TANPA tayar tetapi boleh bergerak di atas jalanraya, kawasan FELDA dan kampong?

Fikir2 kan
.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

Saturday, October 10, 2009

ENGINEERING WONDERS - GRAND CANYON SKYWALK IN USA

Salam untuk semua pelajar2 JAD sekelian,

Selamat kembali ke alam pengajian JAD yang serba mencabar.....Nak buat macamana lagi?

OK, saya ingin berkongsi satu impian saya.

Saya dah menyelam di Great Barrier Reef, Australia, saya telah berada di puncak Eiffel Tower, PARIS, telah melawat Menara Condong PISA (Leaning Tower of Pisa) di Itali, saya pernah turun lebih 1 KM dalam lombong arang batu (underground) di Coventry, England, melihat sendiri bagaimana kerja-kerja melombong arang batu bawah tanah dijalankan. Gelap teramat gelap dan kalau berlaku gempa bumi dengan skala richter 3 atau 4, alamat terus tinggal dalam tu....


Ada satu impian saya kalau diizinkan Allah dan ada kelebihan rezeki. Saya ingin melawat ke Grand Canyon Skywalk, Colorado, USA. Sebagai seorang mechanical engineer, saya amat berminat untuk mengetahui aspek kejuruteraan berkaitan Skywalk ini.

OK, what so great about this Grand Canyon Skywalk? Right, sekiranya sdra-sdri memang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang ENGINEER samada mechanical, EE, design engineer, structural engineer, automation engineer, bla...bla...bla...ANDA seharusnya ada minat tentang Skywalk ini.


The Grand Canyon Skywalk is an architectural marvel. The Skywalk was completed in March, 2007 after 2.5 years and 30 million dollars worth of hard work and engineering. This structure weighs an astonishing 1.571 million pounds, and was built to withstand an excess of 71 million pounds in weight on top of it. (That’s the equivalent of 71 fully-loaded 747 airliners piled one on top of the other!) This amazing ability to withstand weight as well as the forces of nature is due to the Skywalk’s 2 inch thick steel frame which is designed specifically to flex in the heat, cold, and wind. This frame is anchored to the Grand Canyon by casens and micro piles measuring 46 feet down into the solid bedrock. The specially-made German glass which forms the platform for our guests to walk the experience also plays a big part in the durability and beauty of Skywalk. Each of the 46 panes forming the walkway are constructed of 5-layers of glass bonded together and laminated, weighing in at 1,200 lbs a piece, and making the glass incredibly strong while still providing a crystal-clear view of the canyon below.

Menara Berkembar Petronas: 455 meter tinggi dan 88 tingkat.

Grand Canyon Skywalk: 4000 kaki tinggi dan menyamai 400 tingkat.

Lihat dan amatilah video klip berikut (dgn background music lagu Red Indians sebab Grand Canyon adalah tanah suci kaum Red Indians di USA):



Dari aspek mekanikal, antara cabaran terbesar ialah bagaimana membina satu struktur 'cantilever beam' berbentuk horse shoe yang boleh menampung hampir 71 juta pounds force pada ketinggian 4000 kaki. Subjek 'Engineering Mechanics, Strength of Materials, Engineering Materials' antara yang amat releven.

Dari aspek EE pula, bagaimana rekabentuk sistem kawalan untuk memantau segala sensor yang ada seperti overweight, overload of electrical energy dan lain-lain. So, ladies and gentlemen, perkara2 sebeginilah yang sepatutnya menambahkan lagi minat sdra-sdri untuk menjadi seorang ENGINEER yang berwibawa dan dihormati.

Pastikan all the core subjects in ME dan EEE difahami betul-betul. dan bila exam pula, mendapat markah yang tinggi sebagai bukti bahawa sdra-sdri benar-benar memahami subjek berkenaan. Tapi kalau setakat cukup makan atau gagal subjek Part 1, pulak tu gagal subjek Part 2, alamat jadi SALES ENGINEER aje lah, silap-silap dapat Sijil Kehadiran kursus diploma Unisel.......insaflah dek ooiiii....

OK, Website for Grand Canyon Skywalk: http://www.grandcanyonskywalk.com/

Sekian.

Salam dan siapa2 yang dah kata nak datang ke rumah saya tu, silakan lah....

Prof. Abdul Shukor

Sunday, October 4, 2009

PROGRAM BTN DAN HARI INI DALAM SEJARAH.

SELAMAT MENJALANI AKTIVITI-AKTIVITI DI BTN UNTUK BATCH 3 JAD.

Kepada sdra2 & sdri2 yang akan menghadiri kursus BTN pada 5 Oktober hingga 9 Oktober 2009, saya ucapkan Selamat Berjaya. Ambillah peluang menghadiri program BTN ini untuk mematangkan diri sdra-sdri terutama memperkemaskan persepsi dan jatidiri anda. Perlu diingat bahawa, agenda utama anda hendak menjadi seorang 'engineer' yang berintegriti dan dihormati kerana ilmu dan sumbangan professional anda melalui kerjaya masing-masing. Tetapi di masa yang sama, anda perlu menginsafi bahawa, manusia di sekeliling anda akan menilai anda bukan sahaja sebagai engineer, tetapi sebagai insan yang dapat menabur bakti dalam apa sahaja aktiviti kemasyarakatan terutama aktiviti-aktiviti bercorak 'community service'. Saya yakin program BTN bertujuan untuk memberikan anda semua maklumat dan pendedahan tentang bagaimana hendak membabitkan diri anda sebagai manusia yang dikelilingi oleh masyarakat setempat samada di kawasan perumahan anda atau pun di tempat kerja pada suatu hari kelak.

Sdra-sdri perlu menginsafi bahawa anda sebenarnya 'berhutang wang' dan 'budi' dengan masyarakat Malaysia di sekeliling anda kerana mereka juga 'membiayai' pengajian anda selama 5 tahun yang hampir berjumlah RM400,000 hingga RM500,000 untuk setiap pelajar JAD. Mereka (dan saya juga) adalah pembayar-pembayar cukai pendapatan, perniagaan, harta dan lain-lain kepada Kerajaan Malaysia.

Banyak aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang bakal boleh anda sumbangkan apabila telah bekerja pada masa hadapan. Boleh babitkan diri di kawasan perumahan sebagai AJK penduduk, dalam PIBG sekolah, AJK Masjid dan Surau, AJK yang aktif dalam badan-badan sukarela di peringkat daerah, negeri dan negara. Saya juga sempat memainkan peranan-peranan sukarela sepanjang karier saya bekerja di Malaysia. Dan yang paling meresap ke dalam jiwa saya ialah semasa saya menjadi Pengerusi Surau Al-Hijrah, Kota Kemuning, Shah Alam pada tahun 2004-2005. Saat yang paling manis sekali apabila Surau Al-Hijrah Kota Kemuning menerima kelulusan (permit) dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mendirikan Solat Jumaat buat pertama kalinya pada 3 Disember 2004 (hampir 5 tahun yang lalu). Ini yang saya maksudkan 'Hari Ini Dalam Sejarah.' Lihat foto di bawah.


Seperti yang saya telah nyatakan beberapa kali sebelum ini, kehebatan akademik sahaja belum mencukupi untuk anda menjadi manusia yang berguna di atas mukabumi ini. Sdra-sdri mesti melengkapkan diri dengan kemahiran bersosial, cara bercakap yang 'confident', keperibadian yang elok dan baik, ikhlas dalam bekerja sebab penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan bukan satu medan untuk 'membuat duit'. Semua ini adalah kerja sukarela dan perlu ikhlas. Balasannya kita serahkan kepada yang Maha Esa.

Dan menghadiri kursus BTN diharapkan dapat meningkatkan pengalaman dan ilmu dalam usaha menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian.

Jumpa lagi.

Prof. Shukor.
Kota Kemuning, Shah Alam.



PENGUMUMAN TENTANG CIK DALIA, ENGINEER FROM CARGILL PALM PRODUCTS SDN. BHD.

Kepada pelajar-pelajar JAD, Batch 3 (U2).

Sdra-Sdri yang masih ingat kepada Cik Dalia Ali Al-Khatiri, penceramah yang datang ke Special Seminar semasa Short Intensive Semester pada 6 Ogos 2009 serta bertemu dengan pelajar-pelajar U2 sekelian.

Cik Dalia telah menamatkan tugas beliau di Cargill Palm Products Sdn. Bhd. dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Master in Engineering Management di University of Birmingham, England sejak September 2009 yang lalu.

Kepada pelajar2 yang ingin terus berkomunikasi dengan Cik Dalia, bolehlah menghubungi beliau melalui emelnya iaitu: matthew_dalia@yahoo.com.
Saya yakin banyak ide-ide dan cerita yang boleh dikongsi bersama beliau untuk manfaat bersama.

Sekian.

Prof. Shukor.