Saturday, February 27, 2010

SEBELUM FEBRUARI 2010 MENGUNDUR DIRI..


FEBRUARI 2010 YANG PENUH BERMAKNA
.


Februari 2010, sesungguhnya kehadiranmu amat membanggakan sekali.

Salam untuk semua,


23, 24 dan 25 Februari 2010
merupakan hari-hari yang mendebarkan dan meletihkan buat diri saya kerana tugasan yang amat berat terpaksa saya lakukan untuk kepentingan dan kesinambungan pengajian pelajar-pelajar JAD.


23 Feb
- Mesyuarat 'Joint Academic Board (JAB)' untuk menganalisis dan membuat kata putus results academic U2.


24 Feb
- Mesyuarat SENAT Unisel ke 66 untuk saya membentangkan dan memohon pengesahan badan tertinggi universiti berkaitan results U2. Tanpa pengesahan Senat Unisel, results U2 tidak SAH dan tidak boleh bergraduat.

Ahli-ahli SENAT terdiri dari Naib Canselor Unisel, Timbalan2 Naib Canselor, Dekan-dekan Fakulti di Unisel, Profesor-profesor yang berkaliber dan berstatus hebat.
Mereka berhak bertanya dan memperhalusi setiap markah U2 yang saya bentangkan... berpeluh juga dibuat untuk saya defense markah-markah terutama prestasi 'beberapa' pelajar U2 yang menjadi tumpuan ramai.....

25 Feb (pagi)
- Mesyuarat SENAT JUG (Japanese Universities Group) dimana saya perlu membentangkan demi mendapatkan pengesahan untuk meluluskan pelajar2 U2 ke Jepun... bagi mudah cakap! Ahli-ahli terdiri dari pengerusi JUG, Prof. Marimoto, wakil2 JUG, YPM, Naib Canselor Unisel dan pensyarah2 kanan JAD.


25 Feb (petang)
- Sesi menyerahkan slip results pelajar2 U2 (2.30 ptg - 6.30 ptg).
Letih dan meletihkan! Namun gembira dapat bertemu dengan semua pljr2 U2.


Ohhh! Saya baru teringat bahawa Februari 2010 juga adalah genap 1 tahun saya diberi tanggungjawab memikul tugas sebagai Dekan Program JAD dan tempoh kontrak Dekan JAD saya adalah berbaki 1 bulan iaitu sehingga 31 MAC 2010.

Apa yang akan berlaku selepas 31 Mac 2010 adalah terpulang kepada pihak YPM kerana jawatan Dekan JAD adalah terpulang kepada pihak YPM untuk menentukannya.


Kepada pelajar2 JAD U2 yang telah mengetahui results masing-masing.... saya ucapkan TAHNIAH! dan Selamat Berangkat Ke Nippon. Dan kepada pelajar2 U2 yang menerima tawaran 'ISTIMEWA' dari Pn. Nurmawati untuk ke Jepun, anggaplah anda amat-amat bertuah sekali kerana anda akan menjadi perhatian utama pihak YPM sepanjang berada di Jepun.

Memang ada sebahagian daripada anda kena belanja saya makan special sebab prestasi results anda membuat saya BERPELUH semasa membentangkan-nya di Mesyuarat SENAT Unisel pada 24 Feb dan SENAT JUG pada 25 Feb.

Terus-terang saya katakan.... memang berpeluh saya dibuatnya. Bayangkan sorang-sorang ahli Senat bertanyakan tentang prestasi Pelajar A, then si B... sebab apa dia dapat markah sebegini... Boleh ke si C ni graduate di Jepun kalau performance sepanjang belajar di JAD Unisel macam ni aje.....?

Kepada yang berjaya mendapat results cemerlang, bersyukur lah ke hadrat Allah dan pastikan kejayaan sebegini akan diteruskan.

Kena ingat bahawa kejayaan anda semua pelajar2 U2 ke Jepun adalah berkat doa ibu-bapa, sanak saudara, dan mereka yang letakkan harapan tinggi kepada anda.

Wah!!! sekarang boleh membayangkan pelajar2 U2 sedang berada dalam kapalterbang MAS Boeing 777 dari KLIA ke Narita. Hmmm....

Tapi ingat, anda ke Jepun bukan untuk melancung atau mengumpul aset semata-mata. Lihat dan baca balik perjanjian anda dengan YPM. 2 tahun lagi untuk mendakap skrol ijazah sarjana muda kejuruteraan bukanlah satu tempoh untuk dipersia-siakan.

Setakat yang dimaklumkan kepada saya ada pelajar2 JAD Batch 1 dan 2 tidak MENJADI.... malah telah meletakkan diri mereka dalam status amat kritikal dan bakal berdepan dengan tindakan dari YPM. Sila ambil iktibar

Anda pelajar2 U2 sedang dalam proses mencari satu detik istimewa atau 'One Moment in Time' yakni untuk bergelar graduan Sarjana Muda Kejuruteraan dari Jepun. So jangan sia-sia kan peluang ini.

Kalau anda merasakan ini sesuatu yang sukar.....bagaimana pula dengan insan dalam klip video berikut? 1000 kali susah dari anda! Tapi kena cuba dan cuba dan cuba sehingga berjaya. Ambillah iktibar.

Kalau Nick boleh bangun dari kekurangan... bagaimana dengan anda?



"If I FAILED 100 times, I TRY again,....and again,..... and AGAIN...."

Ingat lagi kepada adik Zulkifli, 14 tahun? Kekadang seorang insan seperti Nick atau adik Zulkifli ini diciptakan oleh Allah di muka bumi sebagai pembawa satu MESEJ penting untuk kita semua



Bagaimana dengan anda? Takkan nak main-main dan tak serius? 2 tahun di Jepun. Tolong jangan cipta masalah pd diri sendiri, universiti, YPM dan ibu-ayah di Malaysia nanti...

Semasa saya di Melbourne, lagu tema sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, USA berikut menjadi antara mesej inspirasi buat diri saya... Sekadar berkongsi dengan sdra-sdri semua.... Sudi-lah menghayati senikatanya..




Each day I live
I want to be
A day to give
The best of me
I'm only one
But not alone
My finest day
Is yet unknown

I broke my heart
Fought every gain
To taste the sweet
I face the pain
I rise and fall
Yet through it all
This much remains

I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me

Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

I've lived to be
The very best
I want it all
No time for less
I've laid the plans
Now lay the chance
Here in my hands

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me

Give me one moment in time
When I'm racing with destiny

Then in that one moment of time
I will be
I will be
I will be free
I will be
I will be free



Ohh... Aduhai 23, 24 & 25 Februari 2010... Detik-detik yang amat mencabar tetapi membanggakan.

Salam.

Tahniah! Semoga kejayaan cemerlang menanti anda semua di Jepun.

Berilah saya peluang untuk berihat dan mengumpul semula tenaga setelah keletihan sepanjang 4 hari yang lalu....

Di Old Trafford, Manchester, England (Tahun 2002).

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

Saturday, February 20, 2010

OUR TWO TRULY BEST FRIENDS.....


Salam untuk semua,


Ingin berkongsi mesej penting semasa ucapan alu-aluan saya pagi Jumaat, 19 FEB 2010 di LT1, Unisel.


2 perkara yang menjadi kawan baik kita sepanjang hayat kita ialah:
- KENANGAN-KENANGAN INDAH (SWEET MEMORIES)
- PENGALAMAN


Saya ingatkan kepada Batch 3 JAD dan sdra-sdri pelajar semua bahawa pastikan anda memiliki as many sweet memories as possible samada di Unisel, lebih-lebih lagi di Jepun.


Saya sendiri masih boleh ingat kenangan-kenangan indah semasa buat matriks di Brisbane, Australia pada tahun 1982, hampir 29 tahun yang lalu. Seolah-olah ianya baru berlaku semalam!


So, make sure, all of you will have good collections of sweet memories in your life, at Unisel, in Japan, or when working later on....



Memories are part of life whether they are sweet or bitter...but memories are memories...the only difference is that sweet memories are the heaven of our mind which enchant us and remain for longer period while bitter memories rankle in our heart and make our life miserable.


Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose. ~From the television show The Wonder Years

We do not remember days; we remember moments. ~Cesare Pavese, The Burning Brand


(Sweet) Memory is what tells a man that his wife's birthday was yesterday. ~Mario Rocco

Saya dan isteri memiliki terlalu banyak 'sweet memories' untuk dinikmati bersama....


SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PELAJAR2 JAD YANG BERKENAAN.


Terima-lah 2 rangkap pantun dari saya:


Kalau memburu si anak rusa
Jangan lah sampai ke hujung tanjung
Buat lah baik tabur kan jasa
NAMA mu kan disanjung


Tupai melompat di dahan tinggi
Air yang jernih nampak lah bayang
Haruslah kau pandai ambil hati
Dirimu kan DISAYANG


Salam,

Prof. Abdul Shukor
Tanjung Bungah,
Pulau Pinang.

Monday, February 15, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH PROF. SHUKOR


(Nota: Harap2 dibaca oleh semua pelajar2 JAD)

EXACTLY 7 YEARS AGO


DATE: 14 FEBRUARY 2003


LOCATION: CAIRNS, QUEENSLAND, AUSTRALIA.


EVENT: 6th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ENGINEERING EDUCATION


ORGANISER: UNESCO


AND THE WINNER FOR


THE SPECIAL UICEE DIRECTOR'S AWARD FOR 2003 IS..........


Sijil Kemenangan.


Keratan akhbar Berita Harian 25 MAC 2003 yang menceritakan kejayaan menerima anugerah antarabangsa di Australia.


Semasa membentangkan hasil kajian, peluh jantan, peluh betina, peluh sejuk semuanya keluar dari tengkuk saya!!! Kena pulak yang memandang ke arah saya semuanya profesor-profesor yang berumur 60 ke 70 tahun, jenis jangan nak membohong tak tentu pasal!!! Nanti kena ketuk kepala....






Well.... 14 Feb mungkin ada yang sambut Valentine Day, but not for me... 14 Feb 2003 ialah satu tarikh istimewa di mana saya di nobatkan sebagai penerima anugerah istimewa Pengarah UICEE, Unesco 2003 untuk kategori pembentangan kertas penyelidikan terbaik 2003. Satu sumbangan kerdil untuk mengharumkan nama Unisel dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Saya berharap dan meletakkan cabaran kepada pelajar2 JAD yang istimewa dan cerdik-cerdik supaya suatu masa nanti akan mengharumkan nama negara dengan memenangi anugerah di peringkat DUNIA. Tak main le setakat menang di peringkat Program JAD sahaje walaupun ianya satu kejayaan juga. Boleh?

Salah satu ciri yang meletakkan seseorang professional samada engineer atau ahli akademik,, konsultan atau speaker yang hebat ialah keupayaan beliau memenangi anugerah berprestij di peringkat dunia dari badan atau organisasi yang diakui dan disahkan seperti UN, UNESCO, IEEE atau Institute of Engineers di Eropah atau USA atau mana-mana negara.

Saya mendoakan semuga sdra-sdri juga akan beroleh satu pencapaian yang istimewa macam saya atau lebih baik dari saya. AMIN.


MELAWAT KE KELVIN GROVE HIGH SCHOOL, BRISBANE, AUSTRALIA.

LOKASI DI MANA SAYA BUAT MATRIKS PADA TAHUN 1982,


TARIKH LAWATAN: 15 FEBRUARI 2003.


Sesiapa pun tak boleh melupakan satu-satu lokasi yang penting dalam menjalani fasa hidup masing-masing. Dan saya ambil kesempatan menghadiri persidangan antarabangsa di Australia untuk melawat dan mengimbas kembali nostalgia buat matrikulasi di Kelvin Grove High School, Brisbane, Australia.










Kelvin Grove High School yang ku ingati. Di belakang saya ialah Chemistry Lab.



Kota Brisbane dan Brisbane River yang menyimpan 1001 macam kenangan manis
semasa buat Matriks pada tahun 1982.






Rumah sewa saya dan budak2 Maktab Tentera Di Raja di Brisbane pada tahun 1982 (wujud lagi!, tengah renovation......) alamatnya: 26, Kelvin Grove Road, Brisbane. Queensland, Australia.



Selamat Berjaya untuk semua pelajar2 JAD Batch 1,2,3 4 dan 5!




Di antara lagu 'all-time favorite' saya semasa jadi student universiti.

Penyanyi: Utha Likumahua (memang sdra-sdri tak pernah kenal pun. 1988)

Tapi mesej lagu itu yang memang dalam maksudnya.






Lagu: SESAAT KAU HADIR
Penyanyi: Utha Likumahua

Engkau datang
Ketika aku jatuh bangun dan jatuh
Dalam langkah menyusuri kehidupanku yang kelam
Dan hampir-hampirku tak dapat melangkah lagi

Dirimu hadir
Bagaikan sinar menerangi jalanku
Kau tunjukkan arah mana yang kini harus kutempuh
Agar diri ku tak sesat lagi seperti dulu

Reff#

Bersama bayanganmu kasih
Seakan-akan kuterjaga dari mimpi-mimpi
Dari kehidupan yang semu dan melenakanku
Membuat kuterlupa akan segala-galanya

Hari ini hari ini
Aku mencoba berdiri dan melangkah lagi
Bila esok sinar mentari pagi kan bersinar lagi

AKU KAN MENUJU CITA-CITA YANG PASTI


Salam dan Selamat Berjaya Menakluki Dunia!

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Saturday, February 13, 2010

BERSANTAI MERIHATKAN MINDA DAN JASMANI - JUMAAT 12 FEB 2010.

SAMA-SAMA KITA BERIHAT DAN BERSANTAI SEMPENA CUTI RAYA CINA.

LOKASI: BIGFOOD, TTDI JAYA

JUMAAT 12 FEBRUARI 2010 JAM 10.00 MALAM

PROF. SHUKOR & FAMILI.

Kepada semua pelajar2 JAD, ambil-lah peluang cuti panjang ini sehingga 16 FEBRUARI 2010 untuk merihatkan minda

TAPI jangan lupa rancang waktu study betul-betul untuk FINAL EXAM yang akan bersambung mulai 17 FEB 2010. Jangan hampa-kan harapan ayah-bonda dan kami semua......


Untuk pelajar2 Batch 3 (U2) cuma tinggal 1 paper lagi kemudian merdeka! Untuk U1 dan Matriks, tabahkan hati dan cuba-lah bersungguh-sungguh demi masa depan yang gemilang dan sebagai satu bakti penting kepada ayah bonda, agama, bangsa dan negara.

Kepada pelajar2 JAD yang dah jumpa saya minggu ini untuk minta nasihat dan pandangan, cuba-lah buat sungguh-sungguh sebab peluang ni hanya sekali sahaja.

Alright, saya pun nak rihat-rihat setelah penat menjalankan tugas kerja ...


Berkongsi foto-foto suasana makan-makan di BigFood sebentar tadi.....

Selamat MENJAMU mata!


Menu: Sterlion Steak.



Amirah Adilah. Menanti hidangan yang belum sampai.....



Abdul Hafeez dengan Umi dia.....atau Abdul Hafeez dengan kakak dia...Depending at what angle you wish to see.... Salam kepada Mohd Hafiz (U2) dan Atiq (U2). Hidup SASER!!! Nama mu TERATAS!



Luqman Al-Hakim dan Mohd. Fakhrul Najmi (8 tahun) bersama ayah mereka yang selalu kena 'torture'.



Alhamdulillahhhhhh! Kenyang! Siapa punya hidangan niiii.....

OK, Jumpa lagi

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Wednesday, February 10, 2010

BILA BOT DAN KAPAL GUNA LIF UNTUK NAIK ATAU TURUN.

CALEDONIAN CANAL, FORT AUGUSTUS, SCOTLAND.

Diharapkan semua palajar2 JAD telah menjalani peperiksaan akhir semester setakat hari ini dengan sebaik-baiknya! All the best to you all!

Ini mungkin ada kaitan dengan aspek kejuruteraan dan satu pengetahuan tambahan untuk kita semua.
Kita rehat2-kan minda sebentar...

Apa istimewanya Caledonian Canal yang terletak di Fort Augustus, Scotland?



SOALAN: Bagaimana bot dan kapal boleh pergi dari satu tasik ke satu tasik yang lain dalam keadaan kedua-dua tasik TIDAK sama level?

Bagi kita bergerak, ianya sesuatu yang mudah dan simple.... Untuk bergerak dari satu ketinggian ke satu ketinggian yang lain seperti di bangunan tinggi, kita akan guna lif. Tapi bagaimana sebuah bot atau kapal untuk bergerak satu tingkat ke satu tingkat yang lain dengan hanya menggunakan kuasa air? Tanpa guna kren, pulley atau lif yang besar!

Jawapan nya ialah di Caledonian Canal ini.


Caledonian Canal adalah satu terusan air yang dibina di antara Loch Ness (monster!) dan Loch Oich di Fort Augustus. Loch = Tasik (bahasa Scottish!)

Loch Oich lebih TINGGI dari Loch Ness. Untuk membolehkan kapal atau bot bergerak dari satu tasik ke satu tasik yang lain, engineer telah membina 7 locks atau pintu air seperti gambar di bawah. Justeru itu, bot atau kapal boleh naik dan turun seperti lif hanya dengan berada di dalam setiap locks berkenaan. Bot dan kapal boleh turun/naik dengan mengawal isipadu air di dalam setiap lock tersebut. Mudah bukan? Tanpa guna kren atau kabel.


Konsep yang digunakan di Caledonian Canal ini berkait rapat dengan Fluid Mechanics dan Electric Power. So, pelajar2 JAD yang mempelajari subjek2 begini pasti boleh memanfaatkan ilmu tersebut untuk diguna pakai di Malaysia.











Foto atas: Saya di Caledonian Canal, Scotland pada 4 Julai 1989. Masa ni masih ber'couple' dengan isteri. Kelihatan bot-bot telah masuk dalam satu tahap lock dan bersedia untuk dinaikan ke satu lock yang lain. Pemandangan dan situasi yang menarik.


Foto atas: Saya dan Amirah Adilah di Caledonian Canal, Scotland pada tahun 1993. Hari dah senja...


Foto Atas: Saya, isteri, Abdul Hafeez dan Amirah Adilah di Caledonian Canal, Scotland pada tahun 1993.


Lihatlah klip video berikut tentang pergerakan pintu air di Caledonian Canal, Scotland.








Selamat menambahkan pengetahuan. So bila berada di luar negara, gunakan kesempatan untuk mempelajari hal-hal kejuruteraan yang menarik.

Salam,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

Saturday, February 6, 2010

SEJENAK UNTUK MERIHATKAN MINDA DAN JASAD.

Sdra-sdri sekelian,

Semestinya semua pelajar2 JAD sedang bergelumang dan bertungkus lumus demi mempersiapkan diri untuk menghadapi Final Exam yang akan bermula pada 8 Feb 2010.
Selamat Berjaya saya ucapkan. Diharapkan tiada yang kecundang di tengah perjalanan yang masih jauh ini.......

Tapi jangan-lah membahayakan diri sendiri dengan tidak mengindahkan masa untuk berihat, bersantai sekejap, masa mendekatkan diri dengan Pencipta Yang Maha Esa lagi Berkuasa menentukan nasib anda semua.


OK, marilah kita sekali-sekala rihatkan minda demi mencapai ketenangan dan harmoni.
Dek kerana kesibukkan nak dapatkan markah paling tinggi dalam program JAD ini, kita terlupa memerhatikan perkara-perkara di sekeliling kita yang boleh membuatkan kita insaf dan yakin dengan kebesaran Illahi.

Mungkin inilah yang kadangkala menyebabkan minda anda semua berserabut tak tentu hala.



Firman Allah, "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." .... [Ar-Ra'd : 28]
“ Karena itu ingatlah kepadaKu, niscaya Aku akan ingat kepadamu."

Kejadian matahari terbenam adalah satu fenomena yang sungguh indah dan mengkagumkan. Sepatutnya keindahan ini dinikmati dengan mengingati siapakah yang mampu melakukannya. Gambar-gambar di bawah ini sebenarnya di"copy & paste" dari Facebook saya.

Keindahan yang tidak boleh digambarkan dengan ayat-ayat atau perkataan manusia.


Penggunaan corak warna yang mengasyikkan mata memandang.


Ketenangan pasti tercapai dengan tulus ikhlas mengingati kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana.


Setiap yang diciptakan bukan-lah untuk disia-siakan oleh hamba-Nya di dunia ini.


Ingatilah Allah dengan melihat kejadian ciptaan-Nya dan ketenangan pasti akan datang.


Semua makhluk tetap sujud dan membesarkan Pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Hebat.


Kekadang rupa fenomena matahari terbenam seperti di atas seolah-olah menggambarkan kemarahan
Pencipta terhadap insan-insan yang lalai dan lupa untuk mengEsakan-Nya.



Apakah fenomena matahari terbenam seperti di atas ini tidak membawa apa-apa mesej kepada
kita yang sibuk di dunia ini?



Apakah tiada ketenangan tatkala memerhatikan fenomena di atas ini?


Berapa warnakah yang dapat kita kira dalam fenomena di atas? Kagum-kan?


Mungkin penyebab utama minda dan jasad kita berserabut dan sukar mendapatkan ketenangan adalah kerana kita tidak mengingati Allah dalam ertikata yang sebenarnya?


Ok, Ladies & Gentlemen, study hard, All The Best! but at the same time remember Allah. Saya doa-kan yang terbaik dan mudah-mudahan semua pelajar JAD akan mendapat kejayaan cemerlang. Amiiiiiiin.


Salam

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Wednesday, February 3, 2010

ULASAN PERJUMPAAN PELAJAR2 JAD DAN YPM PADA 2 FEB 2010


KEINSAFAN YANG MENGUSIK MINDA DAN KALBU.

Keindahan waktu matahari terbenam

Salam kepada semua pelajar2 JAD Batch 3, 4 dan 5.


Saya ingin mengulas secara umum tetapi tepat tentang pertemuan di antara sdra-sdri dan pengurusan YPM pada petang SELASA 2 FEB 2010 tadi. Saya yakin pertemuan ini berhasil dan pelajar-pelajar diharapkan mendapat sesuatu mesej yang jelas dan berupaya membawa perubahan yang positif.

Sdra-sdri semua adalah duta-duta YPM dan cuba-lah sedaya upaya tidak menghampakan harapan penaja dan kami semua.
Belajar di Unisel dan di Jepun nanti sebenarnya adalah satu peluang (OPPORTUNITY).

Baca artikel saya sebelum ini. Kejayaan atau success sdra-sdri sebenarnya adalah "Bagaimana sdra-sdri memanfaatkan peluang yang hanya datang sekali seumur hidup ini".


Sdra-sdri bakal menjadi engineer yang bergraduat. Itu perancangannya. Engineer yang diharapkan bakal berbakti dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Tetapi, jika masih di peringkat Matric, U1 atau U2 telah menimbulkan bibit-bibit masalah, ini semestinya tidak patut.
Saya minta kerjasama dari pihak sdra-sdri supaya sama-sama kita bantu-membantu ke arah mejadikan pengajian sdra-sdri di JAD adalah satu pengembaraan yang menakjubkan dan memberi kesan yang mendalam dalam melayari kehidupan sebagai ahli professional suatu hari nanti.

Saya pernah menjadi seperti sdra-sdri kira-kira 25-27 tahun yang lalu. Jiwa muda yang ingin merasai semua yang boleh dirasa. Tak mengapa.. Tapi jangan menyalahi adab tatasusila apatah lagi ajaran agama sehingga sanggup bertindak seolah-olah sdra-sdri lebih hebat dan lebih bijak dari orang lain terutamanya pihak penaja atau pensyarah-pensyarah.

Rasanya saya pun boleh berkata bahawa saya pun hebat juga. Tapi biarlah orang lain yang mengatakan kepada kita bukan kita yang menjaja kehebatan diri sendiri sehingga menyusahkan semua pihak.



Sayangilah orang-orang yang banyak bersusah-payah untuk sdra-sdri. Mak-Ayah, pihak penaja, team YPM dan pensyarah-pensyarah. Bila telah berjanji untuk mematuhi perjanjian yang dibuat, cuba-lah sedaya-upaya melakukannya. Kiranya ada kesukaran dan kepayahan, berbincanglah dengan pihak-pihak berkenaan. Sdra-sdri kena dan mesti bersikap profesional. Tepati masa dan dateline yang diberikan.

Mesti amalkan sikap profesional dan tahap disiplin yang tinggi sebagai engineer.


You will gain the respect from others when you demonstrate that you can perform to your best and utmost ability. No pain no gain! You cannot be a slave to your lust. Bad attitude means the person has a sick mind.


Marilah berubah dan berusaha untuk meningkatkan prestasi diri sendiri dan di masa yang sama membantu rakan-rakan lain. Kekuatan sebenarnya ialah apabila sdra-sdri berjaya menggabungkan minda dan tenaga setiap individu dan menjadi satu pasukan yang mantap dan hebat.

Berubahlah....

Salam.

Prof. Abdul Shukor
Butterworth, Pulau Pinang.