Wednesday, February 10, 2010

BILA BOT DAN KAPAL GUNA LIF UNTUK NAIK ATAU TURUN.

CALEDONIAN CANAL, FORT AUGUSTUS, SCOTLAND.

Diharapkan semua palajar2 JAD telah menjalani peperiksaan akhir semester setakat hari ini dengan sebaik-baiknya! All the best to you all!

Ini mungkin ada kaitan dengan aspek kejuruteraan dan satu pengetahuan tambahan untuk kita semua.
Kita rehat2-kan minda sebentar...

Apa istimewanya Caledonian Canal yang terletak di Fort Augustus, Scotland?



SOALAN: Bagaimana bot dan kapal boleh pergi dari satu tasik ke satu tasik yang lain dalam keadaan kedua-dua tasik TIDAK sama level?

Bagi kita bergerak, ianya sesuatu yang mudah dan simple.... Untuk bergerak dari satu ketinggian ke satu ketinggian yang lain seperti di bangunan tinggi, kita akan guna lif. Tapi bagaimana sebuah bot atau kapal untuk bergerak satu tingkat ke satu tingkat yang lain dengan hanya menggunakan kuasa air? Tanpa guna kren, pulley atau lif yang besar!

Jawapan nya ialah di Caledonian Canal ini.


Caledonian Canal adalah satu terusan air yang dibina di antara Loch Ness (monster!) dan Loch Oich di Fort Augustus. Loch = Tasik (bahasa Scottish!)

Loch Oich lebih TINGGI dari Loch Ness. Untuk membolehkan kapal atau bot bergerak dari satu tasik ke satu tasik yang lain, engineer telah membina 7 locks atau pintu air seperti gambar di bawah. Justeru itu, bot atau kapal boleh naik dan turun seperti lif hanya dengan berada di dalam setiap locks berkenaan. Bot dan kapal boleh turun/naik dengan mengawal isipadu air di dalam setiap lock tersebut. Mudah bukan? Tanpa guna kren atau kabel.


Konsep yang digunakan di Caledonian Canal ini berkait rapat dengan Fluid Mechanics dan Electric Power. So, pelajar2 JAD yang mempelajari subjek2 begini pasti boleh memanfaatkan ilmu tersebut untuk diguna pakai di Malaysia.











Foto atas: Saya di Caledonian Canal, Scotland pada 4 Julai 1989. Masa ni masih ber'couple' dengan isteri. Kelihatan bot-bot telah masuk dalam satu tahap lock dan bersedia untuk dinaikan ke satu lock yang lain. Pemandangan dan situasi yang menarik.


Foto atas: Saya dan Amirah Adilah di Caledonian Canal, Scotland pada tahun 1993. Hari dah senja...


Foto Atas: Saya, isteri, Abdul Hafeez dan Amirah Adilah di Caledonian Canal, Scotland pada tahun 1993.


Lihatlah klip video berikut tentang pergerakan pintu air di Caledonian Canal, Scotland.








Selamat menambahkan pengetahuan. So bila berada di luar negara, gunakan kesempatan untuk mempelajari hal-hal kejuruteraan yang menarik.

Salam,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

2 comments:

  1. salam. prof, terima kasih kerana selalu bagi hidangan minda, sememangnya sekarang ni tgh musim tensi...

    artikel yg menarik, x sangka smp ader 7 locks. yang sy pernah tahu pun yg kt the mines tu. tp dekat2 tu pun, sy x pernah tgk depan mata :P

    ReplyDelete
  2. TQ Iman,

    Betul, kita kena relax-kan minda tapi dalam suasana ilmu ttg perkara-perkara di sekeliling kita. All the best, Iman. buat betul-betul....

    Salam

    Prof. Shukor

    ReplyDelete