Monday, February 15, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH PROF. SHUKOR


(Nota: Harap2 dibaca oleh semua pelajar2 JAD)

EXACTLY 7 YEARS AGO


DATE: 14 FEBRUARY 2003


LOCATION: CAIRNS, QUEENSLAND, AUSTRALIA.


EVENT: 6th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ENGINEERING EDUCATION


ORGANISER: UNESCO


AND THE WINNER FOR


THE SPECIAL UICEE DIRECTOR'S AWARD FOR 2003 IS..........


Sijil Kemenangan.


Keratan akhbar Berita Harian 25 MAC 2003 yang menceritakan kejayaan menerima anugerah antarabangsa di Australia.


Semasa membentangkan hasil kajian, peluh jantan, peluh betina, peluh sejuk semuanya keluar dari tengkuk saya!!! Kena pulak yang memandang ke arah saya semuanya profesor-profesor yang berumur 60 ke 70 tahun, jenis jangan nak membohong tak tentu pasal!!! Nanti kena ketuk kepala....






Well.... 14 Feb mungkin ada yang sambut Valentine Day, but not for me... 14 Feb 2003 ialah satu tarikh istimewa di mana saya di nobatkan sebagai penerima anugerah istimewa Pengarah UICEE, Unesco 2003 untuk kategori pembentangan kertas penyelidikan terbaik 2003. Satu sumbangan kerdil untuk mengharumkan nama Unisel dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Saya berharap dan meletakkan cabaran kepada pelajar2 JAD yang istimewa dan cerdik-cerdik supaya suatu masa nanti akan mengharumkan nama negara dengan memenangi anugerah di peringkat DUNIA. Tak main le setakat menang di peringkat Program JAD sahaje walaupun ianya satu kejayaan juga. Boleh?

Salah satu ciri yang meletakkan seseorang professional samada engineer atau ahli akademik,, konsultan atau speaker yang hebat ialah keupayaan beliau memenangi anugerah berprestij di peringkat dunia dari badan atau organisasi yang diakui dan disahkan seperti UN, UNESCO, IEEE atau Institute of Engineers di Eropah atau USA atau mana-mana negara.

Saya mendoakan semuga sdra-sdri juga akan beroleh satu pencapaian yang istimewa macam saya atau lebih baik dari saya. AMIN.


MELAWAT KE KELVIN GROVE HIGH SCHOOL, BRISBANE, AUSTRALIA.

LOKASI DI MANA SAYA BUAT MATRIKS PADA TAHUN 1982,


TARIKH LAWATAN: 15 FEBRUARI 2003.


Sesiapa pun tak boleh melupakan satu-satu lokasi yang penting dalam menjalani fasa hidup masing-masing. Dan saya ambil kesempatan menghadiri persidangan antarabangsa di Australia untuk melawat dan mengimbas kembali nostalgia buat matrikulasi di Kelvin Grove High School, Brisbane, Australia.










Kelvin Grove High School yang ku ingati. Di belakang saya ialah Chemistry Lab.



Kota Brisbane dan Brisbane River yang menyimpan 1001 macam kenangan manis
semasa buat Matriks pada tahun 1982.






Rumah sewa saya dan budak2 Maktab Tentera Di Raja di Brisbane pada tahun 1982 (wujud lagi!, tengah renovation......) alamatnya: 26, Kelvin Grove Road, Brisbane. Queensland, Australia.



Selamat Berjaya untuk semua pelajar2 JAD Batch 1,2,3 4 dan 5!




Di antara lagu 'all-time favorite' saya semasa jadi student universiti.

Penyanyi: Utha Likumahua (memang sdra-sdri tak pernah kenal pun. 1988)

Tapi mesej lagu itu yang memang dalam maksudnya.






Lagu: SESAAT KAU HADIR
Penyanyi: Utha Likumahua

Engkau datang
Ketika aku jatuh bangun dan jatuh
Dalam langkah menyusuri kehidupanku yang kelam
Dan hampir-hampirku tak dapat melangkah lagi

Dirimu hadir
Bagaikan sinar menerangi jalanku
Kau tunjukkan arah mana yang kini harus kutempuh
Agar diri ku tak sesat lagi seperti dulu

Reff#

Bersama bayanganmu kasih
Seakan-akan kuterjaga dari mimpi-mimpi
Dari kehidupan yang semu dan melenakanku
Membuat kuterlupa akan segala-galanya

Hari ini hari ini
Aku mencoba berdiri dan melangkah lagi
Bila esok sinar mentari pagi kan bersinar lagi

AKU KAN MENUJU CITA-CITA YANG PASTI


Salam dan Selamat Berjaya Menakluki Dunia!

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

2 comments:

  1. congratz to prof,harap bole kongsi paper yg prof present ari 2.iA akan bkl menyusul lagi student2 yg bole dpt international award n len2,masa dan usaha jadi saksi...

    ReplyDelete
  2. Sdra. N,

    TQ for the response. Sy harap sdra pun akan berjaya lebih baik.

    Sy cuba search dalam google ttg paper UICEE 2003 but takde.... mungkin dah lama.

    Nanti sy cari dlm pc saya.

    Prof. Shukor

    ReplyDelete