Saturday, February 27, 2010

SEBELUM FEBRUARI 2010 MENGUNDUR DIRI..


FEBRUARI 2010 YANG PENUH BERMAKNA
.


Februari 2010, sesungguhnya kehadiranmu amat membanggakan sekali.

Salam untuk semua,


23, 24 dan 25 Februari 2010
merupakan hari-hari yang mendebarkan dan meletihkan buat diri saya kerana tugasan yang amat berat terpaksa saya lakukan untuk kepentingan dan kesinambungan pengajian pelajar-pelajar JAD.


23 Feb
- Mesyuarat 'Joint Academic Board (JAB)' untuk menganalisis dan membuat kata putus results academic U2.


24 Feb
- Mesyuarat SENAT Unisel ke 66 untuk saya membentangkan dan memohon pengesahan badan tertinggi universiti berkaitan results U2. Tanpa pengesahan Senat Unisel, results U2 tidak SAH dan tidak boleh bergraduat.

Ahli-ahli SENAT terdiri dari Naib Canselor Unisel, Timbalan2 Naib Canselor, Dekan-dekan Fakulti di Unisel, Profesor-profesor yang berkaliber dan berstatus hebat.
Mereka berhak bertanya dan memperhalusi setiap markah U2 yang saya bentangkan... berpeluh juga dibuat untuk saya defense markah-markah terutama prestasi 'beberapa' pelajar U2 yang menjadi tumpuan ramai.....

25 Feb (pagi)
- Mesyuarat SENAT JUG (Japanese Universities Group) dimana saya perlu membentangkan demi mendapatkan pengesahan untuk meluluskan pelajar2 U2 ke Jepun... bagi mudah cakap! Ahli-ahli terdiri dari pengerusi JUG, Prof. Marimoto, wakil2 JUG, YPM, Naib Canselor Unisel dan pensyarah2 kanan JAD.


25 Feb (petang)
- Sesi menyerahkan slip results pelajar2 U2 (2.30 ptg - 6.30 ptg).
Letih dan meletihkan! Namun gembira dapat bertemu dengan semua pljr2 U2.


Ohhh! Saya baru teringat bahawa Februari 2010 juga adalah genap 1 tahun saya diberi tanggungjawab memikul tugas sebagai Dekan Program JAD dan tempoh kontrak Dekan JAD saya adalah berbaki 1 bulan iaitu sehingga 31 MAC 2010.

Apa yang akan berlaku selepas 31 Mac 2010 adalah terpulang kepada pihak YPM kerana jawatan Dekan JAD adalah terpulang kepada pihak YPM untuk menentukannya.


Kepada pelajar2 JAD U2 yang telah mengetahui results masing-masing.... saya ucapkan TAHNIAH! dan Selamat Berangkat Ke Nippon. Dan kepada pelajar2 U2 yang menerima tawaran 'ISTIMEWA' dari Pn. Nurmawati untuk ke Jepun, anggaplah anda amat-amat bertuah sekali kerana anda akan menjadi perhatian utama pihak YPM sepanjang berada di Jepun.

Memang ada sebahagian daripada anda kena belanja saya makan special sebab prestasi results anda membuat saya BERPELUH semasa membentangkan-nya di Mesyuarat SENAT Unisel pada 24 Feb dan SENAT JUG pada 25 Feb.

Terus-terang saya katakan.... memang berpeluh saya dibuatnya. Bayangkan sorang-sorang ahli Senat bertanyakan tentang prestasi Pelajar A, then si B... sebab apa dia dapat markah sebegini... Boleh ke si C ni graduate di Jepun kalau performance sepanjang belajar di JAD Unisel macam ni aje.....?

Kepada yang berjaya mendapat results cemerlang, bersyukur lah ke hadrat Allah dan pastikan kejayaan sebegini akan diteruskan.

Kena ingat bahawa kejayaan anda semua pelajar2 U2 ke Jepun adalah berkat doa ibu-bapa, sanak saudara, dan mereka yang letakkan harapan tinggi kepada anda.

Wah!!! sekarang boleh membayangkan pelajar2 U2 sedang berada dalam kapalterbang MAS Boeing 777 dari KLIA ke Narita. Hmmm....

Tapi ingat, anda ke Jepun bukan untuk melancung atau mengumpul aset semata-mata. Lihat dan baca balik perjanjian anda dengan YPM. 2 tahun lagi untuk mendakap skrol ijazah sarjana muda kejuruteraan bukanlah satu tempoh untuk dipersia-siakan.

Setakat yang dimaklumkan kepada saya ada pelajar2 JAD Batch 1 dan 2 tidak MENJADI.... malah telah meletakkan diri mereka dalam status amat kritikal dan bakal berdepan dengan tindakan dari YPM. Sila ambil iktibar

Anda pelajar2 U2 sedang dalam proses mencari satu detik istimewa atau 'One Moment in Time' yakni untuk bergelar graduan Sarjana Muda Kejuruteraan dari Jepun. So jangan sia-sia kan peluang ini.

Kalau anda merasakan ini sesuatu yang sukar.....bagaimana pula dengan insan dalam klip video berikut? 1000 kali susah dari anda! Tapi kena cuba dan cuba dan cuba sehingga berjaya. Ambillah iktibar.

Kalau Nick boleh bangun dari kekurangan... bagaimana dengan anda?



"If I FAILED 100 times, I TRY again,....and again,..... and AGAIN...."

Ingat lagi kepada adik Zulkifli, 14 tahun? Kekadang seorang insan seperti Nick atau adik Zulkifli ini diciptakan oleh Allah di muka bumi sebagai pembawa satu MESEJ penting untuk kita semua



Bagaimana dengan anda? Takkan nak main-main dan tak serius? 2 tahun di Jepun. Tolong jangan cipta masalah pd diri sendiri, universiti, YPM dan ibu-ayah di Malaysia nanti...

Semasa saya di Melbourne, lagu tema sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, USA berikut menjadi antara mesej inspirasi buat diri saya... Sekadar berkongsi dengan sdra-sdri semua.... Sudi-lah menghayati senikatanya..




Each day I live
I want to be
A day to give
The best of me
I'm only one
But not alone
My finest day
Is yet unknown

I broke my heart
Fought every gain
To taste the sweet
I face the pain
I rise and fall
Yet through it all
This much remains

I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me

Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

I've lived to be
The very best
I want it all
No time for less
I've laid the plans
Now lay the chance
Here in my hands

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me

Give me one moment in time
When I'm racing with destiny

Then in that one moment of time
I will be
I will be
I will be free
I will be
I will be free



Ohh... Aduhai 23, 24 & 25 Februari 2010... Detik-detik yang amat mencabar tetapi membanggakan.

Salam.

Tahniah! Semoga kejayaan cemerlang menanti anda semua di Jepun.

Berilah saya peluang untuk berihat dan mengumpul semula tenaga setelah keletihan sepanjang 4 hari yang lalu....

Di Old Trafford, Manchester, England (Tahun 2002).

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

1 comment:

  1. slm dekan...saya mmbaca bberapa post di atas dan skroll ke bwh..ttp mata saya brhenti tpt kpd gmba dekan di Old Trafford..nmpaknya dekan tlebih dahulu smpi ke dstinasi impian saya..

    diharap stahun yg bakal mndatang akn mndpat byk bimbingan dan tunjuk ajar dr dekan..
    slm

    ReplyDelete