Wednesday, February 3, 2010

ULASAN PERJUMPAAN PELAJAR2 JAD DAN YPM PADA 2 FEB 2010


KEINSAFAN YANG MENGUSIK MINDA DAN KALBU.

Keindahan waktu matahari terbenam

Salam kepada semua pelajar2 JAD Batch 3, 4 dan 5.


Saya ingin mengulas secara umum tetapi tepat tentang pertemuan di antara sdra-sdri dan pengurusan YPM pada petang SELASA 2 FEB 2010 tadi. Saya yakin pertemuan ini berhasil dan pelajar-pelajar diharapkan mendapat sesuatu mesej yang jelas dan berupaya membawa perubahan yang positif.

Sdra-sdri semua adalah duta-duta YPM dan cuba-lah sedaya upaya tidak menghampakan harapan penaja dan kami semua.
Belajar di Unisel dan di Jepun nanti sebenarnya adalah satu peluang (OPPORTUNITY).

Baca artikel saya sebelum ini. Kejayaan atau success sdra-sdri sebenarnya adalah "Bagaimana sdra-sdri memanfaatkan peluang yang hanya datang sekali seumur hidup ini".


Sdra-sdri bakal menjadi engineer yang bergraduat. Itu perancangannya. Engineer yang diharapkan bakal berbakti dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Tetapi, jika masih di peringkat Matric, U1 atau U2 telah menimbulkan bibit-bibit masalah, ini semestinya tidak patut.
Saya minta kerjasama dari pihak sdra-sdri supaya sama-sama kita bantu-membantu ke arah mejadikan pengajian sdra-sdri di JAD adalah satu pengembaraan yang menakjubkan dan memberi kesan yang mendalam dalam melayari kehidupan sebagai ahli professional suatu hari nanti.

Saya pernah menjadi seperti sdra-sdri kira-kira 25-27 tahun yang lalu. Jiwa muda yang ingin merasai semua yang boleh dirasa. Tak mengapa.. Tapi jangan menyalahi adab tatasusila apatah lagi ajaran agama sehingga sanggup bertindak seolah-olah sdra-sdri lebih hebat dan lebih bijak dari orang lain terutamanya pihak penaja atau pensyarah-pensyarah.

Rasanya saya pun boleh berkata bahawa saya pun hebat juga. Tapi biarlah orang lain yang mengatakan kepada kita bukan kita yang menjaja kehebatan diri sendiri sehingga menyusahkan semua pihak.



Sayangilah orang-orang yang banyak bersusah-payah untuk sdra-sdri. Mak-Ayah, pihak penaja, team YPM dan pensyarah-pensyarah. Bila telah berjanji untuk mematuhi perjanjian yang dibuat, cuba-lah sedaya-upaya melakukannya. Kiranya ada kesukaran dan kepayahan, berbincanglah dengan pihak-pihak berkenaan. Sdra-sdri kena dan mesti bersikap profesional. Tepati masa dan dateline yang diberikan.

Mesti amalkan sikap profesional dan tahap disiplin yang tinggi sebagai engineer.


You will gain the respect from others when you demonstrate that you can perform to your best and utmost ability. No pain no gain! You cannot be a slave to your lust. Bad attitude means the person has a sick mind.


Marilah berubah dan berusaha untuk meningkatkan prestasi diri sendiri dan di masa yang sama membantu rakan-rakan lain. Kekuatan sebenarnya ialah apabila sdra-sdri berjaya menggabungkan minda dan tenaga setiap individu dan menjadi satu pasukan yang mantap dan hebat.

Berubahlah....

Salam.

Prof. Abdul Shukor
Butterworth, Pulau Pinang.

3 comments:

  1. thankz a lot prof 4 all ur advice....

    ReplyDelete
  2. TQ. Please get all your friends to work together for a common goal. Not easy but it can be done. Selamat Berjaya! Banyak pahalanya.

    Prof. Shukor

    ReplyDelete
  3. 'beri aku 10 pemuda,nescaya aku gegarkan dunia'-bait2 pidato Bung Sukarno ketika era kebangkitan Indonesia pra kemerdekaan

    sedikit perkongsian utk diri sndiri dan rakan2 yg lain..kerana kita pemuda,mudah-mudahan kita mmpu utk menjadi golongan seperti di atas

    ReplyDelete