Monday, November 30, 2009

THE TALLEST BRIDGE IN THE WORLD.

Salam untuk semua,

Saya ingin berkongsi pengetahuan tentang jambatan yang paling tinggi di dunia iaitu The Millau Bridge yang terletak di Lembah Millau, Peranchis.

Keunikan jambatan ini ialah kerana kaedah pembinaan nya belum pernah dilakukan oleh mana-mana firma perunding kejuruteraan sebelum ini. Untuk pengetahuan semua, arkitek yang bertanggunjawab merekabentuk jambatan ini ialah Sir Norman Foster dari England. Beliau adalah arkitek 'genius' zaman moden. Antara senibina rekaan beliau ialah 1) KLIA dan 2) Bangunan Utama Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak.


Difahamkan bahawa sekiranya maintenance engineer mula bertugas pada 8.30 pagi untuk memeriksa struktur paling tinggi di Jambatan Millau ini, beliau akan tamat kerja yakni sampai ke puncak tertinggi pada jam 5.30 petang. Ini bermakna engineer tersebut akan berada dalam struktur tertinggi selama waktu pejabat baru selesai bertugas.



Kaedah yang digunakan untuk membina jambatan Millau ini ialah dengan membina dek atau jalan konkrit dari kedua-dua belah tebing di Lembah Millau. Kemudian dengan bantuan GPS, Laser Guided beam dan calculation (Matrix: Eigenvalue dan Eigenfactor) kedua-dua dek ini akan BERTEMU di tengah-tengah dan bercantum dengan baiknya. Hebat!

Saiz kabel keluli yang digunakan untuk menyokong dek/jalanraya di Jambatan Millau.

Jambatan ini juga melibatkan satu gabungan besar jurutera sivil, mekanikal, elektrikal, pakar geologi, jurutera struktur dan bahan serta jurutera bangunan/jambatan.
Gabungan inilah yang telah berjaya merekabentuk serta membina jambatan tertinggi di dunia. Ketinggian struktur paling tinggi Jambatan Millau ini melebihi ketinggian Menara Eiffel di Paris. Satu lagi mercutanda yang ingin saya lawati pada masa hadapan kiranya diizinkan Allah.



Saksikan klip video pembinaan Jambatan Millau di bawah ini (dengan berlaterbelakangkan lagu Peranchis):



Menurut firma pembinaan Jambatan Millau, struktur jambatan ini dibina untuk bertahan selama 100 tahun, boleh menghadapi kelajuan angin sehingga 130 batu sejam dan menyerap pelbagai frekuensi yang merentangi jambatan ini.



Satu lagi petunjuk atau ide untuk pelajar2 JAD. Sekiranya anda berhasrat ingin menjadi seorang engineer yang berkaliber dan berstatus professional, cubalah berkhidmat dengan firma perunding kejuruteraan yang terlibat dengan projek-projek besar kerana anda akan belajar dan bekerja bersama engineer yang hebat dan professional.

Ingat pesanan ini.


Sekian dari saya,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Sunday, November 29, 2009

CORET-CORETAN HUJUNG MINGGU AHAD 29NOV 2009.

Salam Aidil-Adha untuk semua pljr2 JAD di mana sahaja anda berada.

Terlebih dahulu berbanyak Terima Kasih atas segala komen, feedback, cadangan yang anda semua nyatakan dalam blog Dekanjadunisel ini.

Pada saya, kesudian anda semua melawat dan berinteraksi dalam blog ini (termasuk ibu-bapa dan mereka yang terbabit dengan diri pelajar2 JAD) amatlah disanjung dan ini membuktikan keprihatinan semua pihak untuk berkongsi ide, maklumat dan pengalaman untuk kebaikan pelajar2 sekelian.
Moga2 aktiviti yang baik ini akan berterusan hendaknya.

Hari Sabtu 28 NOV 2009 merupakan hari yang meletihkan saya tetapi menceriakan. Sebelah paginya, saya buat gotong-royong dengan keluarga menggantikan air dalam kolam ikan kami, tambahkan anti-chlorine, anti-bakteria dan bersihkan sistem penapis dan pam air kolam ikan kami. Pada tengahari pula saya bergegas ke Ampang untuk menziarah Mak saya dan menilai prestasi bibik (pembantu rumah) yang menolong Mak saya. Malamnya pula saya, isteri dan anak2 melayan kedatangan tetamu ke rumah kami di Kota Kemuning, Shah Alam. Saya buat Bar-B-Que malam tadi.

Mana dia bebudak JAD yang janji nak datang ke rumah saya sempena Hari Raya Aidil Adha?? Kan hari tu dah janji nak datang. Kamu ni..... tak boleh buat appointment betul2 ke? Kan dah miss makan BBQ sedap-sedap......


Takpelah, lain kali kita organise lagi. Tengok foto-foto di bawah ni pun jadilah, Ramleeeeeeee.....


Foto Atas - Saya bergambar dengan cucu saya sementara anak sedara saya sedang memasak daging ayam, daging lembu, udang dan potatoes untuk di BBQ-kan.


Foto Atas- Seorang 'expert' yg sedang menilai keenakan daging BBQ - sampai lupa nak share dgn tetamu lain.....


Foto Atas - Gelagat makan oleh, dari kiri: anak saya, Luqman, tengah2, anak bongsu saya, Najmi dan paling kanan, cucu saudara saya, Akmal.


Foto Atas: Isteri saya turut menyediakan masakan Nasi Lemak Special 'Kota Kemuning' beserta sambal sotong rendam - Pedas tapi menyelerakan! Tulah...., kau orang tak nak datang......

Foto Atas: Bila lagi nak bergambar berdua-duaan! (berkenalan sejak di Form 2 - Tahun 1978)........ Ayam dan daging lembu BBQ tu banyak lagi.

OK. Selamat Menjamu Selera... dan Bertemu lagi.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

Thursday, November 26, 2009

AIDIL-ADHA YANG DIINGATI.....

Untuk berkongsi dengan pelajar2 JAD,

AIDIL ADHA AL-MUBARAK DATANG LAGI.

Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Adha dan Selamat Meneruskan Perjuangan.

2 perkara penting yang boleh saya kaitkan Hariraya Qurban ini ialah: 1) PENGORBANAN dan 2) KESUNGGUHAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT DAN OBJEKTIF.


Untuk para jemaah haji di Makkah, pengurbanan mereka melaksanakan rukun-rukun haji kini telah sampai ke kemuncaknya. Manakala, mereka juga pasti menerima ujian-ujian termasuk banjir besar yang melanda Makkah semalam (25/11/2009) yang MENGURBANKAN 77 jemaah haji.

Mudah-mudahan amal-amal mereka diterima oleh Allah hendak-nya.


Bagaimanakah pengurbanan sdra-sdri dalam usaha menamatkan pengajian di JAD Unisel dan JAD Jepun dengan mendapat pencapaian terbaik?

Atau pengurbanan tersebut diselang-seli dengan pengurbanan nak beli kereta di Jepun atau pengurbanan nak kerja part-time sebab nak kumpul duit banyak-banyak? Atau ditambah dengan pengurbanan kerana ada orang tersayang yang akan menjadi teman hidup 'dulu, kini dan selamanya'?


Berapakah jumlah PENGURBANAN yang akan sdra-sdri lakukan sepanjang 5 tahun dalan program JAD ini? 1? 2? 3? atau 10? Mampu-ke Dek Jah?


Kalau tak mampu buat 3-4 pengurbanan, cukuplah FOKUS-kan kepada 1 atau 2 sahaja... Takut-takut dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.....


Kalau pencapaian akademik memang hebat, alhamdulillah, teruskan usaha dan pengurbanan anda. Kalau2 akademik performance pun tengah termengah-mengah, lipat-gandakan lah PENGURBANAN anda. Ingat, kiranya anda tengah tenggelam timbul dalam perjuangan akademik anda di Unisel atau di Jepun, ibu-bapa anda dan penjamin juga akan termengah-mengah melihat anda.

Ingat pesan saya: Jangan SUSAHKAN ibu dan ayah sepanjang menjadi pelajar universiti...


Bandingkan PENGURBANAN anda di JAD dengan PENGURBANAN kanak-kanak berumur 7, 8, 12 tahun di Bangladesh dan India. BERBALOI kah PERGURBANAN mereka berbandingkan dengan sdra-sdri yang ditaja sepenuhnya oleh YPM dan rakyat Malaysia?

Lihat foto-foto di bawah.....





Fikir-fikirkan.... Bila ada sebahagian pelajar2 JAD berazam nak beli kereta berjenama di Jepun untuk dibawa ke Malaysia, kerja part-time hingga terganggu akademiknya, enjoy ber-karaoke dan berangan-angan nak memiliki gaji ribu-ribu, ada lagi ribuan anak-anak atau adik-adik yang terpaksa berkorban untuk sesuap nasi atau capati....

Salam,

Prof. Abdul Shukor.
Kota Kemuning.

Tuesday, November 24, 2009

SELESAI DUA (2) TUGAS PENTING HARI INI - 24 NOV 2009!!

Salam untuk pelajar2 JAD,

Alhamdulillah dan lega kerana hari ini saya berjaya menunaikan 2 jemputan untuk memberikan pembentangan atau 'presentation' BERTURUT-TURUT dalam 1 hari:

Pagi: 10.45 - 11.30 pg di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dan
Petang: 2.15 - 3.30 ptg di Komplek Kejuruteraan, TUDM Subang (kali ke 2)



Banyak kelebihannya apabila kita 'DI JEMPUT' untuk memberikan pembentangan yang berkait rapat dengan bidang kepakaran, penyelidikan dan perundingan kita.

Kelebihannya:

1. Kita semakin dikenali ramai dan melebarkan jaringan dan contacts di seluruh negara.

2. Orang ramai akan lebih mengetahui bidang kepakaran kita
.
3. Potensi untuk mempromosi khidmat (service) kepakaran kita bertambah.

4. Orang ramai akan menghubungi dan merujuk kepada pada kita di masa hadapan.


Justeru itu, untuk menjadi seorang professional dan diiktiraf sebagai seorang yang arif dalam sesuatu bidang, satu perkataan yang mesti ada dalam kamus pelajar2 JAD atau bakal2 engineer ialah 'VISIBILITY' atau 'boleh dilihat'.
Maknanya, kita mesti berupaya untuk DILIHAT oleh orang lain apabila kita telah mula bekerja atau berkarier.

Kalau kita hebat dan top ranking semasa di universiti atau dalam bidang kejuruteraan ketika bekerja TETAPI orang tak tahu atau tak kenal ttg hasil penyelidikan kita, produk kita atau kepakaran kita, bermakna kita gagal dalam usaha menjadi seorang engineer atau ahli akademik atau professional yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya.


Saya menyeru supaya pelajar2 JAD memiliki semangat jatidiri untuk menjadi engineer yang berjaya sampai ke puncak dan bukan sekadar BERPUAS HATI dengan kejayaan yang dianggap sebagai 'cukup makan' sahaja.


Satu KEMAHIRAN yang amat penting dan mesti dimiliki oleh setiap bakal engineer ialah kemahiran memberikan pembentangan yang berkesan dan efektif. Every engineers must have an excellent 'PRESENTATION' skill.

Malangnya, di mana-mana program ijazah muda kejuruteraan, tiada subjek khusus untuk 'CARA-CARA atau TEKNIK MEMBERIKAN PEMBENTANGAN YANG TERBAIK'. Yang ada adalah subjek tradisional seperti Thermodynamics, Electrical Technology, dan lain-lain.

Ini bermakna bakal-bakal engineer terpaksa mempelajari teknik-teknik presentation skill melalui inisiatif sendiri. So, bila ada peluang memberikan presentation semasa di kelas JAD, pelajar mestilah gunakan peluang ini untuk mengasah dan menajamkan bakat terpendam untuk tujuan di atas.


Malah, saya sudi untuk memberikan satu sesi kursus TEKNIK dan KAEDAH MEMBERIKAN 'PRESENTATION' YANG BERKESAN untuk pelajar2 JAD kiranya dijemput....Free of Charge! Tapi Pelajar2 JAD kena organise ttg masa dan lokasinya. Anytime... bila ada kelapangan di hostel pun tak pe.

So, mungkin MPP JAD boleh aturkan program di atas untuk kebaikan pelajar2 JAD.

Banyak kelebihan dan kebaikannya kiranya kita dapat memberikan satu presentation yang terbaik sepanjang karier kita. Well, saya bercakap melalui pengalaman..... Pengalaman adalah kawan baik kita yang sebenarnya!

Salam

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

Friday, November 20, 2009

SAYA ULANG BALIK 4 PERKARA PENTING - TOLONG INGAT SAMPAI BILA-BILA.

Salam untuk semua pelajar JAD yang diingati,

OK, atas niat nak share apa yang saya sampaikan kepada Batch 3 JAD pada jam 4.30 Khamis 19/11/2009 selama 10 minit, saya akan catitkan dibawah ini 4 (EMPAT) perkara penting supaya dapat diingati sampai bila-bila. Maklumlah, nak sampaikan 4 perkara penting dalam masa 10 minit - satu perkara perlu disampaikan pada tempoh 2 minit 3o saat. Mungkin agak laju.....
Batch 1, 2, 4 dan 5 pun boleh ambil pengajaran.



Perkara 1 - TENTANG INTERVIEW PADA 21 & 22 NOVEMBER 2009.
Untuk makluman semua, sepanjang fasa umur anda mulai 18, 19, 20 tahun hingga ke umur 50, 60 tahun anda akan menghadapi sesi interview yang bersifat professional - nak dpt kerja, nak dpt biasiswa, nak naik pangkat, nak 'KAHWIN'...(dgn bakal pak mertua..) dan lain-lain. Saya hanya ingatkan bahawa anda mesti ambil sikap SERIUS dalam apa sahaja interview yg bakal anda hadapi mulai hari ini. Rujuk kembali kepada tips untuk hadapi interview yg saya berikan dalam artikel yang lalu. Justeru itu saya CABAR semua BATCH 3 JAD supaya pada Japanese University Entrance Interview nanti, semua pelajar akan dapat masuk ke university FIRST CHOICE. Jangan ada yang sangkut dan terpaksa pilih 2nd Choice. Boleh???


Perkara 2 - JANGAN MENYUSAHKAN MAK DAN AYAH BILA DAH BELAJAR DI UNIVERSITI.
Saya akan bertemu dan berbincang dengan 3 pelajar JAD Batch 3 beserta ibu-bapa mereka pada ISNIN 23 NOVEMBER di Unisel. Bila dah panggil ibu-bapa atau penjamin datang jumpa saya tu maknanya ada masalah besar tentang prestasi pelajar berkenaan. Macam ni, kita bila besar panjang, jadi students university, SEPATUTNYA jangan menyusahkan ibu-bapa dengan masalah akademik atau disiplin. Ibu-bapa dah cukup susah membesarkan kita dengan perit getir mencari rezeki kerja siang malam, alih-alih mereka juga terpaksa dipanggil mengadap DEKAN sebab masalah pelajar sendiri. Pada saya ini tidak patut! Ada segelintir pelajar JAD telah memberikan masalah dan menyusahkan ibu-bapa dengan prestasi akademik yang BURUK.

Perisik2 saya dan spy CSI: Tokyo memaklumkan kepada saya ada pelajar JAD dapat GPA 0.85, ada yg dapat 1, ada yang hilang ponteng kuliah dan seperti yang kita tahu ada yang GIVE-UP, surrender - mengaku kalah.
Kan menyusahkan ibu-bapa namanya.

Sebelum terbang ke Jepun buat kenduri doa selamat, panggil sdra-mara dan orang kampung, seronok makan nasi beryani kow-kow sebab si anak nak ke Jepun. Alih-alih result akademik TERUK.


Hakikatnya, ibu-bapa kita TAK MAMPU
nak sediakan duit RM400,000.00 TUNAIiiiiiiii untuk hantar anda ke Jepun, tapi inilah masalah segelintir pelajar2 JAD.... ada yang dah fikir nak kerja part-time di Jepun, ada yang berangan-angan nak beli kereta bawa balik ke Malaysia, yang nak kahwin tu tak boleh buat apa-apa, hak peribadi masing-masing - sendiri BIKIN sendiri TANGGUNG. Lu Fikirlah sendiri!


Ini baru 2 tahun SAHAJA di JEPUN untuk complete Bachelor Degree. Belum pergi lagi dah berangan ttg perkara yang bukan priority. Apahal ni Dek Jah???

Saya habiskan masa selama 11 TAHUN sejak umur 18 thn hingga 29 thn terus-menerus di luar negara: 6 thn di Australia dan 5 thn di England. Masa di Australia tak terfikir nak beli kereta atau dapat balik cuti semester ke kampung.

Kamu ni BELUM pergi ke JEPUN dah fikir nak beli kereta. Prestasi akademik tu kalau BRILIANT, boleh lah kita sokong. Ini kira harap belas ehsan markah lecturer.... Lepas bila di Jepun, buat hal!


Sepatutnya bila dah diberi peluang ke Jepun at least untuk 2 tahun, rancang lah betul2. Nak jadi graduan ENGINEER terbaik ke, nak hasilkan tesis engineering terbaik ke, nak simpan/tabungan duit untuk hal-hal peribadi lepas graduate atau nak hantar duit lebih kpd mak ayah. Sebenarnya, semua ini berpaksi kepada NAWAITU anda. Kau orang nak ke Jepun untuk apa sebenarnya? Nak rasa mcmmana study di oversea? Nak sekadar lulus dpt degree, lepas tu balik kerja di kampung? Nak beli Toyota Caldiva? Nak kahwin di Jepun? atau nak jadi engineer yang terbaik dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara?

Sebab tu dalam interview nak apply biasiswa untuk Master Program, saya akan tanya 'killer question' pada calon berkenaan, apa kebaikan atau nikmat yg petani, penoreh getah, operator kilang boleh dapat dengan penyelidikan anda? kalau jawapan merapu, maaflah.


Kau orang kena tahu betapa ramainya pekerja2 kilang kejuruteraan di Malaysia ini, sebaya dgn kamu semua yang menderita secara psaikologi dan fisiologi kerana cara kerja, tektik bekerja yang menyiksakan dan berisiko mendapat kecederaan yang serius?

Saya confirm tahu masalah di industri sebab bidang consultancy dan expertise saya ialah Occupational Safety and Health. Saya gunakan kepakaran, pengalaman dan ilmu yg saya ada untuk memperbetulkan cara kerja untuk kebaikan mereka. Ini satu sumbangan saya untuk sdra-sdra seagama, sebangsa dan satu Malaysia!
Foto Atas - Mereka ni pekerja2 Honda di Melaka (Yg pakai topi putih tu kira lain darjatnya...) kerja secara berdiri selama 6-7 jam sehari dengan rehat hanya 1 jam. Majoriti alami sakit tulang belakang dan ada yang kronik! Umur mereka sama aje dengan pelajar JAD tapi gaji kecil. Umur muda dah sakit teruk! Di sinilah perlunya engineer study dan develop teknik dan cara untuk melakukan kerja dengan lebih efisyen.


Foto Atas - Mula bekerja lepas habis SPM - kira result SPMnya teruk tapi sdra di atas ini mengalami kecederaan pada jari-jari akibat cara kerja yang menyakitkan!

Foto Atas - Satu lagi keadaan kerja yang berisiko untuk sakit seluruh tulang belakang. Kita tak boleh salahkan mereka kerana mereka bukan professional. SPM gagal tapi kena teruskan hidup untuk survive. Di manakah engineer yang boleh membantu mereka kalau engineer sendiri gagal untuk memainkan peranan yang sepatutnya!

So, apa sumbangan anda nanti? Ponteng kuliah? Asyik kerja part-time aje? Give-up? Memandu kereta di Jepun, pas tu accident...dengan lesen memandu yang dah tamat tempoh sahlakunya.. Dah jadi kes polis?????? Kan dah menyusahkan semua pihak!

Pleaseeeeeeee... Jangan sekali-kali menyusahkan mak, ayah, pihak-pihak yang banyak berjasa kepada anda.


Perkara 3 - SYAKSIAH & KEPERIBADIAN DIRI SEBAGAI BAKAL JURUTERA.
Saya bukanlah nak guna contoh diri sendiri tapi nak bagi tau anda semua bahawa untuk menjadi seorang engineer, profesor, consultant, trainer, expert...semua ini memerlukan satu syaksiah atau keperibadian yang hebat. Handsome tu kira bonuslah... Tapi semasa di university lah kita membina keperibadian yang sepatutnya dimiliki oleh seorang engineer yang professional.

Keperibadian yang sepatutnya dimiliki oleh bakal engineer termasuklah:

- cara berpakaian yang sepatutnya
- cara dan teknik bercakap, berhujah dan membentangkan sesuatu projek
- keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang lain
- peka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi di lokasi kerja

- menghasilkan laporan atau produk atau report yang berkualiti tinggi

- mempunyai nilai harga diri yang tinggi.


Tapi kalau lemah, slow to re-act, terkapai-kapai nak cari ayat-ayat nak cakap, kualiti report atau laporan teruk, macamana nak dapatkan satu penghormatan yang sebaiknya?


Isu-isu yang sepatutnya difikirkan, bukan nak beli kereta apa di Jepun nanti.


Perkara 4 - FOKUS, FOKUS, FOKUS.

Yang ini, kira faham-faham-lah sendiri. Apa sahaja aktiviti yang anda nak buat, especially berkaitan akademik dan kehidupan seharian anda, please Fokus betul-betul. Pelan dan rancang sebaiknya.

Ini baru belajar di Program JAD. Belum lagi bekerja, belum lagi bekerja dengan 7 atau 8 jawatan serentak! Belum lagi ditambah dengan cabaran rumahtangga, ibu-ayah yang sudah tua dan uzur..
Harap anda semua ambil iktibar dan rancang segala aktiviti dengan sebaiknya. OK, Letih dah tangan saya menaip ni.

Sama-samalah kita BANGUN DARI LENA dan BERUBAH KEPADA YANG LEBIH BAIK.


Sekian.


Prof. Abdul Shukor

Kota Kemuning.

PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN DI PERSIDANGAN KEBANGANSAAN 2009.

Sekadar makluman untuk pelajar2 JAD sekelian,

Saya dan pelajar Master Program saya di Universiti Putra Malaysia (UPM), Sdra. Mohd. Nasrull, akan membentangkan hasil penyelidikan kami di satu persidangan peringkat kebangsaan bertempat di Universiti Malaysia Perlis pada 1-2 Disember 2009.
Nasrull akan bentangkan hasil kajian kami.

Saya?.... Saya banyak kerja lain lagi pun biarlah saya enjoy sikit.
(Klik foto untuk paparan lebih jelas).

Kepada pelajar peringkat Master degree, TERAMATLAH penting bagi sdra-sdri sepanjang pengajian Master Degree, mesti berjaya hasilkan at least 1 research paper dan boleh dibentangkan dalam satu persidangan teknikal. Ini penting untuk dapat grade dan markah terbaik di akhir pengajian nanti.

Untuk makluman sdra-sdri, statistik bilangan pelajar dibawah penyeliaan saya:

Master Degree: 3 orang (1 di UPM dan 2 orang di BATC, UTM)
Bachelor Degree: 3 orang (semuanya di OUM - Open University Malaysia)
Diplome Level: 1 orang (di OUM)
dan (sila pukul GONG 3x),....
adalah lebihkurang 260 kat JAD Unisel!!!!!! Aduhai nasib badan.........

Sekian.


Salam,


Prof. Shukor
,
Kota Kemuning.

Tuesday, November 17, 2009

INTERVIEW....ALAHAI! INTERVIEW......

Salam dan Selamat Bertemu lagi,

Seperti yang dimaklumkan bahawa pelajar JAD Batch 3 akan menghadiri sesi temuduga kemasukan ke universiti2 Jepun pada 21 dan 22 November 2009. Lokasi temuduga ialah di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.


Bercakap pasal interview ni, saya ingin berkongsi pengalaman menjadi panel penemuduga pelajar2 JAD Batch 1 (di Jepun) yang memohon untuk dapat biasiswa YPM dan organisasi lain bagi pengajian di tahap Master pada 20, 21 dan 22 Oktober yang lalu.
Sesi temuduga ini bertempat di INTAN, Bukit Kiara dan dijalankan secara tele-conferencing. Pelajar2 JAD Batch 1 ini berada di JICA House di Tokyo.

Lihatlah pada foto-foto dibawah. Sila klik pada foto untuk paparan lebih jelas.



Ada beberapa isu yang ingin saya ceritakan.

1. Kategori pelajar2 yang bakal ditawarkan biasiswa. Saya boleh menilai ciri-ciri pelajar2 yang bakal menerima biasiswa melalui respons dan reaksi mereka kepada soalan2 yang saya berikan. Kategori ini biasanya begitu yakin apabila menjawab soalan saya, memberikan fakta2 yang betul, tidak gabra atau banyak songen, dan tahu mengapa mereka ingin melanjutkan pengajian di peringkat Master.

2. Kategori pelajar2 yang confirm gagal dan saya catitkan "Jangan berikan dia biasiswa!". Pelajar2 kategori ini pada hakikatnya suka merepek, tidak memberikan fakta yang betul, merapu semasa menjawab soalan saya, tak sure mengapa nak buat Master dan suka meleret-leret semasa menjawab soalan saya. Malah ada ketikanya, saya yang tanya pada mereka dan selepas mereka merepek, saya pula memberikan jawapan yang sepatutnya mereka jawab! Pelajar2 sebegini sayaakan catitkan...."Lebih baik sdra atau sdri ni graduate dan pergi kerja....".

Antara soalan dari saya semasa interview: (kira soalan bocor lah ni...) "Sdra atau sdri berminat nak buat Master dalam bidang so and so, dan kos keseluruhan untuk buat Master di Jepun ialah RM300,000.00 untuk 2 tahun (setelah YPM tanggung kos buat bacelor degree (5 tahun) sebanyak RM400,000.00.

Soalan saya ialah: Apakah kebaikan dan nikmat yang boleh dikecapi oleh rakyat Malaysia secara amnya dari hasil penyelidikan Master sdra atau sdri di Jepun?" Nah...sila jawab Dek Nor ooooiiii!



Contoh: Penyelidikan Master degree sdra atau sdri ttg fuel cells atau electronic car, jadi apakah kebaikan atau nikmat yang boleh dirasai oleh para pesawah atau petani di luar bandar tentang penyelidikan anda? Kalau merapu ketika menjawab, alamat tak dapatlah biasiswa tu....

Ada pelajar JAD Batch 1 tu bertanya pada saya balik ttg jawapan yang sepatutnya... Ada ke patut!!!! Kita yang bertanya, kita pula kena menjawabnya. Awak yang nak pohon biasiswa, silalah jawab. Saya nak enjoy.....


Ada pula pelajar2 JAD Batch 1 tu semasa interview sempat bertanya kepada panel temuduga tentang lokasi mereka bekerja setelah tamat pengajian di Jepun . Mereka mohon untuk bekerja di lokasi dekat dengan kampung halaman mereka, tak nak kerja jauh-jauh. Contoh: kalau kampung di JB, nak kerja around JB, tak nak kerja di Kuantan, Pahang sebab nak travel jauh.
Saya kata, Mamat ni banyak pula songennya.... Yang kau tu boleh belajar beribu-ribu batu di Jepun ....jauh dari kampung halaman....tak pe pulak! Tapi bila nak kerja nanti, nak dekat kampung! Orang macam ni saya catit "Jangan offer biasiswa".

Sepatutnya, semasa interview, jawapan tu mesti positif belaka. Jawapan yang sebaiknya ialah "Saya anggap diri saya ini seperti biji benih yang sihat dan subur. Campaklah saya di mana sekalipun, saya boleh bekerja dan berbakti semampu yang boleh". Barulah macho! Ini, belajar sanggup ke Jepun, tapi bila kerja nanti nak dekat kampung halaman. Kantoilah. Masa interview mesti beri respons yang positif belaka. Tapi bila dah graduate, nak kerja DALAM rumah di kampung halaman, TERPULANGLAH.

Ada satu lagi isu semasa interview tersebut..... Organisasi ini semasa interview sekali dengan saya memang CONFIRM nak offer biasiswa kepada pelajar JAD Batch 1 ni... MEMANG CONFIRM dan saya sendiri sokong pelajar ini diberikan biasiswa.... Alih-alih si dia ni tak nak terima offer tu. Orang dah nak bagi biasiswa.... dalam keadaan sekarang yang amat mencabar sebab bilangan biasiswa berkurangan, si pelajar ni pulak MENOLAK!!!! Apahal Dek Joe??? Kau terima aje offer SEMASA sesi interview. Lepas tu bila dapat surat tawaran rasmi, TERPULANGLAH nak terima atau nak tolak. Kalau awal-awal dah jual mahal, alamat tak dapat lagi peluang tu...

Tips untuk interview:
1. Mesti buat persediaan seperti cara bercakap yang confident
2. Kalau beri respons, berikan respons yang POSITIF sahaja.

3. Jangan merapu dan merepek tak tentu pasal, panel akan cepat BORINGGGGG.

4. Gaya tangan dan mulut mesti menyakinkan. Jangan banyak senyum bodoh....

5. Kalau tak clear apa soalannya, minta panel ULANG semula soalan. Ini untuk mengelakkan daripada anda memberikan jawapan yang salah dan bodoh. Dahlah jawapan salah!...Bodoh pulak!

6. Jangan sekali-kali argue atau berdebat dengan panel temuduga. Anda yang confirm KALAH...

7. Bawalah pen dan kertas kosong semasa interview untuk catit soalan dan poin-poin penting.

8. Boleh memberikan jawapan bersifat 'futuristic' - keadaan anda 5 atau 10 tahun akan datang.

9. Kalau perlukan masa untuk fikir jawapannya, bagi tau pada panel temuduga, please give me 1 or 2 minutes (bukan 1 or 2 hours) to prepare my answers. Jangan sekali-kali kata "I don't know"

10. Jangan mentedarah roti canai dgn kari semalam sebelum interview! Nanti kes naya...

11. Solat dan doa moga2 dimudahkan sesi temuduga anda.

12. Ucapkan terima kasih kepada panel temuduga pada penghujung sesi anda.


OK, Ladies & Gentlemen????


SELAMAT MENGHADAPI INTERVIEW PADA 21 DAN 22 NOVEMBER INI.

Salam,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

BILA ENGINEER KENA BERCERITA KEPADA DOKTOR2 PAKAR PADA 24 NOV 2009.

Untuk makluman pelajar2 JAD sekelian,

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Fakulti Perubatan UKM telah menjemput saya untuk memberikan satu pembentangan penting (slot ke-2) selepas Prof. Rainer - pakar public health dunia - di 16th National Public Health Colloqium bertempat di Berjaya Times Square, KL pada 24 Nov 2009.

Website: http://www.pubhealthcollo.org/





Ada masa dan ketikanya, doktor2 pakar ini perlu mengetahui tentang hal-hal sebenar yang berlaku di industri walaupun pada hakikatnya, mereka adalah satu golongan professional yang lebih arif tentang kesihatan manusia. Dan mereka harus mengetahuinya dari seorang engineer!

Ini menunjukkan bahawa doktor dan engineer boleh bekerjasama dalam hal-hal berkaitan industri kejuruteraan dan teknologi.

Semoga pencapaian ini menjadi perangsang dan insentif kepada pelajar2 JAD terutama kepada mereka yang berminat untuk mencipta produk dan teknik untuk dimanfaatkan dalam bidang perubatan. Saya dah sediakan satu jaringan (networking) untuk masa depan anda.

Salam,

Prof. Abdul Shukor

Thursday, November 12, 2009

BUILDING AN IMPOSSIBLE BRIDGE - LESSONS FOR FUTURE ENGINEERS.


BAGAIMANA SATU STRUKTUR YANG SUKAR UNTUK DIBINA TETAPI DAPAT DISIAPKAN?


Sdra-sdri yang dihormati sekelian. Salam dihulurkan.

Saya ingin mengajak sdra-sdri menambahkan satu lagi pengetahuan ttg jambatan. Mengapa jambatan? OK. Begini ceritanye. Untuk menjadi seorang engineer yang hebat dan dikagumi di peringkat nasional ataupun international, ada banyak tanda-tandanya. Salah satu tandanya ialah beliau terlibat secara terus dengan pembinaan satu struktur yang hebat seperti bangunan pencakar langit, pembinaan lapangan terbang antarabangsa atau pembinaan jambatan yang amat sukar untuk dibina.

To be a top 'BRIDGE ENGINEER' adalah satu idaman di kalangan ramai engineers yang hebat. Samada civil engineers, mechanical engineers, EE engineers, structural/materials engineers atau manufacturing engineers, anda boleh dilabelkan sebagai BRIDGE engineer sekiranya telah terbabit dalam projek pembinaan satu jambatan yang hebat dan mengkagumkan. Setakat terlibat dalam gotong-royong membina jambatan kayu di kampung untuk laluan orang-ramai dari satu kampung ke pasar belum boleh dikategorikan sebagai BRIDGE ENGINEER kerana Pak Haji pesara kerajaan pun boleh claim yang beliau juga sebagai bridge engineer, walhal beliau hanya terlibat untuk membacakan doa selamat sebelum kerja gotong-royong dijalankan.

Saya sebagai seorang engineer memang minat pada jambatan yang hebat di seluruh dunia. Ada jambatan yang hebat telah saya lalui seperti Sydney harbour bridge, Humber Bridge, Edinburgh Bridge, Melbourne Bridge tetapi yang paling saya kagumi ialah Oresund Bridge yang menghubungi negara Sweden dan Denmark. Belum pernah melaluinya, insya Allah, dimurahkan rezeki, saya akan pergi juga untuk menghayati struktur yang hebat ini.

Saya nak kongsi kehebatan Oresund Bridge dengan sdra-sdri sekelian.

Fakta ttg Oresund Bridge:
- Panjang keseluruhan: 16 KM
- Panjang jambatan ATAS laut: 8 KM
- Panjang jambatan DALAM laut: 4 KM
- Panjang jambatan ATAS pulau buatan manusia: 4 KM
- Oresund bridge mempunyai 2 TINGKAT: Tingkat bawah - laluan keretapi laju.
- Jenis superstructure (tiang di tengah2 jambatan): Cable stayed bridge.
- Ketinggian superstructure: menyamai bangunan 60 TINGKAT.
- Cabaran dan ujian ketika dan selepas pembinaan: laut yang bergelora, laluan kapal yang sibuk, laluan kapalterbang yang sibuk, struktur dasar laut yang sukar dijangkakan, angin yang kencang.

Kita saksikan video klip berikut dan hayati maklumat yang dinyatakan:



Facts and Figures (sumber rujukan: http://uk.oresundsbron.com/page/366)
Tunnel
Total length 4,050 m
Immersed tunnel 3,510 m
Kastrup portal building 270 m
Peberholm portal building 270 m
Deepest point below sea level -21 m


Tunnel elements
Number of elements 20
Number of sections per element 8
Length of sections 22 m
Length of element 176 m
Width 38.8 m
Height 8.6 m
Weight per element 55,000 tons


Peberholm (artificial island)
Length 4,055 m
Width 500 m
Area 1.3 km2
Material: 1.6 million tons stone and 6 million m3 sand and bottom material


Artificial peninsula at Kastrup
Length 430 m into the sea
Area 0.9 m2
Material: broken stone, granite, ramp of moraine clay


Bridges
Total length 7,845 m
Western approach bridge 3,014 m
High bridge 1,092 m
Eastern approach bridge 3,739 m
Pylon height 204 m
Main span 490 m
Navigational clearance 57 m


Stay cables
Cable-stayed arrrangement with cables anchored at 20 m intervals
The cables are anchored in the pylons at approx. 12 m intervals
Cable stayed arrangement = 2 x 80 cables
Each cable comprises 68 – 73 "strands"
A strand comprises 7 wires which each have a diameter of 5 mm
Total weight of the cables 2,150 tons


Railway
Maximum speed 200 km/hour
Track kilometres 34
Points 8
Expansion joints 14
Signals 38
ATC- balises 160
Danish electrified system 25 kV /50 Hz
Swedish electrified system 15 kV / 16.66 Hz


Oresund Bridge telah memberikan satu DEFINASI baru ttg 'Bridge under the water' sebab sebelum ini kita faham bahawa jambatan adalah satu struktur yang berada di atas air (sungai, lombomg, tasik dan sebagainya).

Sebab itulah saya sering mengingatkan sdra-sdri bahawa untuk menjadi engineer yang berjaya, pertamanya mesti ada MINAT yang mendalam ttg hasil atau ciptaan berkaitan kejuruteraan, RASA INGIN TAHU bagaimana sesuatu struktur itu dapat dibina dan apakah peranan subjek seperti Engineering Mechanics, Fluid Mechanics, Wind Tunnel testing, electromagnetic, laser, CAD Simulations dan lain-lain kepada pembinaan struktur yang hebat.

Saya harap maklumat di atas akan menambahkan lagi gedung ilmu sdra-sdri. Isu beginilah yang perlu kita ketahui supaya kita dapat menghargai mengapakah bidang kejuruteraan AMAT penting untuk kesinambungan tamaddun manusia demi masa depan yang gemilang.

Dan kebiasaannya, karier seterusnya untuk engineers yang terbabit dalam projek penting seperti ini ialah menjadi konsultan kepada projek-projek baru atau pakar/penal penasihat dalam bidang masing-masing. Barulah boleh dikategorikan sebagai 'expert'. Gelaran 'expert' ini bukan diri sendiri yang heboh-hebohkan tetapi diperakui oleh pihak lain seperti badan professional, organisasi dan individu yang mengikuti perkembangan dan sumbangan si 'expert' tersebut.

Salam,
Tahun 2007 - Di Bintulu, Sarawak. Kilang memproses dan menghasilkan baja pertanian berkualiti tinggi milik Petronas.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Saturday, November 7, 2009

MEMORI INDAH ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL 2009.


Bagaimanakah agaknya suasana konvokesyen pelajar2 JAD di Unisel atau di Jepun suatu hari nanti?

(Bantuan: Mohon sebarkan maklumat dan artikel terkini dalam blog saya kepada rakan2 yang belum berkesempatan melawat blog ini melalui Yahoo Messenger- YM. Kerjasama anda amat dihargai. Prof. Shukor)

Berjumpa lagi dengan sdra-sdri pelajar2 JAD di Unisel mahupun di Nippon.

Seperti yang sdra-sdri sedia maklum, Unisel telah mengadakan istiadat konvokesyen ke-4 pada 31 Okt dan 1 Nov 2009 (yakni pada weekend yang lepas). Sebagai ahli Senat Universiti, saya dijemput hadir dan diberikan tempat duduk di atas pentas bersama-sama Canselor Unisel, iaitu, Yg Amat Bhg. Datin Seri Rosmah binti Mansor.

Saya ingin ambil peluang ini untuk berkongsi dengan sdra-sdri tentang detik-detik manis yang berlaku pada konvokesyen tersebut. Untuk makluman, Hari Konvokesyen merupakan detik bersejarah bagi setiap graduan universiti kerana mereka akan menerima scroll dari Canselor (...yang kertas-nya berharga RM5-RM10 sahaja) sebagai bukti bahawa mereka telah menamatkan pengajian di bidang masing-masing selama 4, 5, atau 6 tahun) dengan jumlah yuran dan perbelanjaan sebanyak RM50,000 hingga RM80,000 sahaja. Jumlah perbelanjaan untuk 5 tahun bagi pelajar2 JAD pula ialah RM400,000.00 ke RM500,000.00. Dan kalau buat Master degree 2 tahun lagi di Jepun, belanjanya ialah RM300,000.00. Total bachelor + master degree untuk JAD Program = RM700,000 ke RM800,000.....Wow! Wow! Wow!

Dan kepada graduan2 yang belajar menggunakan wang PTPTN, bermulalah detik membayar pinjaman tersebut setiap bulan walaupun mereka mendapat 1st Class atau 2nd Class. Oh!... beruntungnya jadi pelajar2 JAD di Unisel, tak perlu bayar apa-apa kecuali gagal atau berhenti semasa dalam pengajian. Pergi-balik ke Unisel ada driver datang ambil - free of charge - ...... Marilah kita bersimpati dengan nasib graduan yang belajar menggunakan dana PTPTN.


Justeru itu, saya mengajak sdra-sdri marilah kita sama-sama berkongsi kejayaan graduan2 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) - Kejuruteraan Mekanikal - saksikan foto-foto yang sempat saya rakamkan di bawah ini:

Makluman - Graduan2 ini adalah pelajar2 dibawah penyeliaan saya yakni saya sebagai Penasihat Akademik. Mereka2 ini tidak mendapat kejayaan SPM yang cemerlang - sebijik macam saya - pelajar2 JAD Batch 3 dah tahu results SPM saya, justeru itu cabaran yang hebat bagi saya untuk membimbing mereka sepanjang 4-5 tahun bersama-sama saya di Fakulti Kejuruteraan, Unisel.

Sila klik pada foto-foto tersebut untuk paparan yang lebih jelas lagi. TQ.


Foto (Atas & bawah) - Mereka mengambil masa 6-8 tahun untuk dapat bacelor degree. Namun mereka sanggup bertahan dan berusaha.
Foto Atas - Dua pelajar wanita yang konsisten dan sabar bersama-sama saya untuk menamatkan pengajian mereka.

Foto Atas - Aksi menarik graduan Kej. Mekanikal bersama saya di Dataran Unisel pada 31 Oktober 2009. Letih untuk menunaikan permintaan jurugambar yang ramai tu....

Foto Atas - Antara graduan paling 'berumur' dalam bacelor degree di bawah penyeliaan saya.

Foto Atas - Kami sedang bersedia untuk baling mortar (topi) ke atas......


Foto Atas - YESSSSSS....... kami dah graduate!!!!
Foto Atas - Masing-masing berebut-rebut untuk bergambar dengan saya......

Foto Atas - Sdri Liyana antara pelajar saya yang bermasalah dari aspek kehadiran ke kuliah kerana perlu mencari pendapatan tambahan kerana masalah kewangan. Dia buat tuisyen untuk pelajar2 SPM di sekitar Puncak Alam. Tapi alhamdulillah, berjaya. Foto ini dirakam oleh ahli keluarga beliau.


Foto Atas - Mudah-mudahan saat indah ini akan tetap bersemadi di hati graduan dan terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta.

Moga2 kita mendapat iktibar dan pengajaran berguna dari kejayaan mereka.

Sekian.

Prof. Abdul Shukor

Kota Kemuning.




Thursday, November 5, 2009

BILA JUNIOR 'MENGAJAR' SENIORS PADA 3 NOV 2009.


Lokasi: Pengkalan TUDM Subang, Selangor.

Tarikh: 3 NOV 2009 (Selasa) Masa: 11 pg - 2 ptg
Program: Kursus Pegawai-pegawai Pengurusan Kanan TUDM
Penceramah: Prof. Abdul Shukor, Dekan JAD Program, Unisel.


Sdra-sdri sekelian,

Kepada pelajar2 JAD Batch 3 (U2), masih ingat lagi kepada Leftenan Kolonel Zahari bin Dato' Yahaya yang telah datang dan berceramah kepada anda semua semasa Short Intensive Semester 6 Ogos 2009 yang lalu? Beliau adalah senior saya di Maktab Tentera DiRaja (MTD), Sungei Besi.


Kali ini pada 3 NOV 2009, saya pula dijemput untuk menyampaikan satu syarahan tentang Occupational Safety and Health (OSH) in Aviation kepada pegawai tertinggi TUDM. Untuk makluman sdra-sdri, pegawai2 ini adalah the senior managers and senior aircraft engineers yang bertanggungjawab menyelenggarakan dan memastikan tahap kesihatan yang terbaik kepada jet-jet pejuang TUDM seperti Sukhoi, MiG, F18 Hornets dan Hercules C130.


Sila klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas dan besar.

Yang lebih menyeronokkan dan merisaukan saya semasa sesi syarahan saya ialah pegawai2 kanan TUDM yang hadir dalam sesi syarahan ini adalah SENIORS saya di Maktab Tentera DiRaja (MTD) pada masa kami bersekolah di sana. Ini dikira kes junior nak ajar seniors. Silap haribulan, saya boleh kena ragging! Maklumlah 'trauma' tu masih ada lagi....


Namun detik2 sebegini memang seronok sebab selepas tamat syarahan saya, kami makan tengahari di dewan makan pegawai Pengkalan TUDM Subang dan masing2 bercerita ttg zaman persekolahan di Maktab Tentera DiRaja. Sebab ada seniors yang saya tak pernah berjumpa selepas 27 tahun!


Banyak iktibar yang boleh kita pelajari:

1. Pelajar2 JAD yang mengikuti kursus Mechanical Engineering, terutama yang belajar subjek Thermodynamics, mesti ada minat tentang jet engines and supersonic speeds. Jadi, prospek untuk bekerja sebagai aircraft engineers memang tinggi sekiranya sdra-sdri minat dengan kapalterbang atau helikopter. Saya sendiri amat minat dengan Thermodynamics. Semasa belajar di RMIT, Melbourne, bilik saya penuh dengan poster kapalterbang seperti Concorde, F14, F15 dan F111 Bomber. Seronok lihat struktur pembinaan kapalterbang serta fungsi jet engines yang boleh travel melebihi speed of sound!



2. Hubungan yang akrab senior dan junior biarlah berpanjangan dari zaman sekolah, universiti dan zaman bekerja. Saya berharap pelajar2 JAD akan tetap berhubungan antara satu sama lain walaupun dah bekerja dan menjangkau umur 40-an dan seterusnya.

3. Engineers tak boleh kerja sorang-sorang. mesti ada team. So, kalau suka bersendirian, alamat.... takde prospek untuk menjadi seorang engineer yang berjaya.


Sekian sedikit coretan untuk dikongsi bersama.


Salam,

Prof. Shukor

Kota Kemuning.