Friday, November 20, 2009

SAYA ULANG BALIK 4 PERKARA PENTING - TOLONG INGAT SAMPAI BILA-BILA.

Salam untuk semua pelajar JAD yang diingati,

OK, atas niat nak share apa yang saya sampaikan kepada Batch 3 JAD pada jam 4.30 Khamis 19/11/2009 selama 10 minit, saya akan catitkan dibawah ini 4 (EMPAT) perkara penting supaya dapat diingati sampai bila-bila. Maklumlah, nak sampaikan 4 perkara penting dalam masa 10 minit - satu perkara perlu disampaikan pada tempoh 2 minit 3o saat. Mungkin agak laju.....
Batch 1, 2, 4 dan 5 pun boleh ambil pengajaran.



Perkara 1 - TENTANG INTERVIEW PADA 21 & 22 NOVEMBER 2009.
Untuk makluman semua, sepanjang fasa umur anda mulai 18, 19, 20 tahun hingga ke umur 50, 60 tahun anda akan menghadapi sesi interview yang bersifat professional - nak dpt kerja, nak dpt biasiswa, nak naik pangkat, nak 'KAHWIN'...(dgn bakal pak mertua..) dan lain-lain. Saya hanya ingatkan bahawa anda mesti ambil sikap SERIUS dalam apa sahaja interview yg bakal anda hadapi mulai hari ini. Rujuk kembali kepada tips untuk hadapi interview yg saya berikan dalam artikel yang lalu. Justeru itu saya CABAR semua BATCH 3 JAD supaya pada Japanese University Entrance Interview nanti, semua pelajar akan dapat masuk ke university FIRST CHOICE. Jangan ada yang sangkut dan terpaksa pilih 2nd Choice. Boleh???


Perkara 2 - JANGAN MENYUSAHKAN MAK DAN AYAH BILA DAH BELAJAR DI UNIVERSITI.
Saya akan bertemu dan berbincang dengan 3 pelajar JAD Batch 3 beserta ibu-bapa mereka pada ISNIN 23 NOVEMBER di Unisel. Bila dah panggil ibu-bapa atau penjamin datang jumpa saya tu maknanya ada masalah besar tentang prestasi pelajar berkenaan. Macam ni, kita bila besar panjang, jadi students university, SEPATUTNYA jangan menyusahkan ibu-bapa dengan masalah akademik atau disiplin. Ibu-bapa dah cukup susah membesarkan kita dengan perit getir mencari rezeki kerja siang malam, alih-alih mereka juga terpaksa dipanggil mengadap DEKAN sebab masalah pelajar sendiri. Pada saya ini tidak patut! Ada segelintir pelajar JAD telah memberikan masalah dan menyusahkan ibu-bapa dengan prestasi akademik yang BURUK.

Perisik2 saya dan spy CSI: Tokyo memaklumkan kepada saya ada pelajar JAD dapat GPA 0.85, ada yg dapat 1, ada yang hilang ponteng kuliah dan seperti yang kita tahu ada yang GIVE-UP, surrender - mengaku kalah.
Kan menyusahkan ibu-bapa namanya.

Sebelum terbang ke Jepun buat kenduri doa selamat, panggil sdra-mara dan orang kampung, seronok makan nasi beryani kow-kow sebab si anak nak ke Jepun. Alih-alih result akademik TERUK.


Hakikatnya, ibu-bapa kita TAK MAMPU
nak sediakan duit RM400,000.00 TUNAIiiiiiiii untuk hantar anda ke Jepun, tapi inilah masalah segelintir pelajar2 JAD.... ada yang dah fikir nak kerja part-time di Jepun, ada yang berangan-angan nak beli kereta bawa balik ke Malaysia, yang nak kahwin tu tak boleh buat apa-apa, hak peribadi masing-masing - sendiri BIKIN sendiri TANGGUNG. Lu Fikirlah sendiri!


Ini baru 2 tahun SAHAJA di JEPUN untuk complete Bachelor Degree. Belum pergi lagi dah berangan ttg perkara yang bukan priority. Apahal ni Dek Jah???

Saya habiskan masa selama 11 TAHUN sejak umur 18 thn hingga 29 thn terus-menerus di luar negara: 6 thn di Australia dan 5 thn di England. Masa di Australia tak terfikir nak beli kereta atau dapat balik cuti semester ke kampung.

Kamu ni BELUM pergi ke JEPUN dah fikir nak beli kereta. Prestasi akademik tu kalau BRILIANT, boleh lah kita sokong. Ini kira harap belas ehsan markah lecturer.... Lepas bila di Jepun, buat hal!


Sepatutnya bila dah diberi peluang ke Jepun at least untuk 2 tahun, rancang lah betul2. Nak jadi graduan ENGINEER terbaik ke, nak hasilkan tesis engineering terbaik ke, nak simpan/tabungan duit untuk hal-hal peribadi lepas graduate atau nak hantar duit lebih kpd mak ayah. Sebenarnya, semua ini berpaksi kepada NAWAITU anda. Kau orang nak ke Jepun untuk apa sebenarnya? Nak rasa mcmmana study di oversea? Nak sekadar lulus dpt degree, lepas tu balik kerja di kampung? Nak beli Toyota Caldiva? Nak kahwin di Jepun? atau nak jadi engineer yang terbaik dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara?

Sebab tu dalam interview nak apply biasiswa untuk Master Program, saya akan tanya 'killer question' pada calon berkenaan, apa kebaikan atau nikmat yg petani, penoreh getah, operator kilang boleh dapat dengan penyelidikan anda? kalau jawapan merapu, maaflah.


Kau orang kena tahu betapa ramainya pekerja2 kilang kejuruteraan di Malaysia ini, sebaya dgn kamu semua yang menderita secara psaikologi dan fisiologi kerana cara kerja, tektik bekerja yang menyiksakan dan berisiko mendapat kecederaan yang serius?

Saya confirm tahu masalah di industri sebab bidang consultancy dan expertise saya ialah Occupational Safety and Health. Saya gunakan kepakaran, pengalaman dan ilmu yg saya ada untuk memperbetulkan cara kerja untuk kebaikan mereka. Ini satu sumbangan saya untuk sdra-sdra seagama, sebangsa dan satu Malaysia!
Foto Atas - Mereka ni pekerja2 Honda di Melaka (Yg pakai topi putih tu kira lain darjatnya...) kerja secara berdiri selama 6-7 jam sehari dengan rehat hanya 1 jam. Majoriti alami sakit tulang belakang dan ada yang kronik! Umur mereka sama aje dengan pelajar JAD tapi gaji kecil. Umur muda dah sakit teruk! Di sinilah perlunya engineer study dan develop teknik dan cara untuk melakukan kerja dengan lebih efisyen.


Foto Atas - Mula bekerja lepas habis SPM - kira result SPMnya teruk tapi sdra di atas ini mengalami kecederaan pada jari-jari akibat cara kerja yang menyakitkan!

Foto Atas - Satu lagi keadaan kerja yang berisiko untuk sakit seluruh tulang belakang. Kita tak boleh salahkan mereka kerana mereka bukan professional. SPM gagal tapi kena teruskan hidup untuk survive. Di manakah engineer yang boleh membantu mereka kalau engineer sendiri gagal untuk memainkan peranan yang sepatutnya!

So, apa sumbangan anda nanti? Ponteng kuliah? Asyik kerja part-time aje? Give-up? Memandu kereta di Jepun, pas tu accident...dengan lesen memandu yang dah tamat tempoh sahlakunya.. Dah jadi kes polis?????? Kan dah menyusahkan semua pihak!

Pleaseeeeeeee... Jangan sekali-kali menyusahkan mak, ayah, pihak-pihak yang banyak berjasa kepada anda.


Perkara 3 - SYAKSIAH & KEPERIBADIAN DIRI SEBAGAI BAKAL JURUTERA.
Saya bukanlah nak guna contoh diri sendiri tapi nak bagi tau anda semua bahawa untuk menjadi seorang engineer, profesor, consultant, trainer, expert...semua ini memerlukan satu syaksiah atau keperibadian yang hebat. Handsome tu kira bonuslah... Tapi semasa di university lah kita membina keperibadian yang sepatutnya dimiliki oleh seorang engineer yang professional.

Keperibadian yang sepatutnya dimiliki oleh bakal engineer termasuklah:

- cara berpakaian yang sepatutnya
- cara dan teknik bercakap, berhujah dan membentangkan sesuatu projek
- keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang lain
- peka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi di lokasi kerja

- menghasilkan laporan atau produk atau report yang berkualiti tinggi

- mempunyai nilai harga diri yang tinggi.


Tapi kalau lemah, slow to re-act, terkapai-kapai nak cari ayat-ayat nak cakap, kualiti report atau laporan teruk, macamana nak dapatkan satu penghormatan yang sebaiknya?


Isu-isu yang sepatutnya difikirkan, bukan nak beli kereta apa di Jepun nanti.


Perkara 4 - FOKUS, FOKUS, FOKUS.

Yang ini, kira faham-faham-lah sendiri. Apa sahaja aktiviti yang anda nak buat, especially berkaitan akademik dan kehidupan seharian anda, please Fokus betul-betul. Pelan dan rancang sebaiknya.

Ini baru belajar di Program JAD. Belum lagi bekerja, belum lagi bekerja dengan 7 atau 8 jawatan serentak! Belum lagi ditambah dengan cabaran rumahtangga, ibu-ayah yang sudah tua dan uzur..
Harap anda semua ambil iktibar dan rancang segala aktiviti dengan sebaiknya. OK, Letih dah tangan saya menaip ni.

Sama-samalah kita BANGUN DARI LENA dan BERUBAH KEPADA YANG LEBIH BAIK.


Sekian.


Prof. Abdul Shukor

Kota Kemuning.

7 comments:

  1. Prof, thanks for the brilliant post.
    Frankly saying, I'm really glad I read this.
    Just when I'm in the middle of lots of things. I actually don't know whether to proceed to postgraduate or start job hunting, totally confused. Both have the plus and minus point for my own good.
    I already have my short term and long term objective, but somehow it's vague and makes me unsure of myself.
    But reading this cleared things up. Maybe I just need somebody to say it as it is. Proves I wasn't wrong when I point out my priorities.
    Thanks! :)

    -Leona-

    ReplyDelete
  2. Leona,

    Glad and relief that I could share something with you. Hoping it will gear you up for more exciting challenges in nearby future. Set your goals carefully and sensibly.

    Take care and keep in touch.

    Cheers!

    Prof. Shukor

    ReplyDelete
  3. Asaalamualaikum.
    pro, terus kan menulis artikel seperti ini.
    atikel mcm ni la yg kita perlukan. kalau tidak, tak kemana nyer bdak2 JAD ni haa. huhu~ -.-"
    mudah2han saya dan rakan yg laen dapat balik ke
    track yg sepatutnye kami lalui. harap2 dapat la kami capai segulung ijazah di sana tanpa sebarang masalah.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...
    thanks prof. for ur advice...
    really appreciate!
    InsyaAllah...brubah kepada yg lebih baik...

    ReplyDelete
  6. Kpd: t4-p4u,

    Wa'alaikumussalam. TQ kerana sudi melayari blog saya. Pd saya, semua pelajar2 JAD adalah duta2 negara yang berpotensi tinggi untuk memberikan sumbangan berupa ilmu dan tenaga demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta.

    Doa kami agar anda semua berjaya dgn cemerlang dan membalas jasa2 ibu-bapa dan rakyat yang memerlukan khidmat bakti anda semua.

    Prof. Shukor

    ReplyDelete
  7. Ayesya-cecA,

    Wa'alaikumussalam, Anda juga mempunyai potensi tinggi untuk menyumbangkan kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Jangan persiakan peluang ini.

    Try your best and enjoy your work.

    Prof. Shukor

    ReplyDelete