Sunday, November 1, 2009

"I WISH I AM AN EXPERT CONSULTANT"......KONGSI ILMU.

10 Kaedah Menjadi Pakar PERUNDING (Consultant) di Kilang bertaraf DUNIA (World-class Factory).

Salam dan Selamat Sejahtera,


Moga-moga pelajar2 Program JAD sentiasa tabah dan sabar melalui liku-liku hidup demi mencapai cita-cita yang murni sebagai 'engineerrrrrr' suatu masa nanti. Kali ini saya nak berkongsi sedikit info tentang karier sebagai pakar perunding dalam bidang kejuruteraan. Ramai yang cerita kepada saya bahawa suatu hari nanti ingin menjadi seorang consultant yang berjaya. Insya Allah, buat betul-betul. Jangan accident, luka sana-sini tak tentu pasal pulak.......

Minggu lepas, 26 Okt hingga 31 Okt memang amat mencabar bagi saya kerana beberapa assignments yang mesti saya lakukan.
Kerja2 perundingan & latihan (Consultancy & Training) di:
1. KL Monorail Engineering & Maintenance Depot (26-27 Okt).

2. SONY Corporations, Bangi, Selangor (28-29 Okt),


dan terbabit dalam konvokesyen ke-4 Unisel di Kampus Bestari Jaya.
Saya nak kongsi info tentang assignment saya di SONY Corp., Bangi.

Saya telah dijemput untuk jalankan kursus berkaitan 'MANUAL HANDLING & ERGONOMICS' kepada Sony Corporations's Safety, Health and Environment (HSE) Committee selama 2 hari. Dan saya diminta menganalisa situasi pekerjaan di Kilang SONY. Kilang SONY di Bangi bertanggungjawab memasang dan mengekspot TV LCD flat screen. Ada kerja-kerja dilakukan secara manual dan ada yang semi-automatic. Sila rujuk kepada foto-foto yang disertakan.


Foto Atas - Staf SONY akan menceritakan cabaran dan meminta padangan saya bagaimana mengatasi sesuatu masalah di kilang.

Sebagai seorang perunding kepada sebuah organisasi bertaraf dunia dan terkenal dengan TV LCDnya, saya mesti menunjukkan prestasi terbaik kerana yang akan menerima nasihat dan pandangan saya adalah engineers dan managers yang telah lama bekerja di sana. Tak boleh menipu atau buat-buat pandai sebab mereka boleh menilai percakapan saya.



Foto-foto Atas - Setiap staf SONY akan diberikan tugasan berkaitan topik yang diberikan oleh saya dan mereka dikehedakki membentangkan hasil siasatan mereka.



Nasihat saya kepada pelajar2 JAD yang berminat menjadi seorang pakar perunding kepada organisasi bertaraf dunia ialah:

1. Mesti mempunyai ilmu yang mendalam berkaitan sesuatu topik.

2. Memiliki keupayaan menilai dan memberi komen secara spontan tetapi professional. Bukan main teka atau agak-agak sahaja.
3. Telah terdedah kepada situasi yang sama sebelum menjadi konsultan, mungkin pernah bekerja atau menjalankan penyelidikan berkaitan topik tersebut sebelum menjadi konsultan. Bukan main baca sahaja melalui internet atau majalah.
4. Melakukan persediaan yang rapi dan bersungguh-sungguh sebelum tarikh assignment.
5. Tidak buat kerja perundingan 'last-minute' sebab kesilapan last minutes amat memalukan seseorang konsultan.

6. Sanggup 'turun padang' ke lokasi yang sukar, bising, sibuk dengan manusia, atau berminyak demi menganalisis situasi keadaan semasa.

7. Sikap merendah diri dan 'humble' dalam memberikan nasihat, jawapan dan pandangan terutama kepada pekerja-pekerja operator. Jangan tunjuk lagak atau hidung tinggi.

8. Bijak mengawal dan mengatur jadual latihan dan perundingan supaya peserta tidak jemu atau meluat dengan performance kita sepanjang berada di kilang.

9. Ucapkan terima kasih sekiranya peserta sentiasa bekerjasama dengan kita sepanjang menjalankan tugas sebagai konsultan.

10. Kalau ada perkara atau soalan yang kita tak mampu jawap atau respon, cakap sahaja, 'Saya minta maaf sebab tidak arif tentang topik itu sebab di luar bidang kepakaran saya'. Jangan berlagak pandai tak tentu tempat, nanti orang akan hilang respect dan hormat kepada kita.


Foto Atas - Saya berkesempatan bertemu dengan pelajar2 saya dari Fakulti Kejuruteraan Unisel yang sedang menjalani latihan industri di Kilang SONY. Mereka yang mula-mula menegur saya sebab saya memang tak kenal pada awalnya.

Well......., satu lagi. Upah jadi konsultan memang lumayan. Dapatlah saya buat belanja untuk sambut Hariraya Haji nanti....

Sekian.


Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

No comments:

Post a Comment