Tuesday, November 24, 2009

SELESAI DUA (2) TUGAS PENTING HARI INI - 24 NOV 2009!!

Salam untuk pelajar2 JAD,

Alhamdulillah dan lega kerana hari ini saya berjaya menunaikan 2 jemputan untuk memberikan pembentangan atau 'presentation' BERTURUT-TURUT dalam 1 hari:

Pagi: 10.45 - 11.30 pg di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dan
Petang: 2.15 - 3.30 ptg di Komplek Kejuruteraan, TUDM Subang (kali ke 2)



Banyak kelebihannya apabila kita 'DI JEMPUT' untuk memberikan pembentangan yang berkait rapat dengan bidang kepakaran, penyelidikan dan perundingan kita.

Kelebihannya:

1. Kita semakin dikenali ramai dan melebarkan jaringan dan contacts di seluruh negara.

2. Orang ramai akan lebih mengetahui bidang kepakaran kita
.
3. Potensi untuk mempromosi khidmat (service) kepakaran kita bertambah.

4. Orang ramai akan menghubungi dan merujuk kepada pada kita di masa hadapan.


Justeru itu, untuk menjadi seorang professional dan diiktiraf sebagai seorang yang arif dalam sesuatu bidang, satu perkataan yang mesti ada dalam kamus pelajar2 JAD atau bakal2 engineer ialah 'VISIBILITY' atau 'boleh dilihat'.
Maknanya, kita mesti berupaya untuk DILIHAT oleh orang lain apabila kita telah mula bekerja atau berkarier.

Kalau kita hebat dan top ranking semasa di universiti atau dalam bidang kejuruteraan ketika bekerja TETAPI orang tak tahu atau tak kenal ttg hasil penyelidikan kita, produk kita atau kepakaran kita, bermakna kita gagal dalam usaha menjadi seorang engineer atau ahli akademik atau professional yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya.


Saya menyeru supaya pelajar2 JAD memiliki semangat jatidiri untuk menjadi engineer yang berjaya sampai ke puncak dan bukan sekadar BERPUAS HATI dengan kejayaan yang dianggap sebagai 'cukup makan' sahaja.


Satu KEMAHIRAN yang amat penting dan mesti dimiliki oleh setiap bakal engineer ialah kemahiran memberikan pembentangan yang berkesan dan efektif. Every engineers must have an excellent 'PRESENTATION' skill.

Malangnya, di mana-mana program ijazah muda kejuruteraan, tiada subjek khusus untuk 'CARA-CARA atau TEKNIK MEMBERIKAN PEMBENTANGAN YANG TERBAIK'. Yang ada adalah subjek tradisional seperti Thermodynamics, Electrical Technology, dan lain-lain.

Ini bermakna bakal-bakal engineer terpaksa mempelajari teknik-teknik presentation skill melalui inisiatif sendiri. So, bila ada peluang memberikan presentation semasa di kelas JAD, pelajar mestilah gunakan peluang ini untuk mengasah dan menajamkan bakat terpendam untuk tujuan di atas.


Malah, saya sudi untuk memberikan satu sesi kursus TEKNIK dan KAEDAH MEMBERIKAN 'PRESENTATION' YANG BERKESAN untuk pelajar2 JAD kiranya dijemput....Free of Charge! Tapi Pelajar2 JAD kena organise ttg masa dan lokasinya. Anytime... bila ada kelapangan di hostel pun tak pe.

So, mungkin MPP JAD boleh aturkan program di atas untuk kebaikan pelajar2 JAD.

Banyak kelebihan dan kebaikannya kiranya kita dapat memberikan satu presentation yang terbaik sepanjang karier kita. Well, saya bercakap melalui pengalaman..... Pengalaman adalah kawan baik kita yang sebenarnya!

Salam

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

2 comments:

  1. hmm.. saya ingin menjemput prof memberikan taklimat mengenai teknik beri presentation dgn berkesan di Kyoto pada bulan disember nih.. huhu~ kalo boleh, minta tolong divideokan supaya boleh jadi rujukan para sempai di Jepun =)

    ReplyDelete
  2. Kyo_9, TQ atas komen anda. Saya, kiranya diizinkan Allah, akan datang ke Jepun pd bulan Mac 2010. Memang ingin sangat bertemu dgn pelajar2 kita di sana untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

    Jadual saya termasuk appointment untuk latihan dan perundingan telah padat hingga Disember 2009. Itu pun sempat cari 3-4 hari untuk bercuti bersama keluarga di bulan Disember. Anak2 saya dah tak sabar nak cuti...

    Kalau dapat jumpa bulan Mac 2010, memang saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman.

    Saya cuba merakamkan sesi itu di sini untuk maklumat sdr.

    Salam,

    Prof. Shukor

    ReplyDelete