Monday, November 30, 2009

THE TALLEST BRIDGE IN THE WORLD.

Salam untuk semua,

Saya ingin berkongsi pengetahuan tentang jambatan yang paling tinggi di dunia iaitu The Millau Bridge yang terletak di Lembah Millau, Peranchis.

Keunikan jambatan ini ialah kerana kaedah pembinaan nya belum pernah dilakukan oleh mana-mana firma perunding kejuruteraan sebelum ini. Untuk pengetahuan semua, arkitek yang bertanggunjawab merekabentuk jambatan ini ialah Sir Norman Foster dari England. Beliau adalah arkitek 'genius' zaman moden. Antara senibina rekaan beliau ialah 1) KLIA dan 2) Bangunan Utama Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak.


Difahamkan bahawa sekiranya maintenance engineer mula bertugas pada 8.30 pagi untuk memeriksa struktur paling tinggi di Jambatan Millau ini, beliau akan tamat kerja yakni sampai ke puncak tertinggi pada jam 5.30 petang. Ini bermakna engineer tersebut akan berada dalam struktur tertinggi selama waktu pejabat baru selesai bertugas.



Kaedah yang digunakan untuk membina jambatan Millau ini ialah dengan membina dek atau jalan konkrit dari kedua-dua belah tebing di Lembah Millau. Kemudian dengan bantuan GPS, Laser Guided beam dan calculation (Matrix: Eigenvalue dan Eigenfactor) kedua-dua dek ini akan BERTEMU di tengah-tengah dan bercantum dengan baiknya. Hebat!

Saiz kabel keluli yang digunakan untuk menyokong dek/jalanraya di Jambatan Millau.

Jambatan ini juga melibatkan satu gabungan besar jurutera sivil, mekanikal, elektrikal, pakar geologi, jurutera struktur dan bahan serta jurutera bangunan/jambatan.
Gabungan inilah yang telah berjaya merekabentuk serta membina jambatan tertinggi di dunia. Ketinggian struktur paling tinggi Jambatan Millau ini melebihi ketinggian Menara Eiffel di Paris. Satu lagi mercutanda yang ingin saya lawati pada masa hadapan kiranya diizinkan Allah.



Saksikan klip video pembinaan Jambatan Millau di bawah ini (dengan berlaterbelakangkan lagu Peranchis):



Menurut firma pembinaan Jambatan Millau, struktur jambatan ini dibina untuk bertahan selama 100 tahun, boleh menghadapi kelajuan angin sehingga 130 batu sejam dan menyerap pelbagai frekuensi yang merentangi jambatan ini.



Satu lagi petunjuk atau ide untuk pelajar2 JAD. Sekiranya anda berhasrat ingin menjadi seorang engineer yang berkaliber dan berstatus professional, cubalah berkhidmat dengan firma perunding kejuruteraan yang terlibat dengan projek-projek besar kerana anda akan belajar dan bekerja bersama engineer yang hebat dan professional.

Ingat pesanan ini.


Sekian dari saya,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

4 comments:

  1. Mantap France, hebat, Malaysia belum lagi kot, sebab MRR2 pun tak lepas, kalau tak pun jambatan biasa pun kantoi. Contoh yang dekat kem 1 Malaysia sampai3 orang terkorban kot. Jambatan gantung biasa tu.

    1 Malaysia, Pemimpin didahulukan, kroni diutamakan.

    Pelajar JAD prihatin...

    ReplyDelete
  2. prof, ni bukan keje civil engineer ke? dak JAD kan mechanical dgn elektronik jek... huhu~

    ReplyDelete
  3. Saya perlu katakan bahawa saya setuju dengan respons dari akunelayan dalam beberapa isu dengan fakta dan bukti yang kukuh. Memang senario ini wujud di Malaysia DAN di mana-mana. Cuma kerana kita fokus kepada situasi di Malaysia, maka ianya lebih ketara.

    Saya hargai keprihatinan anda dan harap sdra menjadi salah seorang agen perubahan kepada yang baik bila bertugas nanti kerana ramai yang KECUNDANG bila berhadapan dengan beberapa nikmat duniawi seperti harTA, tahTA dan waniTA.

    Salam,

    Prof. Shukor

    ReplyDelete
  4. t4-p4u,

    Setuju kerana projek construction memang tugas civil engineers. Tetapi, KESELURUHAN projek sehingga ianya BERFUNGSI dengan baik dan mengikut spesifikasi yang dipersetujui adalah tugas pelbagai engineer (Civil, Mechanical, EE, Structural, Steel, Geologist, etc) Sebab tu bila kita baca papan notis ttg sesuatu projek mesti ada tulis:

    Perunding Kejuruteraan Awam: bla, bla..

    Perunding Kej. Mekanikan: bla, bla

    Perunding Kej. EE: bla, bla,

    Salam

    prof. shukor

    ReplyDelete