Monday, September 28, 2009

SATU IKTIBAR - BANJIR TERBURUK DI MANILA, FILIPINA 26 SEPT 2009.

Sdra-sdri Pelajar-pelajar JAD sekelian, Salam Syawal 1430 H dan Selamat Bersiap-sedia untuk kembali ke Pengajian JAD di Unisel.... Aduh, berjumpa lagi......

Saya mengharapkan satu perubahan minda dan sikap ke arah kematangan sebagai
mereka yang TERPILIH mengikuti pengajian kejuruteraan bertaraf antarabangsa. Setakat nak tipu kehadiran dalam kelas, ponteng tanpa sebab dan memberi hujah setaraf budak sekolah darjah 1 atau 2 perlu di buang dan di gantikan dengan tahap kematangan sebagai seorang bakal JURUTERA yang professional.

Mari kita luaskan minda tentang kejadian banjir mengejut di Manila, Filipina pada 26 Sept 2009 ketika kita masih seronok menyambut Aidil-Fitri. Banyak iktibar yg boleh kita ambil dari bencana alam ini.

Saya sertakan gambar-gambar dramatik banjir di Manila tersebut. Cuba sdra-sdri lihat gambar2 ini dari perspektif sebagai seorang manusia yang pandai (results SPM yang hebat2, bakal jurutera dari JEPUN) dan mempunyai tahap kematangan yang tinggi. Bagaimana ssdra-sdri bertindak SEKIRANYA sdra atau sdri terbabit dalam satu bencana yang datang mengejut?

Orang-ramai panik menyelamatkan diri, adakah sdra-sdri sebagai jurutera EE atau MechE pun sama-sama tumpang sekaki berjalan atas wayar elektrik dan telefon atau berbuat sesuatu yang positif? Atau sdra-sdri bersikap bahawa "kubur sendiri-sendiri", pandai-pandailah nak hidup....





Kalau sdra-sdri dalam suasana aman damai di Program JAD, semua dijaga bagai menatang minyak yang penuh tanpa perlu risau....hanya perlu fokus kepada pengajian dan mematangkan diri, TETAPI gagal berfungsi sebagai insan yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, agama, masyarakat dan negara, then something is wrong somewhere.

Harap ambil iktibar....Kepada yang bersikap 'kubur sendiri-sendiri' ketahuilah bahawa semasa SAKARATUL MAUT pun sendiri-sendiri, pandai-pandai-lah berbual dengan Malaikat Izrail (itu pun kalau tak panik....)dan ber'kowtim' dengan Iblis nanti.

Salam

Prof. Shukor
Kota Kemuning, Shah Alam.



Wednesday, September 23, 2009

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI DARI SAYA SEKELUARGA.

Sdra & Sdri pelajar2 Program JAD sekelian,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sama-sama menyambut 1 Syawal yang penuh berkat bersama ibu-bapa yang dikasihi, adik-beradik, saudara-mara dan sahabat-handai. Kepada ayah dan ibu yang telah kembali ke rahmatullah, sama-samalah kita hadiahkan Al-fatihah dan doa moga-moga roh mereka di rahmati Allah.
Saya dan keluarga menyambut 1 Syawal di Shah Alam dan di Ampang selain menziarahi saudara-mara di sekitar Lembah Kelang.

Ramai yang bertanya tentang keluarga Dekan JAD, oleh yang demikian saya sertakan beberapa gambar sempena 1 Syawal di rumah kami, di Kota Kemuning, Shah Alam.


Saya dan isteri saya, (Cikgu) Norzihan binti Abdul Salim - kami sebaya! - mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri kepada semua pelajar-pelajar Program JAD, ibu-bapa yang banyak berjasa kepada anak-anak dan semua yang terlibat menjayakan Program JAD ini.

Saya sertakan satu lagu dari Dato' Sharifah Aini berjudul Seri Dewi Malam - sebuah lagu klasik tahun 70-an khusus untuk ibu-bapa yang sebaya dengan saya yang meminati Dato' Sharifah Aini. Rasanya lagu ini pasti mengimbau kembali kenangan lama dan nostalgia tahun 70-an dan 80-an kepada sesiapa yang berkenaan. Silakan mendengarnya.



Foto di atas pula adalah anak bujang saya, Abdul Hafeez bin Abdul Shukor - Umur: 20 tahun (1989). X-SASER Seremban, X-PLKN 2007 Sabah dan kini sedang berada di Tahun 2, Degree in Mechanical Engineering, Univ. Teknologi Petronas dengan biasiswa Petronas. Hafeez bergambar dengan adik kesayangan dia iaitu Mohd. Fakhrul Najmi bin Abdul Shukor (7 tahun), teman berkasih sayang dan sparring partner untuk sesi bergaduh dan kejar-mengejar di dalam rumah semata-mata nak berebut remote control Astro, PS2 dan komputer. Walhal ada 2 Astro berbeza di rumah saya, 2 PS2 dan 3 komputer serta 1 Streamyx dan 1 Celcom Broadband. Adat resam adik-beradik!

Gambar di atas pula ialah anak dara saya, Amirah Adilah binti Abdul Shukor. Kini sedang belajar di SBPI Rawang. Going to be Sweet 17 soon! Hobi/Minat: Bercuti dan travelling di seluruh dunia. Yang tiada gambarnya ialah seorang lagi anak saya, Luqman Al-Hakim bin Abdul Shukor (12 tahun).

Beginilah keluarga Dekan JAD. Sudi-sudilah ke rumah kami di Kota Kemuning, Shah Alam sempena Hariraya Aidil Fitri ini. Boleh kita berbual-bual sambil menjamah kuih raya di tepi taman air mini kami yang berkonsepkan kayu lapik landasan keretapi.

Sama-samalah kita mengasihi dan menghormati keluarga kita terutamanya kedua ibu-bapa yang banyak berjasa kepada kita. Jadikan penglibatan anda dalam program JAD ini sebagai satu landasan untuk membalas segala pengorbanan ibu-bapa dan mereka yang meletakkan harapan kepada anda.

Salam Aidil-Fitri dan selamat kembali semula ke Program JAD. Salam saya kepada ibu-bapa anda.

Sekian.

Prof. Shukor
Kota Kemuning, Shah Alam.

Friday, September 18, 2009

INSAFLAH! ANDA SEORANG PEJUANG SEBENARNYA.....

SALAM Aidil-Fitri kepada semua pelajar2 JAD (U2, U1 dan Matriks),

Semasa saya menulis artikel ini, ada di kalangan sdra/sdri yang telah tiba ke pangkuan ibu-bapa, ada yang masih dalam perjalanan dan ada yang masih menunggu saat dan ketika untuk bergerak ke kampung halaman. Sebagai KL Boy, kampung halaman saya adalah di Kg. Melayu Ampang di pinggir KL. Salam hari raya saya kepada ibu-bapa dan kaum keluarga. Balik kampongggggg!!!



Semalam, hari Khamis 17/9/09, saya sempat berbual-bual dengan ustaz dan pensyarah Unisel yang mengajar sdra/sdri (Pengajian Islam), antara lain mereka meluahkan rasa hati mereka ttg pelajar2 JAD Batch 3 U2 ni. Mereka kata bandingkan dengan Batch 2 dulu, Batch 3 ni "kurengggg" dari sudut istiqamah atau lebih senang cakap, banyak ponteng kelas. Terutamanya yang pljr3 ME. Pljr EEE kira OK lagi. Ni yang saya geram ni. Udahlah kita ni keturunan ME dari RMIT Melbourne. Memanglah kita sdia maklum bahawa tugasan semasa Short Intensive Semester (SIS) ini memang amat mencabar untuk sdra/sdri. Tetapi bukankah ini perjuangan nama-nya?

Sdra/sdri ini semua pada hakikatnya adalah pejuang2 yang diberi PELUANG oleh Allah SWT melalui biasiswa YPM untuk melalui satu perjuangan di Unisel dan di Jepun nanti untuk menjadi seorang engineer. Engineer yang di harapkan dapat berbakti kepada ayah bonda, bangsa, agama dan negara.

Tapi kalau perjuangan setakat ini tidak menyakinkan malah membimbangkan dan menyusahkan saya, pihak YPM, pensyarah-pensyarah, tentulah tidak adil namanya.

Setakat hebat dalam keputusan akademik, well......, orang lain pun hebat juga. Saya rasa diri saya pun hebat juga. Tapi kehebatan seseorang baik lelaki dan perempuan, terletak kepada keupayaan diri masing-masing menghadapi masa-masa dan detik-detik yang mencabar minda dan jasad sdra/sdri. Berapa ramai mereka yang tumpas dan tumbang dalam situasi sebegini? Ramai sebenarnya.

Kekadang saya bertanya, sdra/sdri ni tahu ke bahawa kami, dekan, pengurusan YPM, konsultan-konsultan dan pensyarah2 tempatan sentiasa memerhatikan prestasi sdra/sdri tidak setakat kejayaan akademik tetapi kami memerhatikan sdra/sdri dari aspek kematangan diri, cara bercakap, berinteraksi, bertindak dan membuat keputusan. Umur 19 thn dan 20 thn bukan satu alasan untuk berkelakuan seperti budak sekolah.

NAK BUAT APPOINTMENT JUMPA SAYA, TENGOK2 LAH HARIBULAN NYA.

Ada satu kisah, seorang pljr JAD nak jumpa saya...Dia hantar sms jam 11.30 malam 30 Ogos 2009. Dia nak jumpa dan discuss dengan saya di Ofis saya hari ISNIN 31 Ogos (petang).

Saya balas SMSnya dan kata "kamu ni memang bermasalah. 31 Ogos Hari MERDEKA..Saya nak sambut hari kemerdekaan pun payahhhh..."

Pljr tu minta maaf sebab dia terlupa yang 31 Ogos adalah cuti umum.

Udahlah malam jam 11.30 saya ada "dating" dengan isteri saya. Potong stim betulllll lah mamat ni!

Moral-nya: Sdra/sdri mesti tahu apa tindakan yang ingin diambil. Sebagai bagai engineer, sdra/sdri adalah profesional dan sebagai pejuang, sdra/sdri mesti buat perancangan yang betul. Setakat hebat dan jaguh dalam keputusan peperiksaan sahaja belum memadai untuk menjadikan sdra/sdri sebagai pahlawan atau serikandi sejati. Medan perjuangan sdra/sdri yang sebenarnya ialah apabila sdra/sdri telah bekerja sebagai engineer dan melayari bahtera kehidupan sebagai seorang yang mempunyai tanggungan dan tanggungjawab sebagai engineer/suami/isteri/bapa/ibu/anak kepada ayah dan ibu yang sudah berumur lanjut.

So, jadikan masa sekarang ni sebagai gelanggang latihan untuk menjadi seorang pejuang sejati.

Masa cuti 2 minggu ni, saya harap dijadikan waktu terbaik untuk bersama-sama ayah dan bonda, kepada yang telah kehilangan ayah/ibu, guna masa ini untuk bersama adik-beradik, sentiasa berdoa kepada Illahi untuk pihak ayah-ibu. Tingkatkan kematangan diri. Hargailah kehidupan anda sekarang sebab ada insan-insan di luar sana yang tidak bernasib baik seperti anda.

Kembali nanti ke JAD Unisel dalam suasana yang SEGAR dan CERIA serta bersedia menghadapi detik-detik perjuangan selanjutnya.

Ingat bahawa, sdra/sdri terutama U2, anda di tahun akhir di Unisel dan saya mahu menyaksikan satu peningkatan yang baik dari aspek syaksiah atau keperibadian diri, kematangan dan jangan buat appoitment yang pelik-pelik dengan saya!

Hayatilah nasyid dari kumpulan SAUJANA yang bertajuk "Suci Sekeping Hati" - Berubahlah kepada yang lebik baik dan lebih matang.



Sekian.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Prof. Abdul Shukor
Dekan.

Monday, September 14, 2009

BERJUANG DENGAN EXAM DI JAD DAN BERJUANG MENDAPATKAN LAILATUL QADR.

Salam kepada sdra/sdri di JAD,

Minggu ini di mana umat Islam berjuang dan beristiqamah untuk mendapatkan ganjaran Lailatul Qadr di hari-hari terakhir Ramadhan, di sini jugalah sdra/sdri sedang bergelut dengan exam untuk Short Intensive Semester (SIS). Sudah pasti nikmat ganjaran Lailatul Qadr tidak dapat dihitung dengan markah gred A+, A atau B seperti sistem markah JAD. Tetapi ganjaran pahala beribadah di Lailatul Qadr adalah bersamaan dengan beribadah 1000 bulan atau lebih dari 83 tahun. Ini adalah dari hadis Nabi SAW yang sahih. Mampukah kita lakukan ibadah gred A+ sehingga berumur 83 tahun? Belum tentu sebab average umur rakyat Malaysia adalah antara 70 hingga 75 tahun sahaja. Ada yang umur 20 tahun dah meninggal dunia. Maka sepatutnya lah kita rebut peluang setahun sekali beribadah di Lailatul Qadr, yang berada di 10 malam terakhir ini.

Berbalik pada perjuangan dalam exam SIS, kalau setakat pengajian Islam, saya pasti semua pelajar-pelajar Muslim akan score 100/100. Betulkan? Sebab semua orang Islam pelajar JAD mesti boleh score 100/100. Atau saya hanya berangan-angan kosong? Kenapa tak boleh score 100/100 dalam pengajian Islam? Dah nama pun Sakinah, Hanif, Muaz, Amira, dan opps, terlupa........Arref Razmen, mesti boleh score 100/100. Semua ni nama-nama hebat dalam Islam.

Kekadang kita terfikir berapa sebenarnya NILAI harga diri kita sebagai insan di dunia ini. 10 sen? 50 sen? RM440 sebulan? RM25,000 sebulan? atau RM450 Juta (ini nilai harga Christiano Ronaldo yg dibayar oleh Real Madrid kepada Man. Utd).

Adakah nilai harga diri kita lebih TINGGI dari harga sebatang pokok kayu di tepi jalanraya? Cuba saksikan klip video berikut:



Siapakah yang lebih tinggi NILAI harganya, adakah orang yg terselamat itu atau pokok kayu yang tumbuh di tepi jalan? Sudah pasti pokok kayu itu lebih bernilai tinggi sebab dia berjaya menyelamatkan seorang manusia dari dirempuh oleh kereta lumba yang laju bagai peluru. Manusia tersebut mungkin seorang Presiden, Perdana Menteri, seorang Profesor atau Engineer berkelulusan hebat dari Jepun berbandingkan dengan sebatang pokok kayu. Namun hakikatnya, pokok kayu tersebut BERJAYA melindungi manusia tadi dari ambang maut. Kira hebatlah pokok kayu itu!

Sekarang, tanya diri sendiri, berapa nilai harga sdra/sdri? Kalau tanya pada saya, jawapan nya ialah ZERO. Kenapa zero value? Sebab sdra/sdri masih dalam satu perjalanan untuk mendapatkan NILAI harga diri sebagai manusia dan engineer yang diharapkan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kecuali kalau ada sponsor lain, contohnya Petronas sudi 'membeli' sdra-sdri dari biasiswa YPM pada masa ini, tanpa ada Diploma atau Degree, then diberi kerja dengan gaji yang tinggi, bolehlah saya kata bahawa nilai harga diri sdra/sdri is more than zero.

Satu lagi, nilai sebenar diri kita ini hanyalah Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Christiano Ronaldo bernilai RM450 Juta di dunia ini pada umur 23 tahun, benarkah nilai harga itu sama dengan penilaian Allah SWT? Apakah ciri-ciri insan yang bernilai TINGGI di sisi Allah? Sdra/sdri yang belajar pengajian Islam pasti boleh menjawab soalan ini.

Oleh yang demikian, sama-sama kita ambil peluang di hari-hari terakhir Ramadhan Al-Mubarak yang terdapat padanya Lailatul Qadr, memperbanyakkan ibadah solat, membaca Al-Quran, berzikir dan bersedekah, mentaati ayah bonda, menghormati pensyarah, mempamerkan akhlak yang mulia, bersungguh-sungguh sebagai pelajar JAD dan tolong-menolong sesama rakan AGAR kita berupaya meningkatkan NILAI harga diri kita di sisi Allah, kerana Allah-lah sebenar PENILAI yang terbaik.

Buat masa ini, mungkin pokok kayu lebih tinggi nilainya dari sdra/sdri. Banyak lagi pengurbanan dan cabaran yang perlu ditempuhi.

Selamat Berjuang dalam mendapatkan kejayaan peperiksaan dan mendapatkan Lailatul Qadr.

Salam.

Prof. Shukor.

(yg mana perangai yang belum 'matang', malas dan suka ponteng kuliah tanpa sebab, ubahlah sebelum terlambat)

Friday, September 11, 2009

ISU PONTENG KULIAH PELAJAR-PELAJAR JAD.

Salam untuk semua, Seperti biasa saya dapat lagi 'request' dari sensei tentang maklumat pelajar-pelajar JAD especially U2 yang ponteng dengan kadar yang tinggi. Dan seperti biasa saya akan hantar surat cinta kepada pelajar berkenaan berkaitan hal tersebut.

Sebenarnya, isu ponteng tanpa sebab ni adalah perkara normal di universiti. Yang jadi 'abnormal' nya ialah apabila orang yang sama sahaja yg ponteng tanpa sebab dan mereka ini selalu terima surat cinta dari saya.

Ada beberapa andaian yg boleh kita simpulkan:
1. Mereka ini memang hobinya ponteng kuliah
2. Prestasi akademik mereka 'so-so' sahaja. Mungkin berjaya kerana markah belas-kasihan sensei.
3. Mereka beranggapan perbuatan yang dilakukan tidak akan memberi apa-apa kesan pada masa hadapan.
4. Tidak ada kesungguhan untuk merubah kepada yang positif.
5. Sudah pun di'cop' sebagai 'pemalas' dan 'tiada masa depan yang cerah', jadi buat apa struggle habis- habisan!

Dari pengalaman saya belajar di universiti, sekiranya pelajar suka ponteng masa tahap/level sekarang, dia akan buat benda yang sama bila berada di tahap lebih tinggi. Ini fakta. Dan lebih teruk lagi, bila tiba di final year nanti, di mana waktu formal contact hours dengan sensei semakin berkurangan kerana buat final year project dan sebagainya, maka lebih kerap-lah mereka ini akan ponteng. Sebab aktiviti ini telah sebati dengan jiwa mereka.

Bayangkan apabila kita telah bekerja, dan sdra-sdri mempunyai jadual kerja yang padat dan datelines yang tak masuk akal. Sekiranya terbawa-bawa sikap ponteng kerja seperti mana sebahagian kita ponteng kuliah, maka gelap-lah masa depan-nya. Itu baharu satu kerja. Tapi kalau ada 3-4, 6,7,10 kerja serentak dan tidak mempunyai kemahiran menguruskan masa dan jadual harian, maka jadilah seorang engineer yang 'below average'.

Engineer yang 'below average' ini lah yang menyusahkan kehidupan manusia. Sebab mereka buat kerja sambil lewa, Calculation dan analysis buat lebih-kurang aje. Lepas-tu hidup dengan rasuah atau duit 'under-table'. Bangunan runtuh, jambatan roboh, produk tak perform dan macam2 lagi isu yang menyusahkan manusia.

Ok, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar universiti ponteng kuliah tanpa sebab? Saya yakin semua pun dah tahu. Tapi mari kita imbas semula.

Dari pihak pelajar:
- tak minat subjek berkenaan, subjek memang susah giler! - lecturer tak pandai ajar, instead suka baca buku teks, dan membebel - dah confirm akan gagal subjek berkenaan, buat apa penat-penat belajar - dipaksa ambil subjek tersebut, tiada minat - lecturer berat sebelah atau bias, pelajar yang tak pandai disisih-kan. - awal-awal lagi pensyarah dah kata bahawa pelajar akan gagal - masalah peribadi, masalah duit, masalah keluarga, masalah kekasih, masalah negara, masalah luar negara - sikap malu tak kena tempat, malas, letih.

Tetapi kalau dikaji semula, semua isu di atas ada jalan penyelesaiannya.


Boleh jumpa dan berbincang dengan Dekan, Pengurusan YPM, dan lecturer berkenaan. Tetapi kalau setiap tahun (Matriks, U1 dan U2) nama-nama yang regular sahaja yang didapati tuang, then ini ada kaitan dengan diri pelajar tersebut.
Saya boleh jamin melalui pengalaman bahawa mereka yang suka ponteng masa sekarang, dia akan tetap buat perangai itu bila di 3rd and Final Year. Bila kerja nanti, sikap tersebut juga akan bakal menyuisahkan dia di tempat dia bekerja kelak. Justeru itu, saya nasihat-kan pelajar-pelajar berkenaan harus pandang diri sendiri di cermin dan bertanya adakah aku akan berubah? Pengajian aku ini dibiayai sepenuhnya bukan murah. Berapa ramai orang yang tidak bernasib baik macam aku. So, please, berubahlah demi kebaikan diri sendiri. Saya sendiri frust kalau pelajar yang fully-sponsored buat perangai yang negatif. Insya Allah, boleh berubah dan masa yang terbaik untuk berubah adalah sekarang sebelum berangkat ke Nippon.

Sekian dan sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, marilah ambil iktibar dari senario di bawah ini.

KUANTAN: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai untuk sepasang suami isteri dan lapan anak mereka termasuk seorang yang baru berusia tiga minggu yang tinggal di sebuah rumah tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Gambang, di sini. Foto-foto ini hanyalah sekadar hiasan semata-mata.

Zakaria Deraman, 42, dan Nurhamizah Mat Jusoh, 34, dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu berhijrah ke sini, empat tahun lalu, untuk mencari rezeki dengan harapan dapat mengeluarkan keluarganya daripada belenggu kedaifan.

Bagaimanapun, apa yang dicari bukan saja masih belum ditemui, malah pasangan itu bersama anak-anaknya Nur Ain Emylia Janora, 13; Mohd Zulfikar, 11; Rosol Azi, 9; Nurain Juliana, 7; Nuratiqah, 5; Mohd Saro, 3 dan Puteri Zazani, 2, dan Fitri berusia tiga minggu terpaksa menempuh hidup lebih getir dan melarat di bandar.

Keluarga daif ini yang pernah tinggal di Kampung Seri Fajar, dekat Gambang, tiga tahun lalu dengan sewa RM50 sebulan, terpaksa menyisihkan diri ke kawasan bekas lombong itu kerana tidak mampu membayar sewa, selain dikatakan menjadi punca masalah denggi di kampung itu apabila besi buruk dikumpul untuk dijual didakwa menjadi tempat pembiakan aedes.

Agak menyedihkan keadaan isterinya baru bersalin dan belum habis pantang, manakala bayi mereka berusia tiga minggu terpaksa berdepan kehidupan yang menyulitkan di pondok usang yang turut dihurungi nyamuk dan lalat.

Pondok mereka diami di kawasan lombong itu terletak dalam persekitaran semak samun dan kotor, tiada kemudahan elektrik dan air bersih.

Kawasan bekas lombong dihuni pelbagai jenis hidupan air termasuk udang galah, ikan baung dan keli itu menjadi punca rezeki utama keluarga itu, manakala air lombong dijadikan sumber minuman, selain untuk kegunaan memasak, mandi dan membasuh pakaian.

Rezeki diperoleh tidak menentu, kadang kala dalam tempoh seminggu baru dia dapat mengumpul dua kilogram udang galah yang dijual RM25 bagi setiap kilogram, selain pelbagai jenis ikan untuk makanan harian.

“Siapa yang mahu hidup begini miskin, susah dan melarat. Orang pandang hina pada kita. Ketika tinggal di Kampung Seri Fajar anak-anak saya bermain di sekitar kawasan kampung dipandang jijik.

“Besi buruk yang saya kumpul di rumah untuk dijual dikatakan menjadi punca pembiakan aedes. Saya sedar dan akur terhadap pandangan sinis masyarakat kampung dan terpaksa mencari kawasan lain untuk dijadikan tempat berteduh mungkin buat sementara waktu.

Zakaria sekeluarga yang hidup `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, berkata, terdesak dengan kedaifan hidup, dia pernah menyerahkan seorang daripada anaknya kepada orang lain, kononnya mahu membantu meringankan beban.

“Malangnya, orang yang diharap meringankan beban kami sekeluarga mahukan satu perjanjian dibuat dan tidak membenarkan kami menyentuh zuriat yang kami berikan kepadanya sebagai anak angkat.

“Saya tidak boleh terima perjanjian seperti ini. Dia tidak boleh putuskan tali perhubungan kami sekeluarga. Jadi, saya terpaksa mengambil semula anak saya itu dan menyerahkan kembali motosikalnya.

“Saya sudah bertekad susah senang, makan atau tidak, biarlah kami hidup sekeluarga bersama,” katanya.

Oleh kerana ketiadaan kenderaan, Zakaria terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer untuk keluar ke jalan besar sebelum meminjam motosikal rakannya di Taman Perumahan Rakyat Gambang untuk ke bandar seperti dilakukan sebelum ini.

“Saya berharap dapat motosikal untuk menghantar anak ke sekolah. Oleh kerana ketiadaan kenderaan, kerap anak saya tidak bersekolah,” katanya yang tidak mahu pulang ke kampung mengadukan penderitaannya kerana keluarganya juga susah.

“Sekarang, lombong inilah yang menjadi sumber rezeki utama saya. Di lombong inilah saya hidup, mencari rezeki, mendapatkan sumber air, mandi dan sebagainya, walaupun orang kata di sini ada buaya.

“Syukur Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak berdepan musibah seperti terserempak atau diserang haiwan itu,” katanya.

Ditanya pernahkah dia mencari pekerjaan tetap untuk mengubah nasib keluarganya, Zakaria yang agak pemalu berkata, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan, tetapi kadang kala dia membuat keputusan yang kurang bijak.

“Saya mengaku, kadang kala tersilap buat keputusan dalam hidup. Nak buat macam mana, semuanya sudah ditentukan Allah SWT. Lebih-lebih lagi sekarang, isteri saya masih dalam pantang,”katanya.

Pengajarannya - Jangan BUAT KEPUTUSAN yang silap. Suka ponteng kuliah, malas, dan tidak mahu berubah ke arah positif ADALAH keputusan yang silap dan bakal menyusahkan hidup ANDA....(Aku pun 2x susah sebab habiskan dakwat dan kertas semata-mata nak tulis 'surat cinta' kepada kaki-kaki ponteng JAD ni......)

Di Hotel New Otani, Tokyo - tempat saya bermalam yang mewah.

Salam,

Prof. Abdul Shukor

Wednesday, September 9, 2009

ULASAN Laporan Pelajar2 U2 'Special Seminar' - Sembang2 Bersama Dekan JAD Program.

Salam kepada semua.

Saya berkesempatan membaca dan menilai laporan 'Special Seminar' - Sembang2 Bersama Dekan JAD yang dijalankan pada
12 Ogos 2009. Saya ingin berkongsi beberapa komen untuk makluman sdra2 & sdri2.


Overall Presentations.

Majoriti telah menghantar laporan yang bersifat 'luahan hati' tentang sesi sembang2 dengan saya, this is expected. 95% menghantar laporan yang bercetak (printed) dan ada segelintir yg hantar secara hand-written. Obviously, presentation skill IS very important to engineers, bermakna yg buat laporan secara bertulis will not get much attention from me. So, in future, if you need to submit a report, it MUST BE professionally type-written. Otherwise, your superior will throw your report to the rubbish bin.

Presentation yang baik dan professional akan menarik minat pembaca kepada apa yang dituliskan. Namun ada pelajar JAD yang tidak peka kepada tarikh sesi sembang2 bersama Dekan JAD semasa menyiapkan laporan. Ada yg tulis tarikh seminar bersama saya pada 6 Ogos, 8 Ogos, 12 Ogos dan 13 Ogos! Mana satu yang betul ni? For me, the writer is careless! Potong markah lagiiiii.... Bayangkan sdra/sdri sedang menyiapkan laporan tentang projek engineering yang berisiko tinggi dan tarikh kajian tidak dipastikan bila...hancurrrr!

Do not confuse yourself and others, pleeeeease.....

Ada seorang hamba Allah ni lagi klasik... Tarikh sembang2 bersama Dekan JAD ialah 12 Ogos 2009, laporan dia bertarikh 4 Ogos 2009! Emmmm...Hentam sahaja-lah Ramlee.....Yg penting aku nak gi Nippon (paint)

Bagi saya, kalau tarikh pun dah salah, maklumat lain dalam laporan tu saya kurang berminat.

Kandungan Laporan.
Secara umumnya, saya memuji sebilangan besar yg membuat laporan berkenaan.
Ada yang:
1. anggap saya sebagai idola JAD students,
2. terkejut tengok results SPM saya yang 'teruk',
3. hairan macamane saya pegang beberapa 'positions' serentak,
4. kata "He is my inspiration",
5. mengaku.....this is the best session I have attended,
6. menghargai,.....I appreciate the knowledge and tips received.
dan macam-macam lagi.

Ok-lah, terima kasih (x3) dan saya ucapkan Selamat Menyambut Hariraya Aidil-Fitri....

Cadangan saya: Oleh kerana majoriti telah menyatakan respons masing-masing didalam laporan mereka, PLEASE keep your report in a safe folder AND re-open this same file in FIVE YEARS' time (2014) or TEN YEARS' time (2019). Dan sila baca balik dan kaitkan dengan kedudukan sdra/sdri pada masa tersebut. Adakah anda telah menjadi seperti mana yang anda telah tuliskan dalam laporan itu? Kemudian sila call/sms/emel saya pada tahun berkenaan. BOLEH?

Rumusan.
Terima kasih kepada semua yang menghantar laporan kepada saya. Tak kira samada laporan anda in BM, English atau Japanese, beberapa isu penting mesti diberi perhatian.
- Cover page (Info dalam cover page seperti nama, tarikh, lokasi, tajuk) AMAT penting sebab that is the FIRST impression yang akan membuat pembaca minat atau benci dengan laporan kita.
- Format laporan mesti ada 'flow'nya. Jangan terpecah-pecah macam jigsaw puzzle.
- Mesti ada 'conclusion'nya. Yakni, apa rumusan atau pengajaran atau iktibar yang telah anda terima.
- Check spelling errors!!

OK.

Remember,

They say, Don't judge the book BY its cover.....Fine!

But we judge an engineer/consultant/researcher/analyst by his/her project's report.....So, be warned!

Semasa menjalankan kursus di TV3 (Media Prima) - Julai 2009

Your comments are welcome.

Regards,

Prof. Shukor


Sunday, September 6, 2009

How beautiful is Great Barrier Reef?

Many are asking this question - How beautiful is Great Barrier Reef? For a person who had have the opportunity to dive into the Great Barrier Reef, my answer is, indeed, BEAUTIFUL! Not easy to describe but look at these videos and let your imaginations do the analysis. (copy the address into another window and enjoy the videos)

http://www.youtube.com/watch?v=rQp19u_MH-Q

http://www.youtube.com/watch?v=ofWGIYYpnBI

Hopefully, one day, you too can travel to these exotic places and appreciate the power of the All-Mighty Allah.

Can you remember all the 7 Natural Wonders of The World? Easy for JAD students...isn't it?

Regards,

Prof. Shukor

Friday, September 4, 2009

Tujuan Blog Dekan JAD.

Sdra2 dan Sdri2 sekelian,

Salam pertemuan dan Selamat Berjuang di Program JAD.


Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberikan satu medan alternatif untuk anda berinteraksi secara terus 24 jam, 7 hari, setiap bulan dengan saya. Malah seandainya ibu-bapa atau penjamin anda ingin dan sudi berinteraksi dengan saya melalui blog ini, amatlah dialu-alukan. Cuma anda harus memaklumkan kepada mereka tentang alamat blog saya ini.


Pengajian di Program JAD sememangnya amat mencabar dan saya sebagai Dekan, bersama-sama pensyarah-pensyarah JAD serta pihak pengurusan YPM sedaya-upaya akan memainkan peranan untuk membantu sdra-sdri dari aspek-aspek sokongan moral, motivasi, berkongsi pengalaman serta ingat-mengingati antara satu-sama lain.


(Atas) Di Sydney, Australia dengan berlatarbelakangkan satu ikon tercantik iaitu Sydney Harbour Bridge.


(Atas) Semasa membentangkan hasil kajian dalam satu persidangan antarabangsa di OXFORD UNIVERSITY, England pada tahun 2003.

Justeru itu, saya amat mengalau-alukan sebarang komen, pertanyaan, atau ingin berkongsi pengalaman saya sebagai student di universiti (Melbourne dan Loughborough, England), sebagai engineer, lecturer, consultant, trainer, analyst dan sebagai ayah kepada keluarga saya, tidak menjadi satu halangan besar.

Semoga komunikasi dalam blog ini akan membantu sdra-sdri berjaya dengan cemerlangnya.


Sekian. TQ.


Salam


Prof. Shukor.

Thursday, September 3, 2009

A Nice Welcome To ALL JAD Students.


Assalamualaikum w.b.t and A Very Good Day to everyone of you, the students of JAD.


I take this ultimate pleasure to congratulate all of you who has managed to visit my blog. Also, I wish everyone of you a glittering success and hopefully, a bright future once you have completed your endeavour in Unisel and in respective universities in Japan.


Let me share with you one critical element when you have embarked in this JAD program. Either you have realised it or not, every JAD students are embarking on a ‘calculated risk’ process. What is a calculated risk? Come and let me show you. Success involves taking calculated risks. Risk taking does not mean gambling foolishly and behaving irresponsibly. People sometimes mistake irresponsible and rash behavior as risk-taking. They end up with negative results and blame it on bad luck. Risk-taking is relative. The concept of risk varies from person to person and can be a result of training. To both a trained mountain climber and a novice, mountain climbing is risky, but to the trained person it is not irresponsible risk-taking. Responsible risk-taking is based on knowledge, proper education, systematic training, careful study, confidence and competence which give a person the courage to act while facing fear. The person who never does anything makes no mistakes. However, he or she doesn't realize that not doing anything is his biggest mistake. Many opportunities are lost because of indecision. It is habit-forming and contagious. Take risks but don't gamble. Risk-takers go with their eyes open. Gamblers shoot in the dark.


Hence, studying engineering in a foreign language (Japanese) and in a foreign land (Japan) and within a foreign community (Japanese society) IS RISKY! But, students of JAD must take this risk as a calculated risk through proper planning, studying and managing the challenges carefully. As such, I would advise you to always plan well, consult the lecturers, continuously ask for guidance from the Al-Mighty Allah and with sincere hope that, when the day has arrived, you will graduate with flying colours.


In conclusion, I wish you all the best in the world. Graduate and Contribute’. That is the motto I would like to share with you.


Thank you from my heart.


Abdul Shukor bin Abdullah

(dekanjad@gmail.com)

Wednesday, September 2, 2009

What is LUCK? (Apa itu NASIB?) - Sembang2 Bersama Dekan JAD

LUCK FAVORS THOSE WHO HELP THEMSELVES.

A flood was threatening a small town and everyone was leaving for safety except one man who said, "God will save me. I have faith." As the water level rose a jeep came to rescue him, the man refused, saying "God will save me. I have faith." As the water level rose further, he went up to the second storey, and a boat came to help him. Again he refused to go, Belying, "God will save me. I have faith." The water kept rising and the man climbed on to the roof. A helicopter came to rescue him, but he said, "God will save me. I have faith."

Well, finally he drowned. When he reached his Maker, The Al-Mighty God, he angrily questioned, "I had complete faith in You. Why did You ignore my prayers and let me drown?" The Al-Mighty God replied, "Who do you think sent you the jeep, the boat, and the helicopter?"

The only way to overcome the fatalistic attitude is to accept responsibility and believe in the law of cause and effect rather than luck. It takes action, preparation and planning rather than waiting, wondering or wishing, to accomplish anything in life.


Pengajaran dari kisah di atas.
Hanya dengan tindakan berencana, persediaan dan perancangan yang betul, dan bukan hanya berangan-angan, terlalu yakin, dan menunggu 'duit dari langit' akan menyebabkan anda memahami konsep NASIB (LUCK).

NASIB sebenarnya adalah hasil tindakbalas dari hukum sebab dan musabab (cause and effect). Justeru itu, segala kemudahan yang anda terima sepanjang anda belajar di JAD samada bantuan ilmu dari pensyarah, kemudahan wang, peralatan, tempat tinggal dari YPM, dimudahkan anda memahami topik-topik yang diajar oleh sensei atau pensyarah, kesihatan tubuh badan itulah sebenarnya pertolongan secara halus dari Yang Maha Berkuasa.


Masalah malas, sikap negatif, berangan nak kaya cepat, atau ingin bergaya sakan dengan wang yang tidak seberapa- semua ini adalah tindakan yang tiada kena-mengena dengan NASIB. Ini adalah sikap (attitude) yang salah yang anda SANGKA boleh membantu anda berjaya.

"Apakah mereka menyangka bahawa mereka boleh masuk syurga TANPA diuji terlebih dahulu?"

Penyokong Setia Liverpool di Stadium Anfield, Liverpool, England (Ogos 2006).

Saat-saat manis ketika berada di Stadium Anfield, Liverpool, England. Saya berada Liverpool kerana menghadiri satu persidangan antarabangsa serta membentangkan satu hasil kajian. Lawatan ke Anfield Stadium adalah salah satu pakej semasa menghadiri persidangan.

Berada di tangga menuju ke padang Stadium Anfield, Liverpool dengan latarbelakang "This is Anfield, you know!!"


Mana penyokong2 MU, Chelsea dan Arsenal? Takkan diam aje?

Salam,

Prof. Shukor


Saat-saat Menakjubkan di Great Barrier Reef, Lautan Pasifik, Australia (Feb 2003)

Berada di kawasan Great Barrier Reef, 2 jam perjalanan dengan bot catamaran dari bandar Cairns.

Ini adalah detik-detik manis saya semasa berada di Cairns, Queensland, Australia pada Februari 2003. Saat manis ketika diturunkan ke dalam Laut Coral dekat Lautan Pasifik di lokasi Terumbu Karang Besar atau Great Barrier Reef - salah satu Keajaiban Dunia - amatlah mengasyikkan. Pengalaman melihat kehidupan di terumbu karang yang cantik dan berwarna-warni mengingatkan saya kepada kehebatan Pencipta yang Maha Agung.
Catatan perjalanan Feb 2003. KLIA - Brisbane (7 jam flight), Brisbane - Cairns (2 jam flight) - Cairns ke Great Barrier Reef (dengan bot catamaran - 2 jam perjalanan ke tengah laut).

Mungkin satu hari nanti, sdra2 dan sdri2 akan dapat melawat salah satu keajaiban dunia di Great Barrier Reef ("Finding Nemo"). Why not? Insya Allah.

Salam dari Prof. Shukor.