Friday, September 18, 2009

INSAFLAH! ANDA SEORANG PEJUANG SEBENARNYA.....

SALAM Aidil-Fitri kepada semua pelajar2 JAD (U2, U1 dan Matriks),

Semasa saya menulis artikel ini, ada di kalangan sdra/sdri yang telah tiba ke pangkuan ibu-bapa, ada yang masih dalam perjalanan dan ada yang masih menunggu saat dan ketika untuk bergerak ke kampung halaman. Sebagai KL Boy, kampung halaman saya adalah di Kg. Melayu Ampang di pinggir KL. Salam hari raya saya kepada ibu-bapa dan kaum keluarga. Balik kampongggggg!!!



Semalam, hari Khamis 17/9/09, saya sempat berbual-bual dengan ustaz dan pensyarah Unisel yang mengajar sdra/sdri (Pengajian Islam), antara lain mereka meluahkan rasa hati mereka ttg pelajar2 JAD Batch 3 U2 ni. Mereka kata bandingkan dengan Batch 2 dulu, Batch 3 ni "kurengggg" dari sudut istiqamah atau lebih senang cakap, banyak ponteng kelas. Terutamanya yang pljr3 ME. Pljr EEE kira OK lagi. Ni yang saya geram ni. Udahlah kita ni keturunan ME dari RMIT Melbourne. Memanglah kita sdia maklum bahawa tugasan semasa Short Intensive Semester (SIS) ini memang amat mencabar untuk sdra/sdri. Tetapi bukankah ini perjuangan nama-nya?

Sdra/sdri ini semua pada hakikatnya adalah pejuang2 yang diberi PELUANG oleh Allah SWT melalui biasiswa YPM untuk melalui satu perjuangan di Unisel dan di Jepun nanti untuk menjadi seorang engineer. Engineer yang di harapkan dapat berbakti kepada ayah bonda, bangsa, agama dan negara.

Tapi kalau perjuangan setakat ini tidak menyakinkan malah membimbangkan dan menyusahkan saya, pihak YPM, pensyarah-pensyarah, tentulah tidak adil namanya.

Setakat hebat dalam keputusan akademik, well......, orang lain pun hebat juga. Saya rasa diri saya pun hebat juga. Tapi kehebatan seseorang baik lelaki dan perempuan, terletak kepada keupayaan diri masing-masing menghadapi masa-masa dan detik-detik yang mencabar minda dan jasad sdra/sdri. Berapa ramai mereka yang tumpas dan tumbang dalam situasi sebegini? Ramai sebenarnya.

Kekadang saya bertanya, sdra/sdri ni tahu ke bahawa kami, dekan, pengurusan YPM, konsultan-konsultan dan pensyarah2 tempatan sentiasa memerhatikan prestasi sdra/sdri tidak setakat kejayaan akademik tetapi kami memerhatikan sdra/sdri dari aspek kematangan diri, cara bercakap, berinteraksi, bertindak dan membuat keputusan. Umur 19 thn dan 20 thn bukan satu alasan untuk berkelakuan seperti budak sekolah.

NAK BUAT APPOINTMENT JUMPA SAYA, TENGOK2 LAH HARIBULAN NYA.

Ada satu kisah, seorang pljr JAD nak jumpa saya...Dia hantar sms jam 11.30 malam 30 Ogos 2009. Dia nak jumpa dan discuss dengan saya di Ofis saya hari ISNIN 31 Ogos (petang).

Saya balas SMSnya dan kata "kamu ni memang bermasalah. 31 Ogos Hari MERDEKA..Saya nak sambut hari kemerdekaan pun payahhhh..."

Pljr tu minta maaf sebab dia terlupa yang 31 Ogos adalah cuti umum.

Udahlah malam jam 11.30 saya ada "dating" dengan isteri saya. Potong stim betulllll lah mamat ni!

Moral-nya: Sdra/sdri mesti tahu apa tindakan yang ingin diambil. Sebagai bagai engineer, sdra/sdri adalah profesional dan sebagai pejuang, sdra/sdri mesti buat perancangan yang betul. Setakat hebat dan jaguh dalam keputusan peperiksaan sahaja belum memadai untuk menjadikan sdra/sdri sebagai pahlawan atau serikandi sejati. Medan perjuangan sdra/sdri yang sebenarnya ialah apabila sdra/sdri telah bekerja sebagai engineer dan melayari bahtera kehidupan sebagai seorang yang mempunyai tanggungan dan tanggungjawab sebagai engineer/suami/isteri/bapa/ibu/anak kepada ayah dan ibu yang sudah berumur lanjut.

So, jadikan masa sekarang ni sebagai gelanggang latihan untuk menjadi seorang pejuang sejati.

Masa cuti 2 minggu ni, saya harap dijadikan waktu terbaik untuk bersama-sama ayah dan bonda, kepada yang telah kehilangan ayah/ibu, guna masa ini untuk bersama adik-beradik, sentiasa berdoa kepada Illahi untuk pihak ayah-ibu. Tingkatkan kematangan diri. Hargailah kehidupan anda sekarang sebab ada insan-insan di luar sana yang tidak bernasib baik seperti anda.

Kembali nanti ke JAD Unisel dalam suasana yang SEGAR dan CERIA serta bersedia menghadapi detik-detik perjuangan selanjutnya.

Ingat bahawa, sdra/sdri terutama U2, anda di tahun akhir di Unisel dan saya mahu menyaksikan satu peningkatan yang baik dari aspek syaksiah atau keperibadian diri, kematangan dan jangan buat appoitment yang pelik-pelik dengan saya!

Hayatilah nasyid dari kumpulan SAUJANA yang bertajuk "Suci Sekeping Hati" - Berubahlah kepada yang lebik baik dan lebih matang.



Sekian.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Prof. Abdul Shukor
Dekan.

No comments:

Post a Comment