Monday, September 28, 2009

SATU IKTIBAR - BANJIR TERBURUK DI MANILA, FILIPINA 26 SEPT 2009.

Sdra-sdri Pelajar-pelajar JAD sekelian, Salam Syawal 1430 H dan Selamat Bersiap-sedia untuk kembali ke Pengajian JAD di Unisel.... Aduh, berjumpa lagi......

Saya mengharapkan satu perubahan minda dan sikap ke arah kematangan sebagai
mereka yang TERPILIH mengikuti pengajian kejuruteraan bertaraf antarabangsa. Setakat nak tipu kehadiran dalam kelas, ponteng tanpa sebab dan memberi hujah setaraf budak sekolah darjah 1 atau 2 perlu di buang dan di gantikan dengan tahap kematangan sebagai seorang bakal JURUTERA yang professional.

Mari kita luaskan minda tentang kejadian banjir mengejut di Manila, Filipina pada 26 Sept 2009 ketika kita masih seronok menyambut Aidil-Fitri. Banyak iktibar yg boleh kita ambil dari bencana alam ini.

Saya sertakan gambar-gambar dramatik banjir di Manila tersebut. Cuba sdra-sdri lihat gambar2 ini dari perspektif sebagai seorang manusia yang pandai (results SPM yang hebat2, bakal jurutera dari JEPUN) dan mempunyai tahap kematangan yang tinggi. Bagaimana ssdra-sdri bertindak SEKIRANYA sdra atau sdri terbabit dalam satu bencana yang datang mengejut?

Orang-ramai panik menyelamatkan diri, adakah sdra-sdri sebagai jurutera EE atau MechE pun sama-sama tumpang sekaki berjalan atas wayar elektrik dan telefon atau berbuat sesuatu yang positif? Atau sdra-sdri bersikap bahawa "kubur sendiri-sendiri", pandai-pandailah nak hidup....





Kalau sdra-sdri dalam suasana aman damai di Program JAD, semua dijaga bagai menatang minyak yang penuh tanpa perlu risau....hanya perlu fokus kepada pengajian dan mematangkan diri, TETAPI gagal berfungsi sebagai insan yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, agama, masyarakat dan negara, then something is wrong somewhere.

Harap ambil iktibar....Kepada yang bersikap 'kubur sendiri-sendiri' ketahuilah bahawa semasa SAKARATUL MAUT pun sendiri-sendiri, pandai-pandai-lah berbual dengan Malaikat Izrail (itu pun kalau tak panik....)dan ber'kowtim' dengan Iblis nanti.

Salam

Prof. Shukor
Kota Kemuning, Shah Alam.



1 comment:

  1. sy trtarik dengan istilah 'kubur sendiri-sendiri' dan saya berani buat satu kenyataan bahawa ssiapa yg datang ke Jepun berimankan prinsip ni,nescaya x lama la dia kat jepun,atau porak peranda hidup dia kat jepun..dr JAD lg prangai 'kubur sendiri-sendiri' ni jadi virus,bukan sahaja pembawa virus,tapi org sekeliling..ya,mungkin 'kubur sendiri-sendiri' ni sgt best diamalkan bila ada aktiviti surau atau YPM wat,dia x pg..jadi bole lepak men game,tidur dan paling best kononnya dia bole study lebih..time 2 lantaklah kawan-kawan len yang prgi atau trpaksan prgi,janji diri sndiri orang x kacau..

    kne sntiasa ingt,di Jepun kalau masih lagi buat 'kubur sendiri-sendiri'..silap2 'kubur sendiri,sendiri yang gali'...

    sbbnya,klo da susah,xda spe pon yang luak nk luangkan masa utk puak2 macam ni

    ReplyDelete