Wednesday, September 23, 2009

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI DARI SAYA SEKELUARGA.

Sdra & Sdri pelajar2 Program JAD sekelian,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sama-sama menyambut 1 Syawal yang penuh berkat bersama ibu-bapa yang dikasihi, adik-beradik, saudara-mara dan sahabat-handai. Kepada ayah dan ibu yang telah kembali ke rahmatullah, sama-samalah kita hadiahkan Al-fatihah dan doa moga-moga roh mereka di rahmati Allah.
Saya dan keluarga menyambut 1 Syawal di Shah Alam dan di Ampang selain menziarahi saudara-mara di sekitar Lembah Kelang.

Ramai yang bertanya tentang keluarga Dekan JAD, oleh yang demikian saya sertakan beberapa gambar sempena 1 Syawal di rumah kami, di Kota Kemuning, Shah Alam.


Saya dan isteri saya, (Cikgu) Norzihan binti Abdul Salim - kami sebaya! - mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri kepada semua pelajar-pelajar Program JAD, ibu-bapa yang banyak berjasa kepada anak-anak dan semua yang terlibat menjayakan Program JAD ini.

Saya sertakan satu lagu dari Dato' Sharifah Aini berjudul Seri Dewi Malam - sebuah lagu klasik tahun 70-an khusus untuk ibu-bapa yang sebaya dengan saya yang meminati Dato' Sharifah Aini. Rasanya lagu ini pasti mengimbau kembali kenangan lama dan nostalgia tahun 70-an dan 80-an kepada sesiapa yang berkenaan. Silakan mendengarnya.



Foto di atas pula adalah anak bujang saya, Abdul Hafeez bin Abdul Shukor - Umur: 20 tahun (1989). X-SASER Seremban, X-PLKN 2007 Sabah dan kini sedang berada di Tahun 2, Degree in Mechanical Engineering, Univ. Teknologi Petronas dengan biasiswa Petronas. Hafeez bergambar dengan adik kesayangan dia iaitu Mohd. Fakhrul Najmi bin Abdul Shukor (7 tahun), teman berkasih sayang dan sparring partner untuk sesi bergaduh dan kejar-mengejar di dalam rumah semata-mata nak berebut remote control Astro, PS2 dan komputer. Walhal ada 2 Astro berbeza di rumah saya, 2 PS2 dan 3 komputer serta 1 Streamyx dan 1 Celcom Broadband. Adat resam adik-beradik!

Gambar di atas pula ialah anak dara saya, Amirah Adilah binti Abdul Shukor. Kini sedang belajar di SBPI Rawang. Going to be Sweet 17 soon! Hobi/Minat: Bercuti dan travelling di seluruh dunia. Yang tiada gambarnya ialah seorang lagi anak saya, Luqman Al-Hakim bin Abdul Shukor (12 tahun).

Beginilah keluarga Dekan JAD. Sudi-sudilah ke rumah kami di Kota Kemuning, Shah Alam sempena Hariraya Aidil Fitri ini. Boleh kita berbual-bual sambil menjamah kuih raya di tepi taman air mini kami yang berkonsepkan kayu lapik landasan keretapi.

Sama-samalah kita mengasihi dan menghormati keluarga kita terutamanya kedua ibu-bapa yang banyak berjasa kepada kita. Jadikan penglibatan anda dalam program JAD ini sebagai satu landasan untuk membalas segala pengorbanan ibu-bapa dan mereka yang meletakkan harapan kepada anda.

Salam Aidil-Fitri dan selamat kembali semula ke Program JAD. Salam saya kepada ibu-bapa anda.

Sekian.

Prof. Shukor
Kota Kemuning, Shah Alam.

1 comment: