Monday, September 14, 2009

BERJUANG DENGAN EXAM DI JAD DAN BERJUANG MENDAPATKAN LAILATUL QADR.

Salam kepada sdra/sdri di JAD,

Minggu ini di mana umat Islam berjuang dan beristiqamah untuk mendapatkan ganjaran Lailatul Qadr di hari-hari terakhir Ramadhan, di sini jugalah sdra/sdri sedang bergelut dengan exam untuk Short Intensive Semester (SIS). Sudah pasti nikmat ganjaran Lailatul Qadr tidak dapat dihitung dengan markah gred A+, A atau B seperti sistem markah JAD. Tetapi ganjaran pahala beribadah di Lailatul Qadr adalah bersamaan dengan beribadah 1000 bulan atau lebih dari 83 tahun. Ini adalah dari hadis Nabi SAW yang sahih. Mampukah kita lakukan ibadah gred A+ sehingga berumur 83 tahun? Belum tentu sebab average umur rakyat Malaysia adalah antara 70 hingga 75 tahun sahaja. Ada yang umur 20 tahun dah meninggal dunia. Maka sepatutnya lah kita rebut peluang setahun sekali beribadah di Lailatul Qadr, yang berada di 10 malam terakhir ini.

Berbalik pada perjuangan dalam exam SIS, kalau setakat pengajian Islam, saya pasti semua pelajar-pelajar Muslim akan score 100/100. Betulkan? Sebab semua orang Islam pelajar JAD mesti boleh score 100/100. Atau saya hanya berangan-angan kosong? Kenapa tak boleh score 100/100 dalam pengajian Islam? Dah nama pun Sakinah, Hanif, Muaz, Amira, dan opps, terlupa........Arref Razmen, mesti boleh score 100/100. Semua ni nama-nama hebat dalam Islam.

Kekadang kita terfikir berapa sebenarnya NILAI harga diri kita sebagai insan di dunia ini. 10 sen? 50 sen? RM440 sebulan? RM25,000 sebulan? atau RM450 Juta (ini nilai harga Christiano Ronaldo yg dibayar oleh Real Madrid kepada Man. Utd).

Adakah nilai harga diri kita lebih TINGGI dari harga sebatang pokok kayu di tepi jalanraya? Cuba saksikan klip video berikut:



Siapakah yang lebih tinggi NILAI harganya, adakah orang yg terselamat itu atau pokok kayu yang tumbuh di tepi jalan? Sudah pasti pokok kayu itu lebih bernilai tinggi sebab dia berjaya menyelamatkan seorang manusia dari dirempuh oleh kereta lumba yang laju bagai peluru. Manusia tersebut mungkin seorang Presiden, Perdana Menteri, seorang Profesor atau Engineer berkelulusan hebat dari Jepun berbandingkan dengan sebatang pokok kayu. Namun hakikatnya, pokok kayu tersebut BERJAYA melindungi manusia tadi dari ambang maut. Kira hebatlah pokok kayu itu!

Sekarang, tanya diri sendiri, berapa nilai harga sdra/sdri? Kalau tanya pada saya, jawapan nya ialah ZERO. Kenapa zero value? Sebab sdra/sdri masih dalam satu perjalanan untuk mendapatkan NILAI harga diri sebagai manusia dan engineer yang diharapkan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kecuali kalau ada sponsor lain, contohnya Petronas sudi 'membeli' sdra-sdri dari biasiswa YPM pada masa ini, tanpa ada Diploma atau Degree, then diberi kerja dengan gaji yang tinggi, bolehlah saya kata bahawa nilai harga diri sdra/sdri is more than zero.

Satu lagi, nilai sebenar diri kita ini hanyalah Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Christiano Ronaldo bernilai RM450 Juta di dunia ini pada umur 23 tahun, benarkah nilai harga itu sama dengan penilaian Allah SWT? Apakah ciri-ciri insan yang bernilai TINGGI di sisi Allah? Sdra/sdri yang belajar pengajian Islam pasti boleh menjawab soalan ini.

Oleh yang demikian, sama-sama kita ambil peluang di hari-hari terakhir Ramadhan Al-Mubarak yang terdapat padanya Lailatul Qadr, memperbanyakkan ibadah solat, membaca Al-Quran, berzikir dan bersedekah, mentaati ayah bonda, menghormati pensyarah, mempamerkan akhlak yang mulia, bersungguh-sungguh sebagai pelajar JAD dan tolong-menolong sesama rakan AGAR kita berupaya meningkatkan NILAI harga diri kita di sisi Allah, kerana Allah-lah sebenar PENILAI yang terbaik.

Buat masa ini, mungkin pokok kayu lebih tinggi nilainya dari sdra/sdri. Banyak lagi pengurbanan dan cabaran yang perlu ditempuhi.

Selamat Berjuang dalam mendapatkan kejayaan peperiksaan dan mendapatkan Lailatul Qadr.

Salam.

Prof. Shukor.

(yg mana perangai yang belum 'matang', malas dan suka ponteng kuliah tanpa sebab, ubahlah sebelum terlambat)

2 comments:

  1. dulu,pernah cikgu bahasa melayu bertanya pada saya,

    ''apa punca keruntuhan akhlak dan moral''

    maka saya pun menjawab;

    ''kurang pengetahuan ilmu agama''

    hatta cikgu pun membalas;

    ''jawapan awak salah,anak pak imam,blajar agama smpai mesir pon ada yang wat kes zina la,yg 2 la yg ni la''

    mungkin kini ini jawapan saya,dan mungkin jawapan ini betul bagi saya;

    ''kurang PENGHAYATAN agama''

    '' Barangsiapa yang Allah menghendaki baginya kebaikan, Dia memahamkannya dengan deen''
    (Mutafaqqun 'Alayh

    "Manusia itu umpama logam. Sebaik-baik mereka ketika Jahiliyyah adalah sebaik-baik mereka ketika Islam, jika mereka faham (tentang deen)"

    (Bukhari)

    ReplyDelete
  2. Saya amat bersetuju dgn poin anda. Kefahaman dan penghayatan berpandukan Ad-deen lah yang membantu kita melayari kehidupan yg mencabar ini. Tahniah dan TQ.

    ReplyDelete