Friday, September 11, 2009

ISU PONTENG KULIAH PELAJAR-PELAJAR JAD.

Salam untuk semua, Seperti biasa saya dapat lagi 'request' dari sensei tentang maklumat pelajar-pelajar JAD especially U2 yang ponteng dengan kadar yang tinggi. Dan seperti biasa saya akan hantar surat cinta kepada pelajar berkenaan berkaitan hal tersebut.

Sebenarnya, isu ponteng tanpa sebab ni adalah perkara normal di universiti. Yang jadi 'abnormal' nya ialah apabila orang yang sama sahaja yg ponteng tanpa sebab dan mereka ini selalu terima surat cinta dari saya.

Ada beberapa andaian yg boleh kita simpulkan:
1. Mereka ini memang hobinya ponteng kuliah
2. Prestasi akademik mereka 'so-so' sahaja. Mungkin berjaya kerana markah belas-kasihan sensei.
3. Mereka beranggapan perbuatan yang dilakukan tidak akan memberi apa-apa kesan pada masa hadapan.
4. Tidak ada kesungguhan untuk merubah kepada yang positif.
5. Sudah pun di'cop' sebagai 'pemalas' dan 'tiada masa depan yang cerah', jadi buat apa struggle habis- habisan!

Dari pengalaman saya belajar di universiti, sekiranya pelajar suka ponteng masa tahap/level sekarang, dia akan buat benda yang sama bila berada di tahap lebih tinggi. Ini fakta. Dan lebih teruk lagi, bila tiba di final year nanti, di mana waktu formal contact hours dengan sensei semakin berkurangan kerana buat final year project dan sebagainya, maka lebih kerap-lah mereka ini akan ponteng. Sebab aktiviti ini telah sebati dengan jiwa mereka.

Bayangkan apabila kita telah bekerja, dan sdra-sdri mempunyai jadual kerja yang padat dan datelines yang tak masuk akal. Sekiranya terbawa-bawa sikap ponteng kerja seperti mana sebahagian kita ponteng kuliah, maka gelap-lah masa depan-nya. Itu baharu satu kerja. Tapi kalau ada 3-4, 6,7,10 kerja serentak dan tidak mempunyai kemahiran menguruskan masa dan jadual harian, maka jadilah seorang engineer yang 'below average'.

Engineer yang 'below average' ini lah yang menyusahkan kehidupan manusia. Sebab mereka buat kerja sambil lewa, Calculation dan analysis buat lebih-kurang aje. Lepas-tu hidup dengan rasuah atau duit 'under-table'. Bangunan runtuh, jambatan roboh, produk tak perform dan macam2 lagi isu yang menyusahkan manusia.

Ok, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar universiti ponteng kuliah tanpa sebab? Saya yakin semua pun dah tahu. Tapi mari kita imbas semula.

Dari pihak pelajar:
- tak minat subjek berkenaan, subjek memang susah giler! - lecturer tak pandai ajar, instead suka baca buku teks, dan membebel - dah confirm akan gagal subjek berkenaan, buat apa penat-penat belajar - dipaksa ambil subjek tersebut, tiada minat - lecturer berat sebelah atau bias, pelajar yang tak pandai disisih-kan. - awal-awal lagi pensyarah dah kata bahawa pelajar akan gagal - masalah peribadi, masalah duit, masalah keluarga, masalah kekasih, masalah negara, masalah luar negara - sikap malu tak kena tempat, malas, letih.

Tetapi kalau dikaji semula, semua isu di atas ada jalan penyelesaiannya.


Boleh jumpa dan berbincang dengan Dekan, Pengurusan YPM, dan lecturer berkenaan. Tetapi kalau setiap tahun (Matriks, U1 dan U2) nama-nama yang regular sahaja yang didapati tuang, then ini ada kaitan dengan diri pelajar tersebut.
Saya boleh jamin melalui pengalaman bahawa mereka yang suka ponteng masa sekarang, dia akan tetap buat perangai itu bila di 3rd and Final Year. Bila kerja nanti, sikap tersebut juga akan bakal menyuisahkan dia di tempat dia bekerja kelak. Justeru itu, saya nasihat-kan pelajar-pelajar berkenaan harus pandang diri sendiri di cermin dan bertanya adakah aku akan berubah? Pengajian aku ini dibiayai sepenuhnya bukan murah. Berapa ramai orang yang tidak bernasib baik macam aku. So, please, berubahlah demi kebaikan diri sendiri. Saya sendiri frust kalau pelajar yang fully-sponsored buat perangai yang negatif. Insya Allah, boleh berubah dan masa yang terbaik untuk berubah adalah sekarang sebelum berangkat ke Nippon.

Sekian dan sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, marilah ambil iktibar dari senario di bawah ini.

KUANTAN: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai untuk sepasang suami isteri dan lapan anak mereka termasuk seorang yang baru berusia tiga minggu yang tinggal di sebuah rumah tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Gambang, di sini. Foto-foto ini hanyalah sekadar hiasan semata-mata.

Zakaria Deraman, 42, dan Nurhamizah Mat Jusoh, 34, dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu berhijrah ke sini, empat tahun lalu, untuk mencari rezeki dengan harapan dapat mengeluarkan keluarganya daripada belenggu kedaifan.

Bagaimanapun, apa yang dicari bukan saja masih belum ditemui, malah pasangan itu bersama anak-anaknya Nur Ain Emylia Janora, 13; Mohd Zulfikar, 11; Rosol Azi, 9; Nurain Juliana, 7; Nuratiqah, 5; Mohd Saro, 3 dan Puteri Zazani, 2, dan Fitri berusia tiga minggu terpaksa menempuh hidup lebih getir dan melarat di bandar.

Keluarga daif ini yang pernah tinggal di Kampung Seri Fajar, dekat Gambang, tiga tahun lalu dengan sewa RM50 sebulan, terpaksa menyisihkan diri ke kawasan bekas lombong itu kerana tidak mampu membayar sewa, selain dikatakan menjadi punca masalah denggi di kampung itu apabila besi buruk dikumpul untuk dijual didakwa menjadi tempat pembiakan aedes.

Agak menyedihkan keadaan isterinya baru bersalin dan belum habis pantang, manakala bayi mereka berusia tiga minggu terpaksa berdepan kehidupan yang menyulitkan di pondok usang yang turut dihurungi nyamuk dan lalat.

Pondok mereka diami di kawasan lombong itu terletak dalam persekitaran semak samun dan kotor, tiada kemudahan elektrik dan air bersih.

Kawasan bekas lombong dihuni pelbagai jenis hidupan air termasuk udang galah, ikan baung dan keli itu menjadi punca rezeki utama keluarga itu, manakala air lombong dijadikan sumber minuman, selain untuk kegunaan memasak, mandi dan membasuh pakaian.

Rezeki diperoleh tidak menentu, kadang kala dalam tempoh seminggu baru dia dapat mengumpul dua kilogram udang galah yang dijual RM25 bagi setiap kilogram, selain pelbagai jenis ikan untuk makanan harian.

“Siapa yang mahu hidup begini miskin, susah dan melarat. Orang pandang hina pada kita. Ketika tinggal di Kampung Seri Fajar anak-anak saya bermain di sekitar kawasan kampung dipandang jijik.

“Besi buruk yang saya kumpul di rumah untuk dijual dikatakan menjadi punca pembiakan aedes. Saya sedar dan akur terhadap pandangan sinis masyarakat kampung dan terpaksa mencari kawasan lain untuk dijadikan tempat berteduh mungkin buat sementara waktu.

Zakaria sekeluarga yang hidup `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, berkata, terdesak dengan kedaifan hidup, dia pernah menyerahkan seorang daripada anaknya kepada orang lain, kononnya mahu membantu meringankan beban.

“Malangnya, orang yang diharap meringankan beban kami sekeluarga mahukan satu perjanjian dibuat dan tidak membenarkan kami menyentuh zuriat yang kami berikan kepadanya sebagai anak angkat.

“Saya tidak boleh terima perjanjian seperti ini. Dia tidak boleh putuskan tali perhubungan kami sekeluarga. Jadi, saya terpaksa mengambil semula anak saya itu dan menyerahkan kembali motosikalnya.

“Saya sudah bertekad susah senang, makan atau tidak, biarlah kami hidup sekeluarga bersama,” katanya.

Oleh kerana ketiadaan kenderaan, Zakaria terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer untuk keluar ke jalan besar sebelum meminjam motosikal rakannya di Taman Perumahan Rakyat Gambang untuk ke bandar seperti dilakukan sebelum ini.

“Saya berharap dapat motosikal untuk menghantar anak ke sekolah. Oleh kerana ketiadaan kenderaan, kerap anak saya tidak bersekolah,” katanya yang tidak mahu pulang ke kampung mengadukan penderitaannya kerana keluarganya juga susah.

“Sekarang, lombong inilah yang menjadi sumber rezeki utama saya. Di lombong inilah saya hidup, mencari rezeki, mendapatkan sumber air, mandi dan sebagainya, walaupun orang kata di sini ada buaya.

“Syukur Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak berdepan musibah seperti terserempak atau diserang haiwan itu,” katanya.

Ditanya pernahkah dia mencari pekerjaan tetap untuk mengubah nasib keluarganya, Zakaria yang agak pemalu berkata, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan, tetapi kadang kala dia membuat keputusan yang kurang bijak.

“Saya mengaku, kadang kala tersilap buat keputusan dalam hidup. Nak buat macam mana, semuanya sudah ditentukan Allah SWT. Lebih-lebih lagi sekarang, isteri saya masih dalam pantang,”katanya.

Pengajarannya - Jangan BUAT KEPUTUSAN yang silap. Suka ponteng kuliah, malas, dan tidak mahu berubah ke arah positif ADALAH keputusan yang silap dan bakal menyusahkan hidup ANDA....(Aku pun 2x susah sebab habiskan dakwat dan kertas semata-mata nak tulis 'surat cinta' kepada kaki-kaki ponteng JAD ni......)

Di Hotel New Otani, Tokyo - tempat saya bermalam yang mewah.

Salam,

Prof. Abdul Shukor

1 comment:

  1. kdg2,org telah,nyaris-nyaris,atau berkeinginan ponteng mmpunyai fikiran seperti ''kalau aku x pnteng pon bukan bole score,subjek susah,dtg ke x sme je'',atau ''drpd g klas tp x paham pe bek aku study sndir''..

    tak dinafikan wujud watak atau spesis protagonis'x penah ponteng tp susah nak score dan spesis antagonis 'muke ponteng tp kaki score''..mungkin wujud tanpa kehendak sesiapa

    bagi saya yg meletakkan diri sebagai watak protagonis,biarpun x score tp tetap yakin ada keberkatan andai x pnteng klas,bukan retorik tp trbenak lagi kata2 pengetua sekolah menegah

    'kalau result da D,klo Allah nak A,printer bile2 mse bole trsilap print jadi A'

    bukan alasan kalau x score,tp nk celikkan bahawa penilaian pelajar bukan sekadar lambakan dakwat hitam yg mencetak A+ pada slip,tp 'attitude' mesti kene jaga

    -brdasarkan pemerhatian singkat slama baru 4 bulan,org jepun x segunung mana pon ilmu,di mana2 pon sma,klo di Jepun 1+1=2,maka di malaysia juga 1+1=2,maka apa yg bole sy simpulkan kalau nk bina kemajuan dan tamadun,jangan mimpi selagi 'attitude' x dijaga

    --sejauh mana semua pihak menilai pelajar,slip peperiksaannya kah?atau 'attitude' nya kah?--

    ReplyDelete