Sunday, December 27, 2009

'DISCOVERY' - Apakah ERTI perkataan ini dalam hidup kita?

Let's admit it that all of us are embarking on a journey of 'DISCOVERY'. Some made it happens, some failed. But all of us will definitely complete a journey, nonetheless. - Prof. Shukor

Salam untuk semua pelajar2 Program JAD,

Kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang telah saya pelajari semasa menghadiri kursus 'UNISEL Senior Leaders Workshop' pada 21-22 Disember 2009 yang lalu. Selalunya saya yang akan mengendalikan bengkel, seminar atau kursus di merata-rata lokasi dari Perlis sampai ke Sabah, tapi kali ini saya menjadi peserta kursus dan ianya pasti menyeronokkan.
Penceramah/Fasilitator kursus ialah Cliff Chalon dari Chalon Performance Consulting, Perth, Australia.


Foto Atas: Ahli-ahli kumpulan saya - dari kiri; Prof. Shukor, Prof. Kushairi, Prof. Ir Mohamad (Naib Presiden/TNC: Pembangunan) dan Dato' Hajjah Latifah (Naib Presiden: Pengurusan Sumber Manusia).


Foto Atas: The Council of Deans of UNISEL has spoken!


Foto Atas: Saya dan Prof. Kushairi antara yang muda2, masa ni kita bagi-lah bos-bos kita
buat kerja sikit.....



Banyak yang saya pelajari selama 2 hari dan ada beberapa ilmu yang ingin saya kongsikan bersama sdra-sdri sekelian. Kali ini kita mula dengan perkataan 'DISCOVERY'.


Samada kita semua sedari atau tidak, kita sedang bergerak ke arah merealisasikan sesuatu 'Discovery' atau dalam BM-nya dikenali sebagai 'PENEMUAN'. Apakah yang dimaksudkan dengan 'DISCOVERY'?

DISCOVERY
consists of LOOKING at the same thing as everyone else and THINKING something different. by Albert Szent-Gyorgyi, NOBEL Laureate, Medicine, 1937


If I ever made any valuable
DISCOVERIES, it has been owing more to PATIENT attention, than to any other talent. by Sir Isaac Newton,


Dari 2 quotation di atas, kita memahami bahawi, DISCOVERY atau penemuan ialah: - Melihat, memerhati, menjalani sesuatu yang sama-sama dilakukan oleh orang lain dan BERFIKIR, MENILAI, MENGKAJI dan MENJANGKA-KAN sesuatu yang berlainan dari apa yang diperhatikan. - Untuk menghasilkan DISCOVERY atau penemuan, ianya terjadi kerana pemerhatian atau penghasilan sesuatu secara SABAR yakni sanggup menghadapi dugaan dan cabaran.

Justeru itu, sdra-sdri sekelian, di dalam rangka perjalanan untuk menjadi seorang engineer yang berbakat serta akan menyumbang kepada survival manusia pada masa akan datang, tidak dapat lari dari hakikat bahawa sdra-sdri mesti melakukan 'DISCOVERY'. Apakah jenis-jenis 'DISCOVERY' yang boleh sdra-sdri lakukan? Ini satu persoalan yang besar!


Ok, kita kaitkan DISCOVERY yang sdra-sdri ingin lakukan mengikut tempoh masa yang ada. Sepanjang menjadi pelajar2 Program JAD sehingga tamat tempoh pengajian nanti di Jepun, sdra-sdri mesti melakukan beberapa 'DISCOVERY' penting untuk membuktikan bahawa sdra-sdri adalah graduan engineering yang terbaik di kalangan yang terbaik!

What are the characteristics of a professional and talented engineer? (Banyak sumber dari Google):

1. A natural problem solver (Penyelesai masalah semula jadi - berbakat)

2. Understand the nature of materials (Faham ttg struktur bahan-bahan)

3. Good Mathematical skill (Kemahiran matematiks yang baik tahapnya)

4. Good observational skill ( Kemahiran memerhati sesuatu objek, aktiviti, senario yang baik)

5. Insatiable desire to learn new things and techniques (Keinginan yang tinggi untuk belajar sesuatu yang baru atau teknik terkini)

6. Leadership qualities (Ciri-ciri kepimpinan yang baik)

Kita ambil 6 ciri-ciri di atas. Persoalan saya, setakat ini, sudahkan sdra-sdri telah melakukan DISCOVERY atau penemuan berkaitan dengan ciri-ciri di atas pada diri sdra-sdri sekelian?

Untuk JAD Batch 1 - Sudah hampir dengan DISCOVERY anda sekarang!
Untuk JAD Batch 2 - Well, at least 12 bulan sebelum graduate
JAD Batch 3 - ada banyak masa lagi, at least 2 tahun
,
JAD Batch 4 & 5 masih boleh melakukan banyak 'DISCOVERIES' lagi.

Sebaliknya, seandainya sdra-sdri TIDAK melakukan apa-apa DISCOVERY lagi, sdra-sdri akan gagal walaupun telah ber-KELANA sehingga ke Jepun. You may graduate as an engineering graduate BUT you may just be an ordinary professional worker but with no DISCOVERY.

Sebenarnya, isu 'DISCOVERY' memang seronok untuk kita pelajari. Sila lihat foto-foto di bawah ini. Apa yang sdra-sdri lihat? Dan apakah isu-isu sebenarnya yang perlu kita hadapi? Tanya diri sendiri.









Persoalan saya kepada sdra-sdri:

1. Apakah yang sdra-sdri LIHAT dan NAMPAK?

2. Apa yang sebenarnya yang sdra-sdri FIKIR, ANALISIS dan INGIN LAKUKAN berkaitan apa yang telah sdra-sdri lihat dan nampak?

Well, this is 'DISCOVERY'

Boleh? Kata...... nak jadi top and professional engineer, consultant, trainer, professor and whatever!

Sekian,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Wednesday, December 23, 2009

SATU LAGI KEAJAIBAN HASIL KEJURUTERAAN UNTUK KITA KAGUMI DAN HARGAI.


"OASIS OF THE SEAS" - KAPAL PERSIARAN TERBESAR DI DUNIA.

Memulakan perkhidmatan pada 12 Disember 2009

Salam untuk semua,


Mari sama-sama kita tambahkan pengetahuan kejuruteraan dengan menghargai satu hasil kejuruteraan terkini iaitu pembinaan kapal penumpang/persiaran yang terbesar di dunia. Hasil yang hebat ini menggabungkan terlalu banyak bidang2 kejuruteraan seperti naval architecture, mechanical engineering, electrical power engineering, structural engineering, dan bidang2 lain seperti interior design, recreational sports dan safety engineering.


Utk mechanical engineering, cabang2 ilmu dan kepakaran yang mesti dipraktikkan dalam pembinaan satu struktur segagah ini ialah:
- fluids mechanics

- strength of materials
- thermodynamics & power engineering

- engineering mechanics (statics & dynamics)
- computer aided engineering (CAD)

- wind tunnel analysis

- finite elements analysis (FEA)

Fakta-fakta menakjubkan tentang OASIS OF THE SEAS:
- Mempunyai 21 kolam renang
- 600,000 gelen air untuk semua kolam renang
- 7000 km kabel elektrik atas kapal
- mempunyai 16-17 tingkat (bilik hotel, ice skating rink, basketball court)
- ada shopping centre, amphiteater dan kolam paling dalam ialah 5.3 meter (16 kaki dalamnya).
- trek untuk jogging dan mesin membuat ais untuk minuman yang besar isipadunya.

Sila klik pada foto-foto untuk paparan yang lebih jelas

Maklumat di atas memang patut dibaca oleh kita semua. Sila klik pada foto di atas.


















Saksikan klip video ini untuk melihat sendiri kehebatan OASIS of THE SEAS. Mungkin ada yang berminat untuk bercuti atas kapal ini pada suatu masa nanti....




Bayangkan, sekiranya kita campakkan siling 10 sen ke dalam sungai/laut, maka tenggelam lah ia dengan mudahnya. Tetapi kapal sebesar ini masih boleh terapung dan melayari samudera dengan mudahnya. Kehebatan ILMU KEJURUTERAAN. Mesti minat!

Sekian,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

Saturday, December 19, 2009

CERITA CERIA MUSIM CUTI.

BERKONGSI DETIK GEMBIRA PELAJAR SAYA HARI INI, SABTU 19 DISEMBER 2009.

Salam sekali lagi. Di harap pelajar2 JAD yang sedang bercuti, tentu gembira berihat sepuas-puas hati. Yang ada kelas tambahan, bersabar dan tabah menghadapi dugaan...sikit aje tuuu.


Kalau malam tadi saya dan isteri di Hotel Concorde Shah Alam untuk jamuan perkahwinan berprestij tinggi, hari ni Sabtu 19 Disember 2009, kami sekali lagi menjadi tetamu di majlis perkahwinan bekas pelajar Mechanical Engineering saya iaitu Wan Nurtiza binti Wan Husni, 25 tahun, di Rawang, Selangor.

Jadi saya ingin berkongsi cerita gembira ini. Maklumlah musim cuti, banyak jemputan kahwin. Lagi pun, saya harap cerita gembira sebegini akan menjadi iktibar dan perangsang untuk sdra-sdri belajar bersungguh-sungguh hingga jaya-nya dan seterusnya memasuki fasa kehidupan yang baru seperti Nurtiza ini.


Majlis kahwin Tiza ini juga adalah peluang terbaik saya untuk bertemu semula dengan ex-students Mechanical Engineering saya semasa mereka belajar di Unisel.


Ini bukanlah kali pertama saya dijemput ke majlis perkahwinan x-students saya. Ramai dah...
Tiza ni beria-ria sms pada saya minta alamat rumah saya kerana dia nak poskan kad jemputan kahwinnya. Harapan Tiza ni agar saya dapat datang ke hari bersejarah beliau.

Saya sertakan foto-foto yang sempat dirakamkan dan beberapa catitan untuk dikongsi bersama dengan sdra-sdri. Untuk memeriahkan lagi, saya mendedikasikan lagu "JOGET SINDIR PESAN" dari kumpulan Black Dog Bone untuk Tiza dan suami. Kena dengar lagu ni betul-betul sambil lihat foto-foto di bawah.
Kami yg berumur 40-an dan 50-an sekarang memang membesar dengan kumpulan Black Dog Bone, Alleycats, Carefree, Jamal Abdillah, Aishah, Sharifah Aini dan Sudirman.

Joget Sindir Pesan

Artist: Black Dog Bone

Berjalan kaki arah titian
Anak puyuh mencari makan
Andainya hati sudah berkenan
Usah tangguh buat lamaran

Jangan mata keranjang
Bila sedang berkasih
Jagalah hati sidia
Kalau sudah merajuk
Engkau yang serba salah
Apa kau buat tak kena

Pohonlah pauh ditebang tebang
Di sebelah rumah pak anjang
Di dalam tempoh sedang bertunang
Berbagai cabaran mendatang

Harus tabahkan hati
Fitnah usah peduli
Jangan bertindak melulu
Jauhkan pertengkaran eratkan kasih sayang
Bersandarkan keimanan

Jangan hanya di masa bertunang
Berjalan berpimpin tangan
Bila sudah bersuami isteri
Tak mahu berjalan bersama

Bungalah rampai bunga kemuning
Tambah pula harum kasturi
Kalau dah sampai hari bersanding
Jangan lupa mengundang kami

Muga panjang usia dapat sama raikan
Untuk melihat mempelai
Bersanding depan ramai jangan tak tahan hati
Bila kena sindir pesan



Wajah Raja & Permaisuri Sehari - 19 Dis 2009.


Foto Atas: Wan Nurtiza dan suami


Wajah2 Raja & Permaisuri Sehari pada 4 Julai 1988 (21 tahun yang lalu)....

Berjalan sakan dua orang ni.. Malam tadi di Concorde Hotel, Shah Alam. Hari ni di Rawang pulak...


Bertemu dengan x-students Mechanical Engineering, Unisel - sama batch dengan Wan Nurtiza.

Kemesraan bersama-sama pensyarah 'kesayangan' mereka tetap berterusan, walaupun teruk kena basuh dan belasah dari saya semasa kuliah di Unisel. Saya memang selalu lepas cakap tanpa belas kasihan kepada mereka demi memastikan mereka TAMAT belajar Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dengan JAYA-NYA.


Bersama-sama Ayah pengantin perempuan. Mak pengantin di belakang saya...

Saya selalu kata kepada pelajar2 JAD bahawa saya tidak memerlukan wang ringgit dari anda. Tetapi tatkala saya diperkenalkan kepada Mak dan Ayah x-students saya semasa majlis perkahwinan sebegini, dan Mak Ayah mereka menghargai peranan saya dalam membantu dalam pengajian anak mereka, pada saya itu adalah satu kepuasan dan penghargaan yang amat bermakna kepada saya. Sama-sama terharu dan menitiskan airmata gembira. AIRMATA lagi....


BERSANDING DI ATAS PELAMIN (SAYA PUN TUMPANG SEKAKI...)

Untuk di abadikan selamanya. Pensyarah dan bekas2 pelajar sama-sama bergembira di hari yang paling bersejarah sebagai suami isteri.


Apakah yang boleh kita jadikan iktibar?

Pada saya, perancangan dan fokus tentang apa yang ingin kita capai dalam masa 2, 3 atau 4 tahun dari sekarang amatlah penting. Kalau keutamaan menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan adalah penting, maka itulah adalah prioriti anda semua. Menamatkan pengajian dengan JAYA-NYA...itu fokus utama. Yang lain tu boleh kita rancang dan aturkan pelan-pelan.

Pelajar2 JAD lebih bertuah dari mereka yang di atas ni. Mereka ni sedang berhutang dengan PTPTN walaupun mereka dah graduate. Pelajar2 JAD bila graduate tak perlu risau2 ttg bayar balik YPM. Tak de ikatan lagi.... Sepatutnya, sdra-sdri boleh mencapai kejayaan yang lebih baik dari mereka di atas.

Sama-sama kita rancang dan laksanakan sebaik-baiknya.

Seperti yang saya selalu katakan, kalau ada masalah sila-lah berbincang dengan saya. Anywhere, anytime, 24 hours a day. Saya selalu available. Jangan perasan boleh buat sendiri-sendiri, kelak rugi.

Salam Cuti-cuti.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

SELAMAT BERCUTI DAN BEREHAT KPD PELAJAR2 JAD.


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
'MAAL HIJRAH'.


Salam utk semua pelajar2 JAD di Unisel dan di Jepun,
Kepada yang bercuti, saya ucapkan Selamat Bercuti dan sila rehat2-kan minda. Lupakan bahan-bahan akademik buat seketika. Cuti adalah cuti! Gunakan masa-masa cuti ini bersama ibu-ayah dan adik-beradik.

Kepada pelajar2 JAD yang menghadiri kelas tambahan tu, manfaatkan masa ini dengan sensei dan berazam untuk meningkatkan prestasi anda.

Saya pun memang nak rehat2 juga maklumlah 3 malam berturut-turut ada jemputan sana-sini. Rabu lalu ada Japanese Drama Contest di LT2 Unisel sampai jam 10.45 mlm. Semalam ada makan malam di MPH, Unisel dan malam tadi menghadiri majlis perkahwinan dan jamuan makan malam di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam (lokasi konvokesyen JAD Batch 1 dan 2).
Tetamu VIP termasuk lah Tun Dr Mahathir dan isteri, MB Selangor dan isteri dan saya suami-isteri.

Mungkin suatu masa nanti, ada pelajar2 JAD yang akan mengadakan majlis perkahwinan bertaraf VIP di hotel 5 bintang. Jangan lupa jemput saya sekali, ye...

(Foto Atas): Tetamu VVIP - Tun Mahathir, Tan Sri Khalid Ibrahim, isteri masing-masing di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam (Jumaat, 18 Disember 2009)


(Foto Atas): Ini bukan gambar pengantin baru Tapi gambar pengantin yang pernah jadi BARU 21 tahun yang lalu. Ala-ala 'A Couple in RED'.. Bila saya dan kawan-kawan yang hadir berbisik-bisik... anak-anak kita nanti nak buat majlis kahwin macam mana agaknya???? Takkan kat hotel 5 bintang! Naye! Saya maintain cool aje..


Sama-sama kita ingat-mengingati bahawa setiap kita akan melalui fasa-fasa hidup yang berbeza-beza. Fasa hidup saya dan isteri SEKARANG ialah untuk mengukuhkan kehidupan keluarga, memantapkan karier saya, melihat dan membantu anak-anak yang semakin membesar dan matang.

FASA sdra-sdri pula ialah berusaha menamatkan pengajian JAD dengan JAYA-NYA, Menimba ilmu dan MEMBAWA BALIK ilmu tersebut untuk dimanfaatkan di Malaysia serta berbakti kepada ayah ibu, adik-abang, serta rakyat Malaysia umumnya. Meningkatkan kematangan dan kecemerlangan diri supaya dihormati oleh orang lain dan jangan sekali-kali MENYUSAHKAN ayah bonda, penaja dan mereka yang meletakkan harapan kepada anda semua. Apa yang sdra-sdri dapat membawa balik selain dari itu anggaplah sebagai BONUS dan pemberian tambahan oleh Yang Maha Esa.

Mungkin satu lagi aspek yang patut sdra-sdri fikir-fikirkan ialah APAKAH yang boleh sdra-sdri TINGGALkan kepada rakan-rakan JEPUN anda di sana? Takkan tak de apa-apa? Pernahkah anda terfikir untuk memperkenalkan Islam kepada mereka? Apakah mekanisma yang diguna-pakai? Setakat kenalkan satay dan baju melayu/baju kurung...itu kira biasa saje. Berapa ramaikan kawan-kawan Jepun telah BERHIJRAH ke Islam melalui usaha-usaha anda? Atau sdra-sdri pelajar JAD dah memang sedia SIBUK, takde masa?

Bagaimana dengan ilmu-ilmu yang bakal dibawa balik ke Malaysia? Adakah dapat dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat Malaysia?

Fikir-fikirkan...

Sekian.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Wednesday, December 16, 2009

LAGI KES DRAMA AIRMATA - HARAP AMBIL IKTIBAR.

HAKIM MAHKAMAH YANG SATU 'KEPALA' DENGAN SAYA.

Salam untuk pelajar2 JAD,


Kita sambung lagi tentang bab mengalirkan airmata sebab saya semenjak dua menjak jadi Dekan JAD ni dah banyak kali terlibat. Saya terjumpa artikel bertajuk 'DRAMA AIRMATA DALAM MAHKAMAH - Harian Metro 9 DIS 2009'
.

Saya ingatkan dalam ofis saya dan sesi perjumpaan dengan ibu-bapa pelajar2 JAD aje yang ada drama airmata, rupa-rupanya dalam Mahkamah Kuala Lumpur pun ada drama airmata.

Kita perhatikan betul-betul kenyataan demi kenyataan daripada Hakim Mahkamah Sesyen, Yg Arif. Zainal Abidin Kamaruddin. (yang dalam kotak warna BIRU) terhadap pesalah berumur 20 tahun dan 18 tahun.



1. "Tidak kasihankah awak kepada ibu dan bapa yang membesarkan awak?
2. "Bapa awak sendiri berkata yang awak sudah banyak MENYUSAHKAN dan MEMALUKAN dia."

3. "Bapa awak ulang-alik ke Mahkamah CARI DUIT untuk JAMIN."
4. "Tenguk Mak awak, susah tau. Jual kuih SAHAJA."
5. "Awak tidak kasihan ke tenguk Mak awak ini."

6. "Mak awak BERGADUH dengan adik-beradik kerana duit jamin awak."
7. "Janji ye, bila MAK awak sakit, JAGA DIA."


Well, macam saya kata..JANGAN MENYUSAHKAN MAK AYAH BILA BELAJAR DI UNIVERSITI.
Kalau sesiapa sahaja termasuk saya membaca berita di atas, mesti sebak dan mengalirkan airmata sebab Mak dan Ayah terang-terang SUSAH , malah si Ayah MENGAKU anaknya sendiri telah MENYUSAHKAN dia disebabkan kerja-kerja anak mereka. Ini yang saya gerammmmmm.

So, kepada pelajar2 JAD yang masih dibuai mimpi2 indah dan menganggap 'nothing to worry', sila-lah berubah. Tak kira-lah lelaki ke perempuan ke. Saya mohon fikir panjang2 tentang apa yang anda lakukan baik di Unisel atau di Jepun.

Jangan sekali-kali menyusahkan Mak Ayah, penaja anda - YPM dan kami yang menunggu khidmat bakti anda.


(Foto Atas:) Kami ni, ex-boys RMC (Royal Military College - 1980-1982) bila dah berumur 45 tahun sekarang, sering ingat-mengingati dalam e-group kami tentang tolong jaga mak ayah yang dah berumur lanjut, uzur dan tak sihat. Walaupun sibuk dengan kerjaya masing, CEOs, Businessmen, Consultants, Academicians, top management (MAS, AirAsia, Petronas, MISC, CyberSecurity, Sapura, Toyota, Panasonics, etc), we try our best to look after our elderly fathers and mothers (yang masih hidup lagi).

Saya ni kategori (Academician + Consultant + Businessman) - nak bagi perangsang kepada anda semua!

Gambar di atas ketika re-union & family day 2004. Lokasi: Pengkalan TLDM Lumut.

OK, ini cerita selingan sahaja... Memang hakikat hidup bahawa kami, bebudak RMC menjadi 'pujaan' gadis dari TKC, Seri Puteri dan STF. Terutama bila bebudak TKC, Seri Puteri dan STF datang melawat ke RMC pada tahun 1981, kami di Form 5. APATAH lagi semasa aktiviti mempelajari senjata seperti M-16 machine guns. MASA INI LAH, kami bersungguh-sungguh menunjukkan cara-cara memegang senjata secara 'HANDS-ON' kepada bebudak TKC, Seri Puteri dan STF.

So, kebanyakkan isteri-isteri Batch saya di atas (TIDAK TERMASUK SAYA - sila baca 3x) adalah x-TKC, x-Seri Puteri dan x-STF. Itu sahaje......


Sama-samalah kita ambil iktibar dan berbakti kepada Ayah dan Ibu terutama kiranya mereka masih hidup di dunia ini.

Sekian.

Prof. Abdul Shukor.

Tuesday, December 15, 2009

APAKAH MATLAMAT BELAJAR DI PROGRAM JAD?

HARI INI (ISNIN 14/12/2009) SAYA TURUT MENGALIRKAN AIRMATA.

Salam kpd pelajar2 JAD, (Sila kongsi artikel ini dengan kawan2 di program JAD).

Sepanjang hampir 11 bulan saya diberikan tanggungjawab sebagai Dekan Program JAD, ada beberapa kali saya terlibat dalam sesi mengalirkan airmata. Setakat hingga pagi Isnin tadi saya masih boleh maintain 'macho' saya untuk tidak mengalirkan airmata, tetapi tadi bile sorang ayah dan ibu yang telah lanjut usia mengalirkan airmata bila meluahkan harapan mereka tentang anak mereka di JAD ni, saya pun sama-sama terharu dan mengalirkan airmata.....

Bulan April 2009 dulu bila 4 orang pelajar JAD disingkirkan dari program YPM ini, pejabat saya jadi lokasi mengalirkan airmata. Saya jadi tukang hulurkan tisu TESCO kepada pelajar yang sedih teramat sangat. Nak buat cammana dah rezeki di JAD setakat itu...


Setakat hari Isnin ni (14 Dis 2009), saya & YPM sudah memanggil dan berjumpa dengan 3 keluarga pelajar JAD di Unisel.
Kekadang saya terfikir apakah aku ni akan hadapi sesi mengalirkan airmata sepanjang jadi Dekan JAD? Tak de kerja lain ke.....? Walhal saya ada 7-8 tugasan sana-sini. Nak maintain 2 blogs dan moderate satu e-group (kawan2 saya di sekolah rendah Tahun 1972-1976 & menengah 1977-1979) serta 5 emel postings.

Soalan saya kepada pelajar2 JAD Batch 1 - 5 ni ialah ..... kepada SEBAHAGIAN KECIL pelajar2 yang ikut program JAD ni, apakah sebenarnya matlamat anda nak belajar di Jepun dan untuk graduate?

Macam pagi tadi, dua (2) keluarga datang bertemu dengan saya, sanggup korbankan masa kerja dan tugas harian masing-masing disebabkan masalah anak-anak mereka di JAD, Unisel,..tak ke menyusahkan ibu bapa namanya?

Saya dah beberapa kali cakap pada pelajar2 JAD iaitu Jangan Menyusahkan Mak dan Ayah sepanjang belajar di universiti. Mereka dah cukup susah membesarkan sdra-sdri. Tak semua mereka ni millionaire (jutawan)! Setakat mak ayah kerja makan gaji dan anak-anak pula belajar di JAD guna biasiswa YPM, nak bangga tang mana???


Tapi ada sebahagian pelajar-pelajar JAD (sebgh sahaja BUKAN semua, ye....) yang dah berangan-angan..... BELUM graduate lagi! BELUM pergi Jepun lagi dah menyusahkan Mak Ayah.

* Ada yang dah pelan NAK KERJA part-time untuk kumpul duit banyak2 di Jepun.
* Ada yang nak ambil/beli AP untuk beli kereta Toyota Caldina, Aphard untuk bawa balik ke M'sia.
* Ada yang nak berkahwin dalam keadaan prestasi akademik yang tak tentu arah.
* Ada yang bercouple sampai tak ingat Malaikat Izrail setiap hari melihat mereka!
* Ada yang mencuri dan mengambil barang-barang milik kawan di tanpa rasa bersalah
* Ada yang semakin TERUK keperibadian nya sehingga terpaksa diingatkan oleh saya dan pegawa2 YPM.

Isu-isu di atas ini pada saya, dan selalu saya cakap...... adalah hal-hal peribadi dan terpulang pada diri pelajar2. Sendiri BIKIN, SENDIRI TANGGUNG!

Tetapi pelajar2 JAD MESTI ingat... apabila telah menandatangani SURAT PERJANJIAN dengan YPM, sdra-sdri SAMADA suka atau tidak, PERLU MENGIKUT setiap arahan dan kandungan perjanjian. Saya tak pernah baca secara detail kandungan perjanjian YPM dengan anda semua TETAPI sebagai seorang pemegang biasiswa KERAJAAN pada tahun 1981-1987, saya tahu bahawa antara MATLAMAT dalam perjanjian ialah:
"pelajar dikehedakki menamatkan pengajian DENGAN JAYA-nya".

Takde pula dalam perjanjian kata:

* Pelajar digalakkan membeli & membawa balik kereta sebab kereta tak di jual di Malaysia.
* Pelajar dikehendakki bekerja part-time di luar negara sebab elaun sara hidup bulanan TIDAK CUKUP
* Pelajar dikehendakki Kahwin dan Beranak-pinak dan pihak penaja akan menanggung KOS-KOS terbabit untuk mengadakan kenduri kahwin.

* Pelajar boleh balik ke Malaysia kalau dah GIVE-UP belajar di Jepun.......

Tetapi 4 perkara di atas ni lah yang dilakukan oleh sebahagian pelajar2 JAD.... Nak berkahwin? silakan. Perkara yang baik, memang bagus. Tapi kalau prestasi akademik tunggang-langgang, kemudian penjamin 1 dan penjamin 2 tak sependapat supaya pelajar kahwin, Takke MENYUSAHKAN Mak Ayah, dan mereka yang meletakkan harapan kepada sdra-sdri (seperti pihak YPM, saya dan rakyat Malaysia)? Kalau rasa-rasa tak mahu graduate sebagai ENGINEER, sila maklumkan awal-awal kepada YPM dan saya. Sekurang-kurangnya bayaran GANTIRUGI tu tak lah Mahal sangat....

Kemudian ada pelajar-pelajar yang bercinta/bercouple sehingga lebih suka ikut cakap pakwe/makwe masing daripada cakap Mak dan Ayah. Kau orang ni kan BERLAGAK tak kena tempat! Saya mula lah geram nii......

Hello, Bro, saya pun bercinta jugak masa di Universiti tapi TAK DE lah menyusahkan Mak dan Ayah (Arwah ayah meninggal dunia masa saya di 2nd Year di Melbourne) dan takde menyusahkan penaja saya.

Zaman belajar di University adalah zaman susah, zaman survival, zaman membentuk keperibadian yang hebat dan personaliti yang mempunyai sifat kepimpinan untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara tercinta. Bukan zaman nak kumpul duit banyak2, zaman nak beli kereta mewah. Habis!.... bila umur 30-an, 40-an, 50-an, dah tak boleh kumpul duit? Tak boleh beli kereta?


Kalau nak kaya dan banyak duit, bukan masa di universiti. Setakat pergi ke Jepun belajar 2-3 tahun guna biasiswa YPM, di manakah kehebatan sdra-sdri? Sepatutnya, dengan amanah diberikan biasiswa YPM itu akan menjadikan sdra-sdri lebih bertanggungjawab, lebih mulia dan bersungguh-sungguh menamatkan pengajian dengan jayanya.

Saya tak pandang sangat kepada graduan luarnegara yang berjaya lebih-kurang atau so-so aje dan bawa balik kereta mewah atau bawa pulang duit banyak2. Sebab itu semua bukan matlamat diberikan biasiswa.

Tapi saya akan berasa takjub dan bersyukur ke hadrat Illahi serta berbaloi saya dan semua rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan apabila pelajar telah graduate sebagai BEST STUDENT di university masing-masing dan balik ke tanahair sehelai sepinggang! Saya boleh bagi CASH (TUNAI) untuk dia sebagai hadiah....

Foto Atas: Di Tokyo University of Science.

Sdra-sdri di luar sana yang ada masalah, sila-lah berbincang dengan saya. Jangan buat tindakan yang bakal menyusahkan diri sendiri, Mak Ayah dan Penaja. Saya tak susah, saya nak enjoy. Umur saya sekarang adalah umur untuk enjoy tapi umur anda adalah umur untuk berjuang bersungguh-sungguh menamatkan pengajian dan berbakti kepada Mak Ayah, bangsa dan negara.

Kenapa perlu menyusahkan MAK dan AYAH? Kenapa perlu sesi mengalirkan airmata MENYESAL dan KECEWA?
Kalau airmata gembira tu lain-lah ceritanya....


Apalagi yang boleh saya lakukan untuk mengubah persepsi dan attitude sbhg pelajar2 JAD? Tolong bagi ide sikit...

Sama-sama lah kita INSAF dan BERUBAH kepada yang lebih baik dan hebat.

Foto Atas: Di Tokyo University of Technology.

Prof. Abdul Shukor.

Friday, December 11, 2009

MEMORI DAN FOTO DI HOTEL ISTANA, KHAMIS 10/12/2009

MAJLIS RAMAH-MESRA PELAJAR2 JAD DAN WARGA KERJA YPM DI HOTEL ISTANA - 10/12/2009.

Syukur alhamdulillah kita dapat bersama-sama memeriahkan majlis yang diaturkan sebegitu rupa oleh YPM khusus untuk anda semua Batch 3 hingga 5. Ini membuktikan keprihatinan warga kerja YPM terhadap kebajikan sdra-sdri semua. Terima kasih kepada YPM!

Saya ingin berkongsi foto-foto menarik di bawah ini dan beberapa pengajaran yang boleh kita semua jadikan panduan - yang akan saya tuliskan pada artikel akan datang.
Untuk kali ini, marilah kita sama-sama bergembira berkongsi foto-foto yang akan menjadi kenangan buat masa hadapan.

Cuma minta maaf dari saya sebab dalam kamera saya ini, banyak foto2 yang dimonopoli oleh pelajar2 perempuan! Bukan salah saya... Maaf kan saya ye pada geng2 lelaki.


Anyway, Happy Viewing!


FOTO-FOTO 'BERDUA' (strictly upon request....). Harap2 tidak disalah-tafsirkan.






Steady jugak sdri-sdri ni berposing dengan Dekan JAD......


FOTO-FOTO 'BERTIGA' (semakin interesting). Al-maklumlah bukan senang nak bergambar dengan Dekan Program JAD.....












Seronok melihat masing-masing ceria walaupun bebanan menjadi pelajar2 JAD amatlah hebat!


FOTO-FOTO 'BEREMPAT' dan KE ATAS. (Yang ini kira dah cukup korum!) OK2, Belajar sungguh-sungguh menjadi engineer yang professional...

Seronok dan ceria bergambar dengan Dekan JAD.....


Yang di atas ni kira geng 'Ladies in RED'...


Ini dah dikira sebagai posing yang mencabar minda.... kot-kot nye!


Bila dah cukup kuota ni saya tak boleh beri apa-apa komen. Tengok sahaja le.....

OK, Namun begitu sebarang komen dari sdra-sdri yang 'constructive' adalah dialu-alukan.

Sempat jugak ada sdri-sdri di atas kata pd saya, "Prof, ni kira gambar bakal-bakal menantu tau....". Saya kata, "Ye le tu... Nanti saya tengok prestasi ko orang (sampai graduate)"

Ada juga soalan cepumas dari sdri2 Batch 3 kpd saya bertanyakan samada anak bujang saya yg umur 20 tahun di UTP tu masih solo lagi! Setakat yang saya tahu..... masih solo lah.....

Harap2 hubungan baik serta ukhuwah yang terjalin di kalangan sdra-sdri pelajar2 JAD akan berkekalan di samping usaha yang gigih untuk berjaya pada masa 2,3 dan 4 tahun dari sekarang sebagai graduan kejuruteraan dari Jepun.

Salam,

Prof. Abdul Shukor,
Kota Kemuning

Wednesday, December 9, 2009

MESYUARAT PENTING PADA KHAMIS 10/12/2009 DI BANGUNAN MARA, KL.


THE TIME HAS ARRIVED!!!!!


Salam pertemuan kepada semua pljr2 JAD 1-5.

Saya ingin memaklumkan bahawa pihak MARA telah melantik saya sebagai salah seorang panel PENILAIAN & PEMILIHAN penerima biasiswa untuk program Master & PhD untuk sesi akademik 2010/2011.

Kami akan bermesyuarat pada Khamis 10/12/2009 di Tingkat 26, Bangunan MARA, KL jam 12 tgh.

Kepada calon2 JAD Batch 1 yang telah ditemuramah oleh saya pada 20, 21 & 22 Oktober 2009, masanya telah tiba untuk kita memilih siapa yang layak dinobatkan sebagai penerima anugerah biasiswa YPM untuk melanjutkan pengajian di peringkat Master.

Kepada calon2 berkenaan, masanya telah tiba untuk sdra-sdri memperbanyakkan solat hajat dan doa ke hadrat Illahi (serta iringan doa ayah bonda) untuk dimakbulkan oleh Allah Ta'ala.

Keputusan siapa yg dapat biasiswa itu telah ditetapkan oleh Allah Ta'ala melalui qada' dan qadar-Nya. Kita hanyalah perlaksana kepada ketentuannya.

Saya dah menjalankan tugas sebagai panel temuduga dan telah memberikan respon saya. Kini masa saya dan panel penilai yang lain untuk memilih siapakah yang benar-benar layak.

Tension.....tension...... Biasiswa Master dan Ph.D pastinya terhad! Baru 2 tahun belajar di Jepun untuk bachelor degree, tak puas lagi, kini nak buat Master dan seterusnya PhD.

Relaks... Saya pun nak relaks juga maklumlah sibuk memanjang....

Foto Atas: Tengah seronok menikmati jamuan serabai (apam masam2 manis dicicah dengan kuah lemak durian...) aduh! nikmat hidup di dunia Allah Ta'ala. Lokasi - Astaka Tun Sardon Zubir, Gelugor, Pulau Pinang, Jumaat 4 Disember 2009.


NASI KANDAR 'LINE-CLEAR".... Nikmat lagi....


Foto Atas: Dinner di Warong Nasi Kandar 'Line Clear', Jalan Penang, Georgetown, Pulau Pinang. Sedap x3... Saya adalah pelanggan tetap Nasi Kandar Line Clear sejak 10 tahun yang lalu. At least, setahun adalah 2-3 kali makan di Nasi Kandar Line Clear ni... Nak join ke?????? Tarikh: 4 Disember 2009.



Berbalik kepada pemilihan penerima anugerah biasiswa untuk program Master dan Ph.D, ingin saya ulang balik soalan cepumas saya pada sesi interview dulu. Ingat lagi?? Saya tanya, sdra/sdri nak buat Master ni untuk tujuan apa? Apakah sumbangan sdra/sdri kepada rakyat Malaysia? Apakah kebaikan yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia dengan penyelidikan di peringkat Master dan Ph.D yang sdra/sdri laksanakan? Untuk suka2 sahaja ke?

Atau sdra/sdri SERIUS untuk sambung di universiti selama 2-3 tahun lagi untuk melakukan sesuatu pencapaian yang boleh dinikmati oleh kami (termasuk saya) di Malaysia yang melibatkan perbelanjaan tambahan setiap penerima anugerah sebanyak RM300,000 hingga RM400,000 seorang?


Apakah hasil penyelidikan sdra/sdri nanti hanya akan menguntungkan profesor dan universiti di Jepun sahaja?

Fikir-fikirkanlah.


Selamat Menjamu Selera dan Bertawakkal kepada Allah Ta'ala.

Dan Selamat mencurahkan bakti untuk agama, bangsa dan negara tercinta.

Salam,

Prof. Abdul Shukor.
Kota Kemuning.

Saturday, December 5, 2009

JANGAN FIKIR STUDENTS JAD AJE YANG LETIH!!!!

Salam untuk semua pelajar2 JAD,

Fenomena sebahagian besar pelajar2 JAD tidur semasa kuliah sedang dijalankan memang kes biasa. Maklumlah bebanan belajar, labs, assigments dan tests yang bersambung-sambung bagaikan tiada penghujungnya.

Well,, well, well...... binatang dan kanak-kanak pun letih juga semasa melakukan kerja masing-masing. Mari sama-sama kita lihat foto-foto berikut.



Rasa-rasa mcm pernah nampak bebudak macam ni, tapi dimane,,,,,,, JAD Unisel kot-kot nye...


Nak makan pun letihhhh... nak gi Jepun lagi lah letihhhh........










Kesimpulannya, kalau dah ngatuk dalam kelas tu, pandai-pandai nak cover line...... Jangan ponteng dan tidur di hostel pulak..... Satu hal pulak dapat surat cinta dari saya!

Salam,

Prof. Shukor.
Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Ahad, 6 Disember 2009.