Wednesday, April 14, 2010

ERTI PERSAHABATAN YANG KUKUH.....

HIKMAH SATU PERSAHABATAN YANG CUKUP LAMA.

Salam sejahtera kepada semua pelajar2 JAD di mana sahaja...

Lama tak berkomunikasi... Kini akan masuk ke Minggu ke 3 semester baru 2010 dan saya yakin semua pelajar2 JAD telah mendapat momentum untuk berusaha gigih dan sistematik.... itulah perkataannya.... sistematik demi memastikan kejayaan yang cemerlang di bidang akademik dan profesionalisma.

Saya sendiri pun tak senang duduk dek tugasan yang pelbagai naik di pejabat Dekan, di kalangan pihak industri dan kilang-kilang, membantu Mak saya yang kurang sihat dan kerja-kerja persiapan REUNION kawan2 sekolah rendah 1971-1976... Yes... sekolah rendah! Saya secara sukarela jadi AJK Reunion Sekolah Rendah dan alhamdulillah, kami berjaya mengadakan Majlis Reunion pada 10 April 2010 di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor.


Inilah topik utama saya iaitu PERSAHABATAN. Pada saya, erti persahabatan akan semakin diuji dan semakin manis tatkala umur persahabatan tersebut semakin panjang....

Sdra-sdri sendiri boleh melihat beberapa bukti di kalangan pelajar2 JAD sendiri... Hanya dengan perkenalan beberapa bulan sahaja, ada yang telah mendirikan mahligai bahagia, ada yang bertunang, ada yang semakin mesra dan ada yang dah break-up... Walhal misi utama anda ialah memastikan kejayaan sebagai graduan ijazah sarjana muda kejuruteraan dari Universiti2 Jepun.

Saya kongsi bersama tentang persahabatan saya dengan kawan2 sekolah rendah yang kini kami semua telah berumur 46 tahun... Ada yang dah bercucu, ada yang dah bermenantu dan ada yang kahwin, berpisah, kahwin, berpisah. Rekod kawan saya sebanyak 3 kali mengalami fenomena ini.....
Rezeki dia.


Saya mendoakan sdra-sdri pelajar2 JAD akan sentiasa menjaga ikatan persahabatan kerana at least 5 TAHUN, anda semua akan berada di bawah panji2 JAD YPM dan seharusnya setelah bekerja dan meningkat usia, anda semua tetap bersama-sama memainkan peranan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Insya Allah.

Ikutilah sedikit sebanyak coretan dan rentetan REUNION saya dan kawan2 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Ulu Klang/Kuala Ampang, Selangor (Batch 1971-1976) - Darjah 1 Tahun 1971 sampai Darjah 6 pada tahun 1976. Kami semua lahir pada Tahun 1964.

GAMBAR DARJAH 5 (1975) dan DARJAH 6 (1976).


Sebenarnya Konsep 1MALAYSIA yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri kita telah pun wujud pada tahun 70-an... Sdra-sdri boleh saksikan sendiri dalam kelas kami ada pelbagai bangsa dan budaya.. Kami merasakan bahawa semua kawan2 adalah sahabat setia kami.


MEETING AJK REUNION SRJK ULU KLANG, AMPANG, SELANGOR SEJAK JANUARI 2010.



MAJLIS REUNION PADA 10 APRIL 2010 di HOTEL FLAMINGO, AMPANG, SELANGOR.

ATAS: Batch Kami (Lahir Tahun 1964) bergambar bersama-sama dengan 2 orang cikgu yang hadir pada Reunion kami. Sebelah saya, Cikgu Hajjah Siti Meriam dan (cermin mata gelap), Y.Bhg. Cikgu Datin Hajjah Siti Mahanum. Emmm... Ketua Darjah biasanya kena duduk sebelah guru semasa sesi bergambar!


ATAS: Gambar kenang-kenangan kawan-kawan sekelas di Sekolah Rendah (1971-1976)


ATAS: Inilah geng-geng yang suka main 'galah panjang' di court badminton sekolah rendah waktu rehat. Sdra-sdri pernah main permainan 'galah panjang'?


GAMBAR2 BERIKUT INI KIRA SPECIAL... JANGAN KOMEN YE, TENGOK AJE LAH. BELAJAR RAJIN-RAJIN....

Al-maklumlah, saya ni kan ramai peminat setia. Ramai insan-insan suka bergambar dengan saya, termasuklah pelajar2 JAD, kan... kan...kan!

Di zaman sekolah rendah, saya dah ada ramai 'ADMIRERS', so bila tak jumpa 34 tahun tu, faham-fahamlah... Tapi jangan TIRU! Belajar rajin-rajin sampai grad di Jepun!


ATAS: Helo, Linda. Kita ni kan boleh jadi penyebab Perang Dunia Ke-3 di Kota Kemuning! Yang dah sudah tu kira sudah-lah.......


ATAS: Macamana Rosni boleh tahu asal-usul saya dari Darjah 1 sampai Darjah 6? Tapi bila saya tanya dia dulu kelas mana..... Dia kata: 'I tak ingat dan tak tahu!... Biar betulll Puan kita ni! Agaknye dia jumpa saya di Reunion, terus lupa kelas dia dulu2.


ATAS: Dah bermenantu dah Pn. Mahanum ni... Kirim salam pada anak menantu, ye. Dia anggap saya ni idola dia. Selalu cerita pada anak-anak dia. Jadi profesor, jadi konsultan, jadi itu ini.....


ATAS: Lim Chin Chin... Ini memang sparring partner saya dalam kelas... Tak pernah saya dapat RANKING lebih baik dari dia.. Asyik dia aje yang terbaik.... Ini yang gerammmm ni!


ATAS: Kawan-kawan lama (ANUM, LIZA & MALA) dan tetap akan kekal dalam ingatan...


TERIMA KASIH KEPADA TEMAN2 AJK REUNION 2010.

ATAS: Dari kiri - RAZAK, ROHANA, SHIKEEN, ZURINA dan SHUKOR. Congratulations for a job well done!


Untuk KAWAN-KAWAN KU,

Menggapai awan di lautan semudra,
Kemudi perahu mencari lokan,
Tinggal kawan tinggal saudara,
Kerana ilmu daku turutkan.

Menyusur lautan mengail sembilang,
Sarat muatannya geliung merudu,
Bila ingatan tidak berselang,
Berat rasanya menanggung rindu.

Sarang tempua di ranting setar,
Mudahnya lalu semut melata,
Bila berjumpa hati gementar,
Lidahku kelu melafaz kata .

Sekian. Coretan dari saya untuk dikongsi bersama dengan pelajar2 JAD semua.

All The Best!

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Saturday, April 3, 2010

SELAMAT MEMULAKAN SEMESTER BARU 2010/2011


KEMBALI KE JAD, UNISEL....
SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN

DAN SENYUM-SENYUM LAH SELALU...

Setelah seronok bercuti bersama kaum keluarga yang tercinta, kini semua pelajar2 JAD akan meneruskan perjuangan untuk Semester Baru 2010/2011. Yang telah berlalu pasti takkan dapat diubah-ubah. Pandang ke hadapan, perbaiki kesilapan, perkemaskan persiapan diri dan senyum-senyum selalu seperti seekor ikan yang cute ini.



Walaupun kelihatan agak hodoh si paus ini (Foto di bawah), tapi mampu tersenyum kerana dia adalah pemangsa yang cukup hebat di dasar laut. Pengajarannya ialah, orang lain mungkin tidak memandang endah terhadap kita kerana mungkin ada kekurangan pada diri sendiri.... Biarkan.... Yang penting, kita sendiri mampu mencapai kejayaan yang memuaskan diri sendiri walaupun tidak diendahkan oleh orang lain.




Tetapi berhati-hati dengan senyuman mereka-mereka yang mahu menghancurkan masa depan kita laksana jerung yang ganas seperti foto di bawah ini. Mereka akan menjerat sdra-sdri dengan senyuman yang menawan tetapi sekiranya sdra-sdri TERSILAP langkah, maka sdra-sdri akan hancur menjadi makanan si jerung ini.


Fahamilah maksud kata-kata saya ini. Si jerung ini boleh diumpamakan seperti sikap sambil lewa, maksiat-maksiat yang selalu dilakukan, lalai, bersikap over confident dan 'bodoh sombong'.

SELAMAT BERJAYA dan ALL THE BEST...

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning