Sunday, January 31, 2010

ON THE ROAD TO SUCCESS - REVIEW OF THURSDAY 28 JAN 2010 GET-TOGETHER.

Salam dan Selamat Bertemu lagi,

Saya berhasrat untuk catitkan beberapa poin penting sekadar mengulangi apa yang telah dinyatakan di pertemuan 'Sembang-sembang petang Dekan JAD bersama pelajar2 Batch 3' pada Khamis 28 Januari 2010.


1. Pengertian 'SUCCESS'.

Saya ulangi definasi nya iaitu "Success is what we do/make/utilise/ with the OPPORTUNITIES that were given to us." The outcomes of any struggles are not the success, they are the results or the effects on how we successfully do with the opportunities.

Proper use of the OPPORTUNITIES = SUCCESS.


2. WHAT ARE YOUR DREAMS?

Apakah dan BERAPAKAH impian anda semua?


A wise man is the master of his own mind
A fool is a slave to his
-Publilius Syrus

Saya cadangkan bahawa setiap pelajar JAD Batch 3 supaya mempunyai 5 impian paling MINIMA. Ingat lagi lima impian tersebut? Kalau terlupa, sila bertanya dengan kawan-kawan yang ingat.....

Believe You Can Succeed and You Will

Most people never really believe in themselves, and as a result, they never get far. The moment you truly believe that you will succeed, your mind starts to think of ways to get there.

dipetik dari buku "The MAGIC of thinking BIG" by David Schwartz.
Saya juga turut berkongsi info bahawa pada masa ini saya selalu merujuk dan membaca berulang-ulang dua buku penting sebagai rujukan dalam melayari hidup saya sebagai seorang insan dan sebagai seorang professional. 2 buku tersebut ialah:

A. JANGAN BERSEDIH.



B. MILLION DOLLAR CONSULTING.

Buku ini adalah buku klasik kepada sesiapa yang berminat dan bercita-cita menjadi professional consultant!

Semasa saya belajar di Melbourne (1983-1987), antara buku rujukan penting saya ialah 'Bimbingan Mukminin' hasil karya Imam Al-Ghazali.

Nasihat saya ialah pelajar2 JAD patut memiliki at least 1 atau 2 buku rujukan utama sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian mengikut masa dan fasa hidup anda.

Saya ulangi beberapa petikan dari buku 'JANGAN BERSEDIH' untuk makluman sdra-sdri:

1. Jangan berdukacita jika JASA anda tidak dihargai, kerana anda hanya mengharap BALASAN Allah!

2. Jangan berdukacita selagi anda MASIH dapat berbuat baik kepada orang lain.

3. Jangan bersandar kepada orang lain, BIARLAH mereka bersandar kepada anda.



Poin terakhir.

Saya ingatkan bahwa dalam persedian menghadapi Final Exam nanti, lupakan segala ranking anda. Anggaplah semua pelajar adalah sama dan perlu bersikap bantu-membantu untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.

Opportunities are for all of you to work together. Jangan ada yang bersifat arrogant (berlagak) atau perasan yang dia seorang sahaja yang hebat dan bijak.

OK, itu sahaja.

SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM KEPADA SEMUA PELAJAR2 JAD.

Salam,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Tuesday, January 26, 2010

MARILAH BERBAKTI DAN MENYUMBANG ILMU

Sdra-sdri sekelian,

Saya ingin mengajak anda semua bersama-sama merenung sejenak nasib dan ujian yang Allah berikan kepada adik Mohd. Zulkifli Nordin, 14 tahun dari Gua Musang, Kelantan (SILA BACA keratan akhbar di bawah).



Saya memang mengikuti perkembangan Zulkifli sejak Disember 2008 apabila keputusan UPSR beliau disiarkan dalam akhbar Harian Metro. Zulkifli, dalam keadaan dilahirkan TANPA dua tangan, berjaya mendapat 4A dan 1B.

Sejak hari itu hingga ke hari ini, saya tidak pernah lupa mendoakan ke hadrat Illahi semoga ada insan-insan di luar sana yang sudi sponsor supaya Zulkifli dapat tangan palsu. Saya secara peribadi nak sponsor seorang diri memang tak mampu.

Tapi berita Harian Metro 25 Januari 2010 menyatakan bahwa memang SUKAR untuk dipasang tangan palsu kerana kecacatan beliau adalah sehingga ke BAHU menyebabkan operasi memakai tangan palsu adalah MUSTAHIL.

Beginilah hebatnya ujian Zulkifli berbanding dengan saya dan anda sekelian.

Saya memandang kepada Zulkifli ini dengan rasa amat kasihan dan sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti akan dimudahkan oleh Allah untuk adik kita ini memakai tangan palsu. Mesti ada kelebihan orang-orang yang diuji sebegitu hebat seperti Zulkifli.

Now, saya cuba kaitkan dengan topik 'DISCOVERY + CREATIVITY + FOCUS'. Bila kita sama-sama melihat dengan rasa belas kasihan terhadap adik Zulkifli ini, apakah yang kita LIHAT?

Pada saya, dan ketika sdra-sdri sedang sibuk dengan persiapan untuk ROBOCON 2010, APAKAH YANG BOLEH KITA SUMBANGKAN demi meringankan penderitaan yang ditanggung oleh insan-insan seperti adik Zulkifli ini?

Memang kita tidak boleh dapat keputusan sekelip mata. Namun, saya mencadangkan agar ada di kalangan sdra-sdri pelajar2 JAD terutama yang berminat dengan design of robots, boleh kah anda melibatkan diri bila buat Final year project atau belajar hingga ke peringkat Master dan Ph.D nanti supaya memikirkan dan mencadangkan bagaimana boleh bantu insan-insan seperti Zulkifli ini?

Isu-isunya:
1. Zulkifli tak boleh guna tangan palsu dengan teknologi yang ada sekarang kerana kecacatannya agak sukar, menurut doktor. Bagaimana dengan teknologi robot di Jepun? Mampukan menyelesaikan masalah ini?

2. Bagaimana dengan penggunaan bahan-bahan terkini dan teknologi 'nano'? Bolehkah ia membantu?
3. OK, kalau sukar nak pasang tangan palsu dengan keadaan sedia ada, bolehkah kita menggunakan konsep seperti dalam filem 'Spiderman 2' di mana 'Mr. Octopus' memakai satu produk seperti 'tangan2' sotong untuk berfungsi?


Inilah 'DISCOVERY', Inilah 'CREATIVITY', Inilah 'FOKUS'.


Dan inilah cabaran anda sekelian yang diberi PELUANG dengan seluas-luasnya berbanding dengan adik Zulkifli di atas. Usahkan nak menulis dengan tangan, nak 'membersihkan' tubuh badan sendiri pun MUSTAHIL!


Justeru itu, sama-sama-lah kita menginsafi diri sendiri. Jangan main-main dan sia-sia peluang. Anda semua ada kelebihan minda dan peluang belajar di Jepun, cari-lah satu ilmu yang boleh membantu insan-insan seperti Zulkifli. Kalau ianya boleh berlaku kepada Zulkifli, pasti ianya boleh berlaku kepada anak cucu kita akan datang.

Ayuh, ambil-lah cabaran ini. Bantulah, sumbangkan ilmu dan bakti anda.


Apa yang boleh kita sama-sama lakukan sekarang ialah setiap kali selepas solat, kita mendoakan ke hadrat Illahi semoga Allah memudahkan kehidupan adik Zulkifli dan semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang dapat MENYUMBANG sesuatu kebaikan kepada adik Zulkifli ini pada suatu masa nanti. Insya Allah. Nawaitu yang baik dan usaha yang gigih pasti ada balasan yang baik menunggu.

Salam


Prof. Abdul Shukor

Kota Kemuning.

Saturday, January 23, 2010

SELAMAT HARI ULANGTAHUN....HAPPY BIRTHDAY!

Sdra-sdri sekelian,

HAPPY BIRTHDAY!

Ucapan "SELAMAT HARIJADI" ini saya tujukan kepada all JAD students yang menyambut hari kelahiran mereka pada bulan Januari tahun 2010.

Saya telah pun dapat bertemu dan mengucapkan ucapan ini secara lisan kepada beberapa pelajar Batch 3 JAD yang datang ke ofis saya petang tadi. Saya tahu siapa yang lahir bulan Januari kerana fail-fail anda ada di ofis saya. Kepada yang menyambut hari ulangtahun yang ke 18, 19, 20, 21, 22 dan 23 pada Januari 2010, saya doakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan dan diperbanyakkan rezeki oleh Allah dan selamat berjaya dengan cemerlang menjadi jurutera yang professional.

Satu lagi seperti yang saya katakan kepada kawan-kawan yang jumpa saya di ofis tadi, jangan lupa tolong Mak dan Ayah bila tamat belajar nanti.
Kepada pljr2 yang Ayah/Mak telah kembali ke rahmatullah, pastikan setiap masa dan ketika doakan keampunan dan rahmat Allah agar dikurniakan kepada mereka. Jadikan ujian ini sebagai semangat juang untuk mencapai kehidupan yang baik, gemilang dan terbaik di masa depan.

Anak perempuan saya, Amirah Adilah binti Abdul Shukor juga celebrate birthday dia dalam bulan Januari ni..... Sebagai seorang ayah, saya pun berkongsi-lah birthday dia dan always remember her from just a little tiny baby girl hingga lah ke hari ini. So sekadar berkongsi detik-detik manis ingatan tentang dia bersama-sama.


Kepada sdra-sdri pelajar2 JAD yang celebrate birthday pada Januari 2010, HAPPY BIRTHDAY! ALL THE BEST! dan SEMOGA SUCCESS di DUNIA dan di AKHIRAT. Sabar dan Tabah menghadapai cabaran dan ujian di dunia ini dan semuga diberikan balasan yang sebaik-baik-nya oleh Pencipta Yang Maha Esa.

Just enjoy this...


1993 - Somewhere in England & Scotland, a baby girl was born.

and Today... still a diamond in my heart...

Lagu 'Flying Without Wings' adalah antara lagu favourite kami sekeluarga di rumah kerana senikatanya yang memang menarik dan berkait-rapat tentang kesungguhan dan motivasi. Hayati senikata. Saya selalu ingatkan Hafeez dan Amirah, iaitu:

Impossible as it may seem
You've got to FIGHT for every dream!
(What are your dreams? So fight for them...)



"Flying Without Wings"
by WESTLIFE

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings

So, impossible as it may seem
You've got to fight for every dream
Cos who's to know which one you let go
Would have made you complete

Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
In any given time or place


It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
Cos you (Amirah Adilah) are my special thing
I'm flying without wings

And you're the place my life begins
You'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings

Sekian.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Tuesday, January 19, 2010

SESI BERSAMA YB DATO' HJ. IDRIS BIN HARUN (19/01/2010)


INGATAN DAN NASIHAT YB DATO' HJ IDRIS UNTUK PELAJAR2 JAD PADA SELASA 19 JANUARI 2010.


Salam untuk semua,

Seperti yang kita sama-sama tahu bahawa saya dan sebahagian drp pelajar2 JAD Batch 3, 4 dan 5 telah menghadiri sesi bersama YB Dato' Idris di Kuala Lumpur sebentar tadi. Pada pandangan saya, ini adalah satu majlis yang baik dan banyak nasihat serta ilmu yang telah dikongsikan oleh YB Dato' kepada pelajar2 semua dan harapan saya supaya info yg baik ini dapat dikongsikan kepada rakan2 pelajar yang lain.

Saya cuba sepanjang ingatan saya meringkaskan beberapa poin-poin penting yang telah dimaklumkan oleh YB Dato'.


1. Semua pelajar2 JAD merupakan golongan yang TERPILIH untuk menimba ilmu dari negara Jepun.

2. Pelajar2 JAD mesti faham bahawa anda semua mempunyai MISI penting untuk menjadi jurutera yang berjaya demi kepentingan agama, bangsa, negara dan ummah di dunia.

3. Disamping menimba ilmu kejuruteraan di Jepun, diharapkan bahawa semua pelajar2 JAD akam mempelajari cara kerja (5s) di Jepun, kesungguhan mereka melakukan tugas (P.R.I.C.E) dan kehidupan seharian yang baik dan selari dengan budaya kita di Malaysia.

4. Kejayaan di Jepun amat bergantung dengan keinginan yang sangat tinggi untuk menamatkan pengajian dengan jaya. Bukan sekadar 'just make it'

5. Pelajar2 JAD diharapkan akan mencapai status 'unconsiously COMPETENT' tatkala orang lain akan lihat bahawa anda semua amat berbakat dan berjaya sebagai jurutera profesional walaupun pada hakikatnya anda anggap kehebatan anda itu macam 'BIASA' sahaja.

6. Kegagalan anda menamatkan pengajian atau mensia-siakan peluang keemasan belajar di Jepun bukan hanya merugikan diri sendiri tetapi menghancurkan harapan dan impian ibu-bapa, adik-beradik, pihak YPM, bangsa dan negara. Ini kerana negara kita amat memerlukan generasi engineers yang baru dan kompetitif demi memajukan rakyat Malaysia.
7. Menjadi engineer yang BOLEH mencipta atau menghasilkan produk yang berfaedah bukan sekadar menjadi pengguna semata-mata.

8. Menguasai bidang-bidang yang amat terkini dan berguna seperti Nanotechnology dan Renewable Energy (Kuasa Angin menghasilkan kuasa elektrik).

9. Meletakkan agenda menamatkan pengajian dengan jayanya sebagai prioriti walaupun anda tidak dihalang untuk melakukan perkara lain seperti berkahwin di Jepun.

10. Jangan sekali-kali memutuskan perhubungan dengan ayah dan ibu atau mengutamakan 'buah hati' dan mengecewakan ibu-bapa yang mengharapkan kejayaan sdra-sdri di Jepun.


Inilah di antara 10 isu-isu penting yang disampaikan oleh YB Dato' Idris yang sempat saya ingat. Saya tidak catit/tulis apa-apa cuma yang terlintas di ruang minda saya. Seperti yang YB Dato' Idris katakan, orang-orang seperti saya sebagai Dekan sentiasa ambil berat tentang pendidikan sdra-sdri, saya telah melaluinya walaupun bukan di Jepun, tapi saya memang sudi kongsi ilmu dan pengalaman dengan sdra-sdri untuk memastikan kejayaan anda semua.

Sdra-sdri akan guna masa minima 2 tahun di Jepun manakala saya ada 11 tahun belajar di Australia dan England. Memang menang di pihak saya tetapi jangan risau, saya amat suka untuk kongsi pengalaman dan ilmu dengan sdra-sdri semua.

Sebenarnya apa yang disampaikan oleh YB Dato' Idris tidak lari atau berbeza dengan apa yang telah saya kongsikan bersama anda semua dalam blog ini. So kira saya advance sikit. Cuma ianya oleh diulang-ulangkan supaya meresapkan ke dalam jiwa.

Dan janganlah sebahagian drp sdra-sdri berdukacita di atas kejayaan yang kurang hebat buat masa ini. Masa masih banyak lagi untuk terus mencapai kejayaaan yang lebih hebat. Jangan cepat putus asa atau menyerah kalah!

OK? Any problems, please do not hesitate to share and discuss with me.

Saya, isteri dan Abdul Hafeez (umur: 1 tahun) di Pisa, Itali.
(Jun, 1990)



from National Geographic website:

The Seven Wonders of the Middle Ages:

The Colosseum of Rome
The Catacombs of Alexandria
The Great Wall of China
Hagia Sophia of Constantinople
Stonehenge
The Leaning Tower of Pisa
The Porcelain Pagoda of Nanjing


Selamat Berjaya!

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Monday, January 18, 2010

PERIHAL 'DISCOVERY' - BHG. 2

Apabila 'DISCOVERY' + 'KREATIVITI' + 'FOKUS' = Hasil Yang Membanggakan dan Unik!


Sdra-Sdri sekelian,

Mudah-mudahan kita semua sudah kukuh kefahaman masing-masing ttg makna 'DISCOVERY' dan 'FOKUS'. Bagaimana dengan 'KREATIVITI'?

Mungkin kepada sdra-sdri yang terlibat dalam pertandingan 'Robocon 2010' pasti tahu akan erti 'Kreativiti'? Sepatutnya-lah.....
Engineers also must be creative! Nak bina the highest bridge in the world, largest passenger aeroplane in the world (A380), largest cruise ship in the world (Oasis of the Seas).... semuanya memerlukan kreativiti. Justeru itu, gunakan kesempatan belajar di bidang kejuruteraan di JAD ini untuk membina kemahiran 'kreativiti' masing-masing.

Ingat tentang lukisan 'Mona Lisa' oleh artis yang bernama Leonardo da Vinci?



Sekumpulan pelajar-pelajar telah menghasilkan lukisan Mona Lisa seperti berikut. Mungkin kita kata "Ala... big deal! So what?" Cuba fikirkan peralatan atau kaedah apakah yang digunakan untuk menghasilkan lukisan Mona Lisa ini?





Menarik? Kreatif? Adakah mereka menggunakan Auto-CAD atau Catia? Bukan...Bukan...Bukan...

Pelajar-pelajar ini telah menggunakan sebanyak hampir 3,600 cawan kopi 'O' yang dicampurkan dengan peratusan 'susu segar' yang pelbagai untuk menghasilkan warna hitam, cokelat pekat, cokelat cair, putih vanilla dan putih susu demi menghasilkan wajah Mona Lisa yang hebat!

Inilah contoh 'DISCOVERY' = Melihat sesuatu dari sudut atau perspektif yang berbeza lalu menghasilkan penemuan yang menarik.

'KREATIVITI' = Menggunakan bahan seperti susu segar dan kopi untuk menghasilkan objek wajah manusia.

'FOKUS' = Kesungguhan menghasilkan sesuatu yang pada mulanya dianggap sukar atau mustahil.

Lihat-lah klip video di bawah bagaimana wajah Mona Lisa dari air kopi susu dihasilkan.

Adakah pelajar2 JAD boleh menghasilkan sesuatu yang seperti ini?




Sesuatu yang boleh difikirkan dan dihasilkan oleh sdra-sdri. Airbus A380.... Bangunan 200 Tingkat..... Jambatan Tertinggi...dan banyak lagi. Keajaiban ilmu kejuruteraan!

Salam,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Friday, January 15, 2010

ALAHAI...BAS SEKOLAH YANG SELAMAT!

Sdra-sdri sekelian,

Ingat lagi semasa bersekolah rendah atau bersekolah menengah dan SBP; dan kini naik BAS ke UNISEL? Best kan naik BAS PERSIARAN, selesa, ada air-cond dan ada langsir?


Marilah sama-sama kita lihat BAS SEKOLAH di India, Bangladesh dan Nepal.

Siapakah yang lebih selesa dan beruntung? Kita memerlukan engineers dan vehicle designers yang boleh merekacipta bas sekolah yang selamat, efektif dan selesa untuk mereka.

Lihat-lah foto2 di bawah dan Fikirkan-lah.

Bayangkan adik-adik kita ke sekolah naik 'BAS SEKOLAH' di atas!

















Salam dan Selamat Berbakti....

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

Monday, January 11, 2010

PENGERTIAN 'F.O.K.U.S'

Sdra-Sdri sekelian,

Selalu dan banyak kali saya ingatkan betapa pentingnya istilah 'FOKUS' dalam kehidupan kita samada sebagai pelajar, engineer, consultant, trainer, speaker, ahli akademik dan ahli profesional.
Kini ramai di kalangan sdra-sdri sedang bersiap-sedia menghadapi musim peperiksaan akhir semester pada Februari 2010 dan pastilah memerlukan tahap 'FOKUS' yang tinggi.

Mungkin kita boleh pelajari sesuatu tentang FOKUS menerusi alam binatang. Ikutilah dan hayati foto-foto berikut:


Beruang Cokelat (Brown Bear) dan Ikan Salmon. Hakikatnya, beruang tak boleh lawan kejar-mengejar dengan ikan salmon dalam air...Kerja gile!

Tapi bila beruang cokelat berada di posisi yang TEPAT dan STRATEGIK untuk ikan salmon masuk secara sendirinya ke mulut mereka, maka beruang dapat kejayaan!

Justeru itu, kita boleh FOKUS kepada sesuatu perkara atau tugasan apabila kita berada pada kedudukan yang TEPAT dan STRATEGIK yang memudahkan kita untuk perolehi kejayaan! Mudahkan?



Bald Eagle (lambang keberanian) tatkala hendak menangkap ikan dalam air...sememangnya kerja sia-sia. Burung nak tangkap ikan DALAM air? Kerja gila....

Tapi si helang akan FOKUS kepada mangsanya melalui mata, kepaknya akan berada di POSISI yang sepatutya, kaki dan kukunya bersiap-sedia pada POSISI yang sepatutnya dan kesemua anggota ini akan bergerak secara 'synchronous' - serentak

Dan hasilnya, ikan yang berada di air dapat ditangkap dan menjadi habuan menu istimewa untuk si helang.

So, FOKUS akan tercapai seandainya semua komponen diri kita.. MATA, MINDA, TANGAN, HATI dan yang lainnya dapat bergabung dan bergerak secara 'synchronous' untuk mencapai kejayaan.


Humming Bird - yang ini, very interesting! Burung ini hanya memakan debunga dan menghirup manisan dari bunga SAMBIL mengapungkan badan di udara. Kepaknya perlu beroperasi sambil ia mengambil rezekinya. Mata perlu melihat makanannya dan muncungnya perlu sampai kepada lokasi makananya. Bayangkan kesukaran semata-mata nak makan!


So, FOKUS si burung ini ialah tatkala komponen2 penting berfungsi dengan lancarnya seperti MATA, KEPAK, MUNCUNG dan KONSENTRASI-nya.

Banyangkan kita perlu makan untuk survive dan di masa yang sama anggota badan perlu berkerja keras untuk membolehkan kita makan!


Teringat semasa di RMC (Maktab Tentera DiRaja) dulu, di mana saya memasuki pertandingan TINJU. Saya di Form 4 dan lawan saya, pelajar RMC Lower 6. Actually saya kalah! Tapi untuk score point yang banyak, kita perlu tumbuk atau 'JAB' pada muka lawan kita. So, kita perlu FOKUS ke lokasi di muka dan tahu ketika mana lawan kita lalai untuk COVER muka dia, masa itulah kita akan TUMBUK muka dia untuk collect markah yang banyak Dan di masa yang sama kita perlu COVER muka kita. Well, this is FOCUS!


The main focus in my life now is to open people's minds so no one will be so conceited that they think they have the total truth. They should be eager to learn, to listen, to research and not to confine, to hurt, to kill, those who disagree with them. (John Templeton)


Salam dan Selamat Menghadapi Ujian Yang Mendatang.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning