Tuesday, November 17, 2009

INTERVIEW....ALAHAI! INTERVIEW......

Salam dan Selamat Bertemu lagi,

Seperti yang dimaklumkan bahawa pelajar JAD Batch 3 akan menghadiri sesi temuduga kemasukan ke universiti2 Jepun pada 21 dan 22 November 2009. Lokasi temuduga ialah di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.


Bercakap pasal interview ni, saya ingin berkongsi pengalaman menjadi panel penemuduga pelajar2 JAD Batch 1 (di Jepun) yang memohon untuk dapat biasiswa YPM dan organisasi lain bagi pengajian di tahap Master pada 20, 21 dan 22 Oktober yang lalu.
Sesi temuduga ini bertempat di INTAN, Bukit Kiara dan dijalankan secara tele-conferencing. Pelajar2 JAD Batch 1 ini berada di JICA House di Tokyo.

Lihatlah pada foto-foto dibawah. Sila klik pada foto untuk paparan lebih jelas.



Ada beberapa isu yang ingin saya ceritakan.

1. Kategori pelajar2 yang bakal ditawarkan biasiswa. Saya boleh menilai ciri-ciri pelajar2 yang bakal menerima biasiswa melalui respons dan reaksi mereka kepada soalan2 yang saya berikan. Kategori ini biasanya begitu yakin apabila menjawab soalan saya, memberikan fakta2 yang betul, tidak gabra atau banyak songen, dan tahu mengapa mereka ingin melanjutkan pengajian di peringkat Master.

2. Kategori pelajar2 yang confirm gagal dan saya catitkan "Jangan berikan dia biasiswa!". Pelajar2 kategori ini pada hakikatnya suka merepek, tidak memberikan fakta yang betul, merapu semasa menjawab soalan saya, tak sure mengapa nak buat Master dan suka meleret-leret semasa menjawab soalan saya. Malah ada ketikanya, saya yang tanya pada mereka dan selepas mereka merepek, saya pula memberikan jawapan yang sepatutnya mereka jawab! Pelajar2 sebegini sayaakan catitkan...."Lebih baik sdra atau sdri ni graduate dan pergi kerja....".

Antara soalan dari saya semasa interview: (kira soalan bocor lah ni...) "Sdra atau sdri berminat nak buat Master dalam bidang so and so, dan kos keseluruhan untuk buat Master di Jepun ialah RM300,000.00 untuk 2 tahun (setelah YPM tanggung kos buat bacelor degree (5 tahun) sebanyak RM400,000.00.

Soalan saya ialah: Apakah kebaikan dan nikmat yang boleh dikecapi oleh rakyat Malaysia secara amnya dari hasil penyelidikan Master sdra atau sdri di Jepun?" Nah...sila jawab Dek Nor ooooiiii!



Contoh: Penyelidikan Master degree sdra atau sdri ttg fuel cells atau electronic car, jadi apakah kebaikan atau nikmat yang boleh dirasai oleh para pesawah atau petani di luar bandar tentang penyelidikan anda? Kalau merapu ketika menjawab, alamat tak dapatlah biasiswa tu....

Ada pelajar JAD Batch 1 tu bertanya pada saya balik ttg jawapan yang sepatutnya... Ada ke patut!!!! Kita yang bertanya, kita pula kena menjawabnya. Awak yang nak pohon biasiswa, silalah jawab. Saya nak enjoy.....


Ada pula pelajar2 JAD Batch 1 tu semasa interview sempat bertanya kepada panel temuduga tentang lokasi mereka bekerja setelah tamat pengajian di Jepun . Mereka mohon untuk bekerja di lokasi dekat dengan kampung halaman mereka, tak nak kerja jauh-jauh. Contoh: kalau kampung di JB, nak kerja around JB, tak nak kerja di Kuantan, Pahang sebab nak travel jauh.
Saya kata, Mamat ni banyak pula songennya.... Yang kau tu boleh belajar beribu-ribu batu di Jepun ....jauh dari kampung halaman....tak pe pulak! Tapi bila nak kerja nanti, nak dekat kampung! Orang macam ni saya catit "Jangan offer biasiswa".

Sepatutnya, semasa interview, jawapan tu mesti positif belaka. Jawapan yang sebaiknya ialah "Saya anggap diri saya ini seperti biji benih yang sihat dan subur. Campaklah saya di mana sekalipun, saya boleh bekerja dan berbakti semampu yang boleh". Barulah macho! Ini, belajar sanggup ke Jepun, tapi bila kerja nanti nak dekat kampung halaman. Kantoilah. Masa interview mesti beri respons yang positif belaka. Tapi bila dah graduate, nak kerja DALAM rumah di kampung halaman, TERPULANGLAH.

Ada satu lagi isu semasa interview tersebut..... Organisasi ini semasa interview sekali dengan saya memang CONFIRM nak offer biasiswa kepada pelajar JAD Batch 1 ni... MEMANG CONFIRM dan saya sendiri sokong pelajar ini diberikan biasiswa.... Alih-alih si dia ni tak nak terima offer tu. Orang dah nak bagi biasiswa.... dalam keadaan sekarang yang amat mencabar sebab bilangan biasiswa berkurangan, si pelajar ni pulak MENOLAK!!!! Apahal Dek Joe??? Kau terima aje offer SEMASA sesi interview. Lepas tu bila dapat surat tawaran rasmi, TERPULANGLAH nak terima atau nak tolak. Kalau awal-awal dah jual mahal, alamat tak dapat lagi peluang tu...

Tips untuk interview:
1. Mesti buat persediaan seperti cara bercakap yang confident
2. Kalau beri respons, berikan respons yang POSITIF sahaja.

3. Jangan merapu dan merepek tak tentu pasal, panel akan cepat BORINGGGGG.

4. Gaya tangan dan mulut mesti menyakinkan. Jangan banyak senyum bodoh....

5. Kalau tak clear apa soalannya, minta panel ULANG semula soalan. Ini untuk mengelakkan daripada anda memberikan jawapan yang salah dan bodoh. Dahlah jawapan salah!...Bodoh pulak!

6. Jangan sekali-kali argue atau berdebat dengan panel temuduga. Anda yang confirm KALAH...

7. Bawalah pen dan kertas kosong semasa interview untuk catit soalan dan poin-poin penting.

8. Boleh memberikan jawapan bersifat 'futuristic' - keadaan anda 5 atau 10 tahun akan datang.

9. Kalau perlukan masa untuk fikir jawapannya, bagi tau pada panel temuduga, please give me 1 or 2 minutes (bukan 1 or 2 hours) to prepare my answers. Jangan sekali-kali kata "I don't know"

10. Jangan mentedarah roti canai dgn kari semalam sebelum interview! Nanti kes naya...

11. Solat dan doa moga2 dimudahkan sesi temuduga anda.

12. Ucapkan terima kasih kepada panel temuduga pada penghujung sesi anda.


OK, Ladies & Gentlemen????


SELAMAT MENGHADAPI INTERVIEW PADA 21 DAN 22 NOVEMBER INI.

Salam,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

4 comments:

  1. Assalamualaikum prof,
    terima kasih kerana sudi berkongsi tips2 ntk interview dalam entri kali nih.. sekadar ingin bertanya, sewaktu sesi temuduga ntk pelajar sekitar kansai, kenapa prof tidak hadir skali?

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik daripada prof, terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam,

    kyo_9, TQ atas komen anda. Saya hadiri sesi temuduga mengikut JADUAL yg dimaklumkan dan disediakan oleh pihak YPM. Mungkin ada rezeki, di masa dapan pulak.

    Selamat Berjaya dan Take care.

    Salam,

    Prof. Shukor

    ReplyDelete
  4. Fareast,

    TQ atas sokongan anda. Moga2 dapat dimanfaatkan dan sila sebar-sebarkan blog saya pada rakan2 yang lain.

    Salam.

    Prof. Shukor

    ReplyDelete