Tuesday, January 26, 2010

MARILAH BERBAKTI DAN MENYUMBANG ILMU

Sdra-sdri sekelian,

Saya ingin mengajak anda semua bersama-sama merenung sejenak nasib dan ujian yang Allah berikan kepada adik Mohd. Zulkifli Nordin, 14 tahun dari Gua Musang, Kelantan (SILA BACA keratan akhbar di bawah).



Saya memang mengikuti perkembangan Zulkifli sejak Disember 2008 apabila keputusan UPSR beliau disiarkan dalam akhbar Harian Metro. Zulkifli, dalam keadaan dilahirkan TANPA dua tangan, berjaya mendapat 4A dan 1B.

Sejak hari itu hingga ke hari ini, saya tidak pernah lupa mendoakan ke hadrat Illahi semoga ada insan-insan di luar sana yang sudi sponsor supaya Zulkifli dapat tangan palsu. Saya secara peribadi nak sponsor seorang diri memang tak mampu.

Tapi berita Harian Metro 25 Januari 2010 menyatakan bahwa memang SUKAR untuk dipasang tangan palsu kerana kecacatan beliau adalah sehingga ke BAHU menyebabkan operasi memakai tangan palsu adalah MUSTAHIL.

Beginilah hebatnya ujian Zulkifli berbanding dengan saya dan anda sekelian.

Saya memandang kepada Zulkifli ini dengan rasa amat kasihan dan sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti akan dimudahkan oleh Allah untuk adik kita ini memakai tangan palsu. Mesti ada kelebihan orang-orang yang diuji sebegitu hebat seperti Zulkifli.

Now, saya cuba kaitkan dengan topik 'DISCOVERY + CREATIVITY + FOCUS'. Bila kita sama-sama melihat dengan rasa belas kasihan terhadap adik Zulkifli ini, apakah yang kita LIHAT?

Pada saya, dan ketika sdra-sdri sedang sibuk dengan persiapan untuk ROBOCON 2010, APAKAH YANG BOLEH KITA SUMBANGKAN demi meringankan penderitaan yang ditanggung oleh insan-insan seperti adik Zulkifli ini?

Memang kita tidak boleh dapat keputusan sekelip mata. Namun, saya mencadangkan agar ada di kalangan sdra-sdri pelajar2 JAD terutama yang berminat dengan design of robots, boleh kah anda melibatkan diri bila buat Final year project atau belajar hingga ke peringkat Master dan Ph.D nanti supaya memikirkan dan mencadangkan bagaimana boleh bantu insan-insan seperti Zulkifli ini?

Isu-isunya:
1. Zulkifli tak boleh guna tangan palsu dengan teknologi yang ada sekarang kerana kecacatannya agak sukar, menurut doktor. Bagaimana dengan teknologi robot di Jepun? Mampukan menyelesaikan masalah ini?

2. Bagaimana dengan penggunaan bahan-bahan terkini dan teknologi 'nano'? Bolehkah ia membantu?
3. OK, kalau sukar nak pasang tangan palsu dengan keadaan sedia ada, bolehkah kita menggunakan konsep seperti dalam filem 'Spiderman 2' di mana 'Mr. Octopus' memakai satu produk seperti 'tangan2' sotong untuk berfungsi?


Inilah 'DISCOVERY', Inilah 'CREATIVITY', Inilah 'FOKUS'.


Dan inilah cabaran anda sekelian yang diberi PELUANG dengan seluas-luasnya berbanding dengan adik Zulkifli di atas. Usahkan nak menulis dengan tangan, nak 'membersihkan' tubuh badan sendiri pun MUSTAHIL!


Justeru itu, sama-sama-lah kita menginsafi diri sendiri. Jangan main-main dan sia-sia peluang. Anda semua ada kelebihan minda dan peluang belajar di Jepun, cari-lah satu ilmu yang boleh membantu insan-insan seperti Zulkifli. Kalau ianya boleh berlaku kepada Zulkifli, pasti ianya boleh berlaku kepada anak cucu kita akan datang.

Ayuh, ambil-lah cabaran ini. Bantulah, sumbangkan ilmu dan bakti anda.


Apa yang boleh kita sama-sama lakukan sekarang ialah setiap kali selepas solat, kita mendoakan ke hadrat Illahi semoga Allah memudahkan kehidupan adik Zulkifli dan semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang dapat MENYUMBANG sesuatu kebaikan kepada adik Zulkifli ini pada suatu masa nanti. Insya Allah. Nawaitu yang baik dan usaha yang gigih pasti ada balasan yang baik menunggu.

Salam


Prof. Abdul Shukor

Kota Kemuning.

No comments:

Post a Comment