Monday, January 18, 2010

PERIHAL 'DISCOVERY' - BHG. 2

Apabila 'DISCOVERY' + 'KREATIVITI' + 'FOKUS' = Hasil Yang Membanggakan dan Unik!


Sdra-Sdri sekelian,

Mudah-mudahan kita semua sudah kukuh kefahaman masing-masing ttg makna 'DISCOVERY' dan 'FOKUS'. Bagaimana dengan 'KREATIVITI'?

Mungkin kepada sdra-sdri yang terlibat dalam pertandingan 'Robocon 2010' pasti tahu akan erti 'Kreativiti'? Sepatutnya-lah.....
Engineers also must be creative! Nak bina the highest bridge in the world, largest passenger aeroplane in the world (A380), largest cruise ship in the world (Oasis of the Seas).... semuanya memerlukan kreativiti. Justeru itu, gunakan kesempatan belajar di bidang kejuruteraan di JAD ini untuk membina kemahiran 'kreativiti' masing-masing.

Ingat tentang lukisan 'Mona Lisa' oleh artis yang bernama Leonardo da Vinci?



Sekumpulan pelajar-pelajar telah menghasilkan lukisan Mona Lisa seperti berikut. Mungkin kita kata "Ala... big deal! So what?" Cuba fikirkan peralatan atau kaedah apakah yang digunakan untuk menghasilkan lukisan Mona Lisa ini?





Menarik? Kreatif? Adakah mereka menggunakan Auto-CAD atau Catia? Bukan...Bukan...Bukan...

Pelajar-pelajar ini telah menggunakan sebanyak hampir 3,600 cawan kopi 'O' yang dicampurkan dengan peratusan 'susu segar' yang pelbagai untuk menghasilkan warna hitam, cokelat pekat, cokelat cair, putih vanilla dan putih susu demi menghasilkan wajah Mona Lisa yang hebat!

Inilah contoh 'DISCOVERY' = Melihat sesuatu dari sudut atau perspektif yang berbeza lalu menghasilkan penemuan yang menarik.

'KREATIVITI' = Menggunakan bahan seperti susu segar dan kopi untuk menghasilkan objek wajah manusia.

'FOKUS' = Kesungguhan menghasilkan sesuatu yang pada mulanya dianggap sukar atau mustahil.

Lihat-lah klip video di bawah bagaimana wajah Mona Lisa dari air kopi susu dihasilkan.

Adakah pelajar2 JAD boleh menghasilkan sesuatu yang seperti ini?




Sesuatu yang boleh difikirkan dan dihasilkan oleh sdra-sdri. Airbus A380.... Bangunan 200 Tingkat..... Jambatan Tertinggi...dan banyak lagi. Keajaiban ilmu kejuruteraan!

Salam,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

No comments:

Post a Comment