Tuesday, January 19, 2010

SESI BERSAMA YB DATO' HJ. IDRIS BIN HARUN (19/01/2010)


INGATAN DAN NASIHAT YB DATO' HJ IDRIS UNTUK PELAJAR2 JAD PADA SELASA 19 JANUARI 2010.


Salam untuk semua,

Seperti yang kita sama-sama tahu bahawa saya dan sebahagian drp pelajar2 JAD Batch 3, 4 dan 5 telah menghadiri sesi bersama YB Dato' Idris di Kuala Lumpur sebentar tadi. Pada pandangan saya, ini adalah satu majlis yang baik dan banyak nasihat serta ilmu yang telah dikongsikan oleh YB Dato' kepada pelajar2 semua dan harapan saya supaya info yg baik ini dapat dikongsikan kepada rakan2 pelajar yang lain.

Saya cuba sepanjang ingatan saya meringkaskan beberapa poin-poin penting yang telah dimaklumkan oleh YB Dato'.


1. Semua pelajar2 JAD merupakan golongan yang TERPILIH untuk menimba ilmu dari negara Jepun.

2. Pelajar2 JAD mesti faham bahawa anda semua mempunyai MISI penting untuk menjadi jurutera yang berjaya demi kepentingan agama, bangsa, negara dan ummah di dunia.

3. Disamping menimba ilmu kejuruteraan di Jepun, diharapkan bahawa semua pelajar2 JAD akam mempelajari cara kerja (5s) di Jepun, kesungguhan mereka melakukan tugas (P.R.I.C.E) dan kehidupan seharian yang baik dan selari dengan budaya kita di Malaysia.

4. Kejayaan di Jepun amat bergantung dengan keinginan yang sangat tinggi untuk menamatkan pengajian dengan jaya. Bukan sekadar 'just make it'

5. Pelajar2 JAD diharapkan akan mencapai status 'unconsiously COMPETENT' tatkala orang lain akan lihat bahawa anda semua amat berbakat dan berjaya sebagai jurutera profesional walaupun pada hakikatnya anda anggap kehebatan anda itu macam 'BIASA' sahaja.

6. Kegagalan anda menamatkan pengajian atau mensia-siakan peluang keemasan belajar di Jepun bukan hanya merugikan diri sendiri tetapi menghancurkan harapan dan impian ibu-bapa, adik-beradik, pihak YPM, bangsa dan negara. Ini kerana negara kita amat memerlukan generasi engineers yang baru dan kompetitif demi memajukan rakyat Malaysia.
7. Menjadi engineer yang BOLEH mencipta atau menghasilkan produk yang berfaedah bukan sekadar menjadi pengguna semata-mata.

8. Menguasai bidang-bidang yang amat terkini dan berguna seperti Nanotechnology dan Renewable Energy (Kuasa Angin menghasilkan kuasa elektrik).

9. Meletakkan agenda menamatkan pengajian dengan jayanya sebagai prioriti walaupun anda tidak dihalang untuk melakukan perkara lain seperti berkahwin di Jepun.

10. Jangan sekali-kali memutuskan perhubungan dengan ayah dan ibu atau mengutamakan 'buah hati' dan mengecewakan ibu-bapa yang mengharapkan kejayaan sdra-sdri di Jepun.


Inilah di antara 10 isu-isu penting yang disampaikan oleh YB Dato' Idris yang sempat saya ingat. Saya tidak catit/tulis apa-apa cuma yang terlintas di ruang minda saya. Seperti yang YB Dato' Idris katakan, orang-orang seperti saya sebagai Dekan sentiasa ambil berat tentang pendidikan sdra-sdri, saya telah melaluinya walaupun bukan di Jepun, tapi saya memang sudi kongsi ilmu dan pengalaman dengan sdra-sdri untuk memastikan kejayaan anda semua.

Sdra-sdri akan guna masa minima 2 tahun di Jepun manakala saya ada 11 tahun belajar di Australia dan England. Memang menang di pihak saya tetapi jangan risau, saya amat suka untuk kongsi pengalaman dan ilmu dengan sdra-sdri semua.

Sebenarnya apa yang disampaikan oleh YB Dato' Idris tidak lari atau berbeza dengan apa yang telah saya kongsikan bersama anda semua dalam blog ini. So kira saya advance sikit. Cuma ianya oleh diulang-ulangkan supaya meresapkan ke dalam jiwa.

Dan janganlah sebahagian drp sdra-sdri berdukacita di atas kejayaan yang kurang hebat buat masa ini. Masa masih banyak lagi untuk terus mencapai kejayaaan yang lebih hebat. Jangan cepat putus asa atau menyerah kalah!

OK? Any problems, please do not hesitate to share and discuss with me.

Saya, isteri dan Abdul Hafeez (umur: 1 tahun) di Pisa, Itali.
(Jun, 1990)



from National Geographic website:

The Seven Wonders of the Middle Ages:

The Colosseum of Rome
The Catacombs of Alexandria
The Great Wall of China
Hagia Sophia of Constantinople
Stonehenge
The Leaning Tower of Pisa
The Porcelain Pagoda of Nanjing


Selamat Berjaya!

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

No comments:

Post a Comment