Friday, January 8, 2010

BERKONGSI PERINGATAN SESAMA INSAN.

PINTU KE NERAKA ("THE DOOR TO HELL") TELAH DITEMUI!

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMBIL PERINGATAN.

Salam untuk semua,


Orang-orang di kawasan ini menggelarkan lubang besar ini sebagai 'DARVAAZ' atau 'Darvaza' yang bermaksud Pintu Ke Neraka.


Diameter = Lebih dari 100 meter

Kedalaman lubang = lebih dari 20 meter (bersamaan tinggi bangunan 7 Tingkat)

Api yang keluar/menyala dari lubang ini sejak 1971 = hampir 39 tahun tak padam.

Manusia hanya boleh berada dekat tepi lubang untuk beberapa saat sahaja kerana suhu yang terlalu tinggi dan bahang yang terlalu panas!


Ini baru api di dunia
!

Atas: Lokasi 'DARVAAZ' atau Pintu Ke Neraka.



















Saksikan Pintu Ke Neraka ini (yang diambil dari Youtube):



Sama-sama kita menghargai setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala dan bersabar serta redha dengan ujian dan dugaan yang diberikan.

Gunakan peluang belajar ilmu kejuruteraan di Unisel dan Jepun untuk digunakan ke jalan kebaikan dan kemanfaatan umat Islam, bangsa dan negara tercinta. Serta pertingkatkan amalan agama sebagai bekalan di hari Pembalasan.

al A'raaf ; ayat 179

Dan sesungguhnya Kami (Allah) jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin & manusia, mereka mempunyai hati, tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka mempunyai mata (tapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah) . Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yang lalai.


Sekian,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

5 comments:

  1. terima kasih kepada prof atas info yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Thanks atas respons kalian semua. Sama-samalah kita jadikan iktibar.

    Salam

    Prof. Shukor

    ReplyDelete
  3. selain dari aspek ilmu duniawi,ade pengajaran dan iktibar berbentuk ruhi dari setiap kejadian Allah,mcm surah Al-a'raf yg prof highlightkan..moga2 smbil2 kita dok sibuk kejar ilmu2 ini,akhirat kita x trlepas pandang..wallahualam,tq atas prkongsian menarik dari prof

    ReplyDelete
  4. Saya hargai respons sdra. Masa umur muda ni memang cabaran hebat untuk seronok dgn kehidupan duniawi.

    Salam.

    Prof. Shukor

    ReplyDelete