Saturday, January 2, 2010

WIND-POWERED TRAM IN MELBOURNE - THINK!

TENTANG 'DISCOVERY' DAN WIND-POWERED TRAM.

Saya ingin sambung perkongsian ilmu dengan sdra-sdri sekelian. Sebelum ini, saya bincang ttg apakah yang dimaksudkan dengan 'Discovery' dan semalam, saya teringat pula kisah silam semasa jadi student di Melbourne, Australia selama 5 tahun.


Kali ini, saya ingin kongsi cerita tentang 'Generating electricity from wind power' dengan merujuk kepada tram di Melbourne yang bergerak dengan kuasa elektrik yang dihasilkan oleh kuasa angin. Interesting!


Saya yakin antara isu-isu global yang akan menjadi perbincangan hangat di seluruh dunia ialah ttg bagaimana kita boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui sumber-sumber asli seperti solar, angin, ombak laut dan arus air di lautan. Saya berharap ada pelajar2 JAD yang berminat untuk mendalami topik ini sepanjang belajar di Unisel dan Jepun. This will be a BIG issue in 2010 and beyond! Believe me...


Saya juga percaya topik generating electricity from wind power merupakan satu medan di mana electrical engineers and mechanical engineers boleh bekerjasama untuk merekabentuk, mencipta dan menghasilkan produk seperti wind power turbine and power distribution mechanism untuk menghantar arus elektrik dari LADANG KUASA ANGIN (Wind Farm) ke lokasi yang memerlukan kuasa elektrik seperti pejabat, kilang, bas elektrik, keretapi elektrik atau TRAM.

Sila rujuk kepada gambar-gambar berikut dan sila FIKIR, ANALISIS dan MEMBAYANGKAN apakah peranan yang boleh sdra-sdri sumbangkan dalam bidang yang semakin penting ini.

Atas: Kita perlu sama-sama membina generasi akan datang yang sayangkan bumi ini dan satu cara ialah membanyakkan pengunaan tenaga dari sumber-sumber asli. Kamu, pljr2 JAD semua ada peranan di sini. (Kanak2 ini terlibat semasa perasmian TRAM mengunakan elektrik dari kuasa angin di Melbourne - tahun 2008)


Atas dan bawah: Melbourne First Wind powered TRAM.





Atas: Ladang Kuasa Angin (Wind Power Farm) untuk menghasilkan kuasa elektrik.





Atas: Circuit Diagram untuk hasilkan arus elektrik dari kuasa angin. Boleh buat?




Saksikan dan pelajari tentang ENERCON E126 - The LARGEST Wind Turbine in the world.




Saya mencadangkan supaya ada pljr2 JAD yang mengambil inisiatif untuk buat Final Year Project (terutama yang belajar di Jabatan Environment di universiti2 di Jepun) atau Research di peringkat Master dan Ph.D dalam bidang ini. Dan terus menyumbangkan khidmat dan kepakaran di Malaysia berkaitan menghasilkan kuasa elektrik dari angin.

Amat berguna untuk pelbagai sektor industri di negara kita. Tapi perlu bandingkan kos dengan kaedah sedia ada yang menggunakan kuasa arang batu (pencemaran alam sekitar, ozon) dan kuasa hidro (air terjun dan empangan).


Selamat Berusaha.

Sekian.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

2 comments:

  1. salam. prof, agak2 sumber angin di malaysia sesuai ke?
    cukup ke angin? huhu~

    ReplyDelete
  2. Sumber angin memang banyak di beberapa lokasi seperti Pantai Timur Semenanjung (Kelantan, Terengganu) dan Sabah. Jabatan Metereologi ada banyak statistik. Cuma masalah utama ialah kos menyelenggara mungkin masih tinggi berbanding dengan kos menghasilkan eletrik dari arang batu dan hidro-elektrik.

    Prof. Shukor

    ReplyDelete