Sunday, January 31, 2010

ON THE ROAD TO SUCCESS - REVIEW OF THURSDAY 28 JAN 2010 GET-TOGETHER.

Salam dan Selamat Bertemu lagi,

Saya berhasrat untuk catitkan beberapa poin penting sekadar mengulangi apa yang telah dinyatakan di pertemuan 'Sembang-sembang petang Dekan JAD bersama pelajar2 Batch 3' pada Khamis 28 Januari 2010.


1. Pengertian 'SUCCESS'.

Saya ulangi definasi nya iaitu "Success is what we do/make/utilise/ with the OPPORTUNITIES that were given to us." The outcomes of any struggles are not the success, they are the results or the effects on how we successfully do with the opportunities.

Proper use of the OPPORTUNITIES = SUCCESS.


2. WHAT ARE YOUR DREAMS?

Apakah dan BERAPAKAH impian anda semua?


A wise man is the master of his own mind
A fool is a slave to his
-Publilius Syrus

Saya cadangkan bahawa setiap pelajar JAD Batch 3 supaya mempunyai 5 impian paling MINIMA. Ingat lagi lima impian tersebut? Kalau terlupa, sila bertanya dengan kawan-kawan yang ingat.....

Believe You Can Succeed and You Will

Most people never really believe in themselves, and as a result, they never get far. The moment you truly believe that you will succeed, your mind starts to think of ways to get there.

dipetik dari buku "The MAGIC of thinking BIG" by David Schwartz.
Saya juga turut berkongsi info bahawa pada masa ini saya selalu merujuk dan membaca berulang-ulang dua buku penting sebagai rujukan dalam melayari hidup saya sebagai seorang insan dan sebagai seorang professional. 2 buku tersebut ialah:

A. JANGAN BERSEDIH.



B. MILLION DOLLAR CONSULTING.

Buku ini adalah buku klasik kepada sesiapa yang berminat dan bercita-cita menjadi professional consultant!

Semasa saya belajar di Melbourne (1983-1987), antara buku rujukan penting saya ialah 'Bimbingan Mukminin' hasil karya Imam Al-Ghazali.

Nasihat saya ialah pelajar2 JAD patut memiliki at least 1 atau 2 buku rujukan utama sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian mengikut masa dan fasa hidup anda.

Saya ulangi beberapa petikan dari buku 'JANGAN BERSEDIH' untuk makluman sdra-sdri:

1. Jangan berdukacita jika JASA anda tidak dihargai, kerana anda hanya mengharap BALASAN Allah!

2. Jangan berdukacita selagi anda MASIH dapat berbuat baik kepada orang lain.

3. Jangan bersandar kepada orang lain, BIARLAH mereka bersandar kepada anda.



Poin terakhir.

Saya ingatkan bahwa dalam persedian menghadapi Final Exam nanti, lupakan segala ranking anda. Anggaplah semua pelajar adalah sama dan perlu bersikap bantu-membantu untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.

Opportunities are for all of you to work together. Jangan ada yang bersifat arrogant (berlagak) atau perasan yang dia seorang sahaja yang hebat dan bijak.

OK, itu sahaja.

SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM KEPADA SEMUA PELAJAR2 JAD.

Salam,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

No comments:

Post a Comment