Friday, March 19, 2010

SELAMAT BERANGKAT KE JEPUN KPD BATCH 3


REZEKI SAYA, REZEKI SDRA-SDRI, REZEKI MEREKA.
(Dan Selamat Berangkat Ke Jepun kepada Batch 3)

Inilah (foto di bawah) rezeki saya dan saya ucapkan Alhamdulillah.




Dan rezeki sdra-sdri.... BATCH 1 JAD, Alhamdulillah dah bergraduat dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan masing-masing dan sebhg dari sdra-sdri akan memulakan pengajian di peringkat Master, ada yg kembali ke tanahair dan ada yg akan memulakan karier yg diidam-idamkan.. Tahniah diucapkan...

Dan rezeki sdra-sdri..... BATCH 2 JAD, Alhamdulillah anda di Tahun Akhir kepada yg telah berjaya melepasi cabaran dan dugaan di U3. Selamat Berjaya diucapkan.


Dan rezeki sdra-sdri..... BATCH 3 JAD, Alhamdulillah anda akan berangkat ke Jepun pada 21 & 22 Mac 2010 untuk memulakan satu perjalanan yang cukup istimewa yg tidak dinikmati oleh orang lain termasuk saya, yaitu memasuki U3 dan U4 di negara Nippon. Happy? Suspens? Biase aje? Terpulanglah....

Harap jangan SIA-SIA kan peluang ini dan kembali semula ke tanahair tercinta untuk menyumbangkan khidmat bakti anda.... Mohon restu ayah bonda dan sanak saudara agar pemergian anda diberkati. Mulakan langkah dengan Bismillahirahman nir rahim, agar diberkati oleh Yang Maha Esa.


Dan rezeki sdra-sdri..... BATCH 4 & 5 JAD.... Alhamdulillah, 99% berjaya dan 1%, berkemungkinan rezeki anda belum atau bukan di JAD. Tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan. Semuanya ada hikmah yang tersembunyi...

Bagi saya sendiri, apa sahaja peluang yang diberikan kepada saya hatta berada dalam kapalterbang sekalipun, akan saya gunakan untuk menambah khazanah gedung pengetahuan saya terutama dalam bidang kejuruteraan. Justeru itu saya berharap sdra-sdri yang menaiki kapalterbang Boeing 777 MAS akan guna peluang untuk menambahkan ilmu berkaitan engineering yang boleh diperolehi semasa penerbangan nanti.

Seperti yang pernah saya katakan dulu bahawa saya takkan duduk diam dalam flight ke seluruh dunia! Semenjak mula naik k/terbang pada umur 17 tahun (selepas exam SPM) dari KL-Singapore-Brisbane (awal 1982) untuk buat matriks di Australia, setakat masuk cockpit Boeing 747, Boeing 737-800, Airbus 320, Airbus 330, DC-10, Boeing 767, Boeing 777, berbual dgn Kapten Pilot dalam cockpit, dah beberapa kali saya buat. Tengok sendiri macamana Kapten dan pilot handle kapalterbang. Berbual dengan pramugara dan terutamanya pramugari memang selalu saya lakukan kerana nak tahu itu dan ini dalam cabin. Ini semua menambahkan pengetahuan saya. So, enjoy your flight....

Video2 di bawah saya ambil semasa dalam cabin MAS Boeing 777-200 flight Narita ke KLIA (Business Class)......






Salam dan All the best! Do keep in touch... (melalui emel, blog atau FB saya)

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

2 comments:

  1. tak sabar nk naek kapal terbang. sebab tak pernah naek lgi. doakan saya dapt naek nanti prof.

    ReplyDelete
  2. Izat,

    Kamu biar betulll.... tak pernah naik aeroplane... Sy tak percaya..

    Saya ada meeting di Langkawi 24 April 2010... dah beli tiket Airasia RM49.00 aje.. one way

    Takpe, belajar betul2, nanti kapalterbang yg terbaik akan membawa kamu ke Jepun.. Tungguuuu...

    Salam.

    Prof. Shukor

    ReplyDelete