Wednesday, March 10, 2010

SENYUMAN & MEMORI 8 MAC 2010.


SENYUMAN MANIS BESERTA MEMORI INDAH 8 MAC 2010 DI HOTEL ISTANA, KL.


Sdra-sdri yang dikasihi sekelian,


Senyum lah.... dan teruskan menghadiahkan senyuman manis mu. Maka dunia dan makhluk-makhluk lain akan membalas senyuman mu seperti dalam gambar dibawah ini. Mungkin ini mesej yang ingin disampaikan oleh burung-burung tersebut.


Justeru itu, saya menjadikan tema 'senyuman' sebagai deskripsi nota-nota memori semasa program jamuan pra-graduasi pelajar2 JAD Batch 3 di Hotel Istana, KL pada Isnin, 8 Mac 2010.

Terima kasih kepada pihak YPM atas kesudian menaja dan menganjurkan jamuan berkenaan.


Diharapkan sdra-sdri Batch 3 dapat INGAT 2 poin utama ucapan alu-aluan saya iaitu:

1. A CALM OCEAN WILL NOT MAKE A SKILFUL MARINER.

Maksudnya begini: Laut yang tenang tidak akan menjadi seorang pelayar yang hebat atau mahir tentang selok-belok lautan tersebut. Bermakna, dalam mengejar impian menjadi seorang jurutera atau ahli profesional, ahli akademik, consultant, trainer, expert person dan apa sahaja, sdra-sdri harus bersedia menghadapi sepak-terajang, kesukaran, ditekan dan dihimpit, diuji dan dipantau sebelum benar-benar diakui sebagai seorang yang hebat dan dikenali di Malaysia atau di peringkat dunia. Sekadar satu perjalanan yang MUDAH serta DIMANJAKAN tidak akan membawa anda ke mana-mana.


2. Bersungguh-sungguh mengejar impian anda dan kembali ke tanahair dan menyumbang bakti kepada ayah-bonda, agama dan negara tercinta. Dan jangan lupa agar sentiasa senyum walaupun menghadapi ujian yang hebat!



Mesti selalu senyum walaupun berada di meja VVIP kerana di meja ini, makanan nya akan dihidangkan oleh pelayan-pelayan. Kena sabar kerana makanan mesti dibawa dari jarak yang jauh.


Sdri-sdri gembira kerana beramai-ramai di atas pentas. Namun mungkin akan terjadi di satu masa nanti, sdri berada SEORANG DIRI atas pentas dan beratus-ratus mata akan memerharikan presentation anda. Mesti yakin dan tetap senyum walaupun seorang diri nanti. Ingat ye....


Dalam apa sahaja aktiviti professional, persediaan yang rapi dan tersusun amat penting kerana satu kesilapan kecil akan menjadi isu besar di kemudian waktu. So, tingkatkan persediaan semasa di Jepun. Jangan gagal..


UNTUK PENSYARAH-PENSYARAH JAD.

Senyuman anda semua adalah sebagai satu tanda kepuasan kerana telah berjaya menjalankan tugas membimbing pelajar2 Batch 3 sehingga melayakkan anda semua bergraduat dan seterusnya 'terbang' ke Jepun. Senyuman kepuasan....



UNTUK PELAJAR-PELAJAR JAD BATCH 3........

Maslinda......, Tahniah kerana berjaya melepasi halangan dan ujian di Unisel... Kini cabaran baru di Jepun bakal mencari anda. Kekalkan senyuman manis sdri dan tabah serta sabar menghadapi dugaan di sana. Saya masih 'berhutang' satu soalan Maslinda dan akan jawab melalui emel bila Maslinda dah tiba di Jepun nanti.


Areff...., walaupun semenjak duamenjak ni keadaan dirimu kurang terurus... Heloooo, orang lain pun banyak kerja jugak!...... TETAPI sumbangan amal jariah mu dan keringanan tulang di JAD ini amatlah dihargai dan terima kasih diucapkan. Senyumlah selalu beserta kejayaan yang cemerlang akan sdra kecapi macammmmm..........macammmmmm....... saya-lah!



Masri.... walaupun kamu sebenarnya bukanlah penyanyi yang diundang khas ke jamuan ini TETAPI sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan bertanggungjawab kepada rakan-rakan lain amatlah dihargai dan terima kasih di ucapkan. Teruskan memberi senyuman walaupun berhadapan dengan ujian di Jepun nanti. Farahin, keep on smiling dan sila inform saya bila dah jumpa your 'turning point'.... Adni, sila pertahankan momentum kejayaan anda disamping senyuman yang manis...



Nur Sakinah...., Jangan lupa berjuang bersungguh-sungguh di Jepun nanti dan kekalkan senyuman anda di sana. Cuma jaga-jaga kerana ada tempat-tempat yang tak perlu senyum.....



Ain...., perjuangan di Jepun adalah lebih mencabar dan hebat. Anda pun sedia maklum. Namun kekalkan senyuman walaupun bakal berhadapan dengan ujian yang mencabar di sana nanti.



Hidayah......., nice to meet you... Senyuman pantai timur... All the best dan dapatkan kejayaan yang cemerlang di Jepun. Take care!



Amir, Amelia, Adni, Farahin dan Farhana.... First of all, kamu ni kan....dah takde tempat lain ke nak bergambar dengan saya? Kena bersila dan bersimpuh kat tangga hotel pulak tu.... Boleh jatuh saham saya ni.!.. Anyway, Nice smiles.... Harap kekalkan senyuman anda dan kejayaan cemerlang bakal dikecapi di Jepun nanti.


KEPADA PELAJAR2 JAD YANG LAIN.

Kekalkan prestasi terbaik anda di Unisel beserta senyuman yang memberi 1001 makna bahawa anda semua adalah bakal ahli profesional yang akan berbakti kepada tanahair tercinta suatu masa nanti.


SENYUMAN TEAM PEJABAT DEKAN JAD.

Yang ini, saya kena senyum besar kerana ada 2 wanita penting di pejabat Dekan. Kak Nik Mazanah yang banyak membantu dan di masa yang sama memberikan nasihat dan pandangan beliau kepada pelajar2 JAD. Nurul Huda, Secretary Dekan, juga banyak memudahkan urusan pelajar2 JAD. Jadi senyum kami adalah senyum hadiah kepada semua pelajar2 JAD Batch 3 yang akan berangkat ke Jepun.

OK, All the best... Keep in touch.

Salam dan maaf dipinta dari saya sepanjang menjalankan tugas sebagai DEKAN JAD kepada Batch 3.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

1 comment:

  1. A smile cures the wounding of a frown.
    -William Shakespeare

    ReplyDelete