Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN.

Salam keberkatan dan limpahan rahmat kepada pelajar2 JAD yg dihurmati
sekelian,

Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak. Saya ucapkan 'Selamat menjalani ibadah puasa serta ibadah2 lain dengan tabah dan sabar'. Bg pelajar2 U1 dan U2, anda semua telah menerima keputusan exam Semester 1/2010/2011. Tahniah kepada yg berjaya dgn cemerlang dan jangan berdukacita kepada yg kurang terserlah. Still ada semester 2/2010/2011 dan SIS. Kepada Batch 6, anda semua berada dalam radar saya dan semua sensei tetap berusaha membantu anda.

Justeru itu, sama-sama kita sambut Ramadhan kali ini dengan penuh keinsafan serta bermaaf-maafan dengan kaum keluarga serta sahabat-handai. Terima-lah mesej berikut ini:

Ramadhan datang dan pergi, Walaupun beribu kali, adakah telah ku mungkiri janji ku lagi, Pada Mu Illahi, terima-lah amalan ku kali ini, Selamat Menjalani Ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Apakah kita pernah berdosa kepada IBU yang amat berjasa?
Apakah kita pernah menyakiti hati AYAH yang berkorban untuk kita?
Apakah kita pernah mengguris perasaan ADIK-BERADIK kita?
Apakah kita pernah mempermainkan rakan taulan dan mereka yang kita KASIHI?
Mohonlah keampunan dan kemaafan dari mereka di Ramadhan yang berkat ini.


Dari saya, maafkan segala kesilapan dan kedaifan yang ada.


Abdul Shukor

3 comments:

  1. TQ2, Ayesya.... Hows results? Happy kan....

    Salam

    Prof. Shukor

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.
    huhu.ada lah peningkatan.hehehehehe.walaupun sikit. =)

    ReplyDelete