Friday, July 16, 2010

Tambah ilmu kejuruteraan

Bersantai sambil tambahkan ilmu pengetahuan

The FALKIRK WHEEL.

Soalan: Bagaimana hendak menghubungkan 2 terusan yang tidak terletak di paras yang sama serta memudahkan bot dan kapal untuk belayar tanpa sebarang gangguan?

Jawapan: Bina Falkirk Wheel, di Glasgow, Scotland.

This is a good and excellent engineering design.



When the connection between two Scottish canals was disconnected, a clever solution to reconnect them was employed. Instead of linking them by a series of locks, a giant rotating wheel was constructed to lift and lower the boats the 79 feet from one canal to the other.

These caissons always weigh the same whether or not they are carrying their combined capacity of 600 tonnes (590 LT; 660 ST) of floating canal barges as, according to Archimedes' principle, floating objects displace their own weight in water, so when the boat enters, the amount of water leaving the caisson weighs exactly the same as the boat. This keeps the wheel balanced and so, despite its enormous mass, it rotates through 180° in five and a half minutes while using very little power. It takes just 22.5 kilowatts (30.2 hp) to power the electric motors, which consume just 1.5 kilowatt-hours (5.4 MJ) of energy in four minutes, roughly the same as boiling eight kettles of water.

Obviously for mechanical engineers, the challenge is to design and develop power transmission systems using gears .... untuk angkat bebanan dari bawah ke atas dan sebaliknya.

For EE engineers, the challenge is to design the communication system from the control room to the actual machine.



Sama-sama kita perhatikan satu pencapaian kejuruteraan yang hebat.

Inilah yang kita harapkan pelajar2 JAD boleh menyumbang sesuatu untuk kebaikan rakyat Malaysia.

Selamat Berjaya dalam exam.

Salam

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Tuesday, July 13, 2010

A Gentle Reminder.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 1/2010/2011.

Salam dan bertemu lagi,

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, yep, final exam week yang amat dirindui oleh semua pelajar2 JAD. Mulai 14 Julai 2010 sdra-sdri akan bersengkang mata dan memerah minda serta keringat untuk mendapat markah tertinggi seterusnya memastikan keberlangsungan misi dan matlamat mendapat segulung ijazah dari Nippon.


Saya doakan semoga Allah mengurniakan kebijaksaan dan kemudahan menjawab soalan2 exam serta beroleh markah yang tinggi. Harap mengambil perhatian kepada aspek2 ibadah, doa, pemakanan dan waktu rehat yang cukup. Takde guna kalau kejayaan cemerlang ditagih tetapi badan merana dek faktor-faktor kesakitan dan penyakit badan.

Whatever you give to life, it gives you back,
Do not hate anybody,

The hatred which comes out from you
will someday comeback to you,

Love others. And love will comeback to you.



Pertemuan dengan Pengurus Projek dari YPM akan diaturkan pada 13 Julai 2010. Mohon sdra-sdri gunakan kesempatan ini untuk mendengar kata-kata nasihat dan peransang dari Tuan Pengurus Projek.


Bagi saya, hari-hari yang berlalu amatlah menyeronokkan. Sepanyol juara... dah agak dah. Pada Ahad 11 Julai 2010, diadakan pertemuan istimewa dengan kawan2 sekolah rendah (1971-76) dan sekolah menengah (1977-1981) di Ampang Jaya, KL. Apa lagi, kecoh-lah jawabnya tatkala manusia2 berumur 46 tahun bertemu semula. Saya bertemu dengan 5 orang kawan lama yang terpisah selama hampir 31 tahun! Inilah antara kepuasan hidup.

Kawan2 sekolah yang masih bersama-sama selama 3 dekad!


Ladies di atas ni kira2 pangkat Mak atau Mak sedara pelajar2 JAD... Seorang dah bermenantu, seorang akan dapat menantu tak lama lagi, dan lain2 menungggu menantu... Mungkin pelajar2 JAD kot....? Saya adalah manager mereka.. So, Kena buat betul2!


Birthday Boy... saya lah.. Tahun 2010 kira bersejarah untuk saya sebab 3 kali dapat birthday kek! Birthday saya adalah tiap-tiap bulan! Untung badan....



Mungkin sdra-sdri akan melalui fasa seperti saya 20, 30 atau 40 tahun akan datang... Mudah-mudahan. Ianya sesuatu yang menyeronokkan!


OK, SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA!

Salam

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Tuesday, July 6, 2010

Sesi Tambah Ilmu....

TEROWONG Jalan Terpanjang Di Dunia (24.5 KM)

Many of us have driven through the SMART Tunnel (less than 5 KM about 5 minutes).

Imagine driving for 24.5 KM for about 30 minutes in a tunnel!
...
Bayangkan 24.5 KM ialah dari Dataran Merdeka di KL hingga ke Pusat Bandar Shah Alam. Underground driving via Federal Highway.....

This longest tunnel is located in Norway... an excellent engineering feat. As an engineer and safety professional, saya suka melihat dari aspek psikologi pemandu. What are the potential risks and hazards?

This is a good question bila sdra-sdri terlibat dalam research or project... Tanya sendiri: What are the potential risks and hazards to the user?

In this tunnel ada 3 lokasi dimana kawasannya agak luas dan konsep warna cahaya yang berlainan dipasang. Warna BIRU, GREEN and Yellowish di gunakan untuk mengurangkan tekanan atau pressure kepada pemandu dan penumpang kereta setelah berada dalam kegelapan untuk satu masa yang lama.

Interesting engineering design..... So, kalau pelajar2 JAD yg terlibat dalam kuiz I'm smarter than Tadika student, sila ingat..

What is the longest road tunnel in the world? MALU kalau tak dapat jawab!!




Salam

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

Sunday, July 4, 2010

SEMBANG2 DEKAN JAD bersama BATCH 6.

Salam sejahtera dan Selamat bertemu lagi,

Bingkisan untuk Pelajar2 JAD, khususnya, Batch 6.


Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana dapat berpeluang berjumpa dan mengadakan satu sesi sembang2 akademik bersama pelajar2 JAD Batch 6 pada Jumaat 2 Julai 2010 di LT1, Kampus Unisel Shah Alam.


Saya ingin mengulangi beberapa maklumat penting untuk dijadikan iktibar dan perangsang oleh sdra-sdri Batch 6 yang saya sendiri menggangap sebagai pelajar2 JAD yang terpilih dan hebat.


O..yess, sebelum terlupa.. Saya adalah bekas pelajar MTD atau RMC 1980. Saya adalah termasuk dalam kumpulan anti-ragging melampau di MTD. Batch saya pada tahun 1981 juga ada yang dibuang dari MTD serta-merta akibat terlibat dalam aktiviti ragging yang tidak masuk akal!





Saya ulangi kategori-kategori pelajar2 yang mengikuti program peringkat universiti di luarnegara untuk makluman sdra-sdri.


Kategori 1 - Pelajar yang serius dan fokus untuk menjadi seorang engineer dan akan sanggup berkorban dan bersusah payah demi mencapai cita-cita murni tersebut hatta terpaksa belajar di Jepun.


Kategori 2 - Pelajar yang semata-mata ingin melanjutkan pelajaran ke luarnegara tanpa menfokuskan untuk menjadi engineer yang professional. Yang penting dapat belajar di luarnegara.


Kategori 3 - Pelajar yang memang suka ditawarkan peluang belajar di luarnegara kerana seronok dapat 'peluang' sedemikian. Dia tetap akan belajar dan berusaha tapi tidak kisah sekiranya tidak bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan pengajiannya di universiti.


Kategori 4 - Pelajar yang memilih program JAD kerana disuruh atau diarahkan oleh pihak lain.


Saya yakin semua pelajar2 JAD adalah mereka yang tergolong dalam Kategori 1.


Kepada Batch 6, kehadiran sdra-sdri di JAD adalah membawa satu misi perjuangan yang penting. Misi ini adalah besar impaknya kepada kehidupan sdra-sdri pada 5, 10, 15, 20 atau 30 tahun akan datang. Sdra-adri akan melayari kehidupan pada umur 20-an, 30-an, 40-an dan seterusnya bertitik-tolak dari pencapaian sdra-sdri di peringkat universiti sekarang.


Para pensyarah (sensei2) bahasa Jepun amat menitikberatkan prestasi sdra-sdri di peringkat awal Semester 1 Sesi 2010/2011 ini. Kiranya yang ni gagal, bermakna peluang sdra-sdri untuk teruskan pengajian di JAD akan tamat. Kena faham betul-betul.


Kehidupan semasa Tahun 1 Diploma atau Matriks ini memang menyeronokkan kerana masa ini ialah masa TRANSISI dari alam sekolah menengah ke alam universiti.


Saya pun seronok sakan semasa buat Matriks tahun 1982 di Brisbane, Australia. Bayangkan Form 5 (SPM) akhir 1981 kemudian Februari 1982 terbang ke Brisbane untuk buat Matriks dalam keadaan umur yang amat muda, tentulah seronok. Tempoh ini memang banyak cabarannya.




Begitu juga dengan sdra-sdri, sememang masa ini ada masa yang seronok. Almaklumlah, akan 'terbang' ke Jepun dalam masa 3 tahun lagi.... Tapi benarkah sdra-sdri dah kira 'confirm' ke Jepun? Selagi sdra-sdri belum MELANGKAH masuk dalam kapalterbang MAS di KLIA untuk ke Tokyo pada Mac 2013, tolong jangan terlalu yakin... Belum pasti lagi. Cuba buat sasaran yang munasabah... Lepas kan dulu Semester 1 2010/2011 ini.


Saya berharap sdra-sdri batch 6 selalu memanfaatkan saya sebagai Dekan JAD untuk bertukar-tukar maklumat, bertanyakan soalan2 yg berkaitan akademik, kehidupan seharian dan prospek kerjaya serta kehidupan sebagai anak yang membawa harapan besar ibu-bapa. Insya allah saya boleh berkongsi semua ini.



Program JAD tidak sama dengan program SPM. Amat berbeza sekali. Ditambah dengan keutamaan kemahiran berbahasa Jepun.. satu cabaran yang hebat! Saya katakan semasa sesi sembang2 bahawa 'A Fool always thinks of yesterday and tries to reach that yesterday' tapi 'A Wise person will always look for tomorrow with a serious preparation today.' Harap fahami maksud kata-kata ini.

Saya telah bertemu dengan seorang pelajar Batch 6 di pejabat saya atas permintaan sensei2 kerana pelajar ini didapati TIDAK SERIUS dalam pengajian beliau dalam kelas. Saya beri dia tempoh 1 minggu untuk berubah kepada yang lebih baik dan yakin. Beliau berjanji akan berubah. Pelajar2 Batch 6 perlu baca Buku Panduan Akademik selalu terutama bahagian Penilaian prestasi akademik anda. Ini penting sebagai satu ingatan yang mesti difahami.


Saya telah menamatkan pengajian ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekanikal di Royal Melbourne Insitute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia pada awal 1988 - 22 tahun yang lalu. Tapi kepuasan dan kesoronokan menamatkan pengajian dengan jaya masa dapat dirasai sehingga hari terutama kejayaan saya mendapat markah 'HIGH DISTINCTION' untuk projek tahun akhir. Ini kepuasan saya!


Hari ini, dalam melangkah ke umur lewat 40-an, saya juga masih menikmati berbagai kepuasan. Alhamdulillah! Antaranya kepuasan bertemu dan meneruskan ikatan persahabatan dengan kawan semasa di sekolah rendah (1971-1976), kawan di sekolah menengah (1977-1979), kawan2 di Maktab Tentera DiRaja (1980-1981), kawan2 semasa Matriks di Brisbane (1982) dan kawan2 semasa di universiti (1983-1993).




Foto (Bawah): Kawan2 sekolah rendah bersama cikgu-cikgu yang dikasihi (2 orang) semasa re-union gathering pada 10 April 2010.


Justeru itu, saya mengharapkan pelajar2 JAD mesti menetapkan apakah kepuasan anda setelah berhempas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda dari Jepun?


Mulakan langkah serius untuk tujuan itu SEKARANG!


Salam


Selamat Berjaya!

Prof. Abdul Shukor Kota Kemuning

Tuesday, June 8, 2010

Kawan baik saya dan abang angkat pelajar2 JAD.




Tabahkan hatimu, Adz

Salam

Prof. Shukor

Post Mortem Report 4-6 JUN 2010

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

4 JUN 2010 - Steering Committee Meeting.

Berpeluang menyatakan halatuju pendidikan kejuruteraan untuk pelajar2 JAD dan keperluan menepati agenda YPM dan negara.

Prof. Murimoto menyampaikan hujah beliau semasa meeting.


En. Syariff, CEO YPM membentangkan hujah beliau semasa meeting.


Giliran saya pula untuk membentangkan laporan akademik JAD untuk dibahaskan semasa meeting.




6 JUN 2010 - Batch 6 JAD ke Unisel.

Selamat Datang Ke Program JAD Unisel/YPM kepada pelajar2 Batch 6!


En. Mohd. Ali menyampaikan ucapan alu-aluan beliau kepada para ibu-bapa pelajar JAD Batch 6 di LT2


Saya juga turut mennyampaikan ucapan Selamat Datang kepada ibu-bapa pelajar yang hadir.



Sebenarnya saya mewakili hal-ehwal akademik dan pihak YPM sebagai penaja pelajar2 JAD menggunakan forum rasmi seperti meeting dengan pihak universiti2 Jepun untuk menyatakan keprihatinan kami terhadap kebajikan anda semua serta keperluan untuk menamatkan pengajian kejuruteraan dan seterus kembali ke tanahair untuk menaburkan bakti dan jasa anda semua kepada masyarakat dan negara.


Selamat Berjaya!


Prof. Abdul Shukor.

Friday, June 4, 2010

BUSY, BUSY, BUSY WEEKEND AND WEEKDAY AHEAD.

Salam untuk semua pelajar2 JAD sekelian,

It's going to be a busy, busy, busy weekend and weekdays untuk saya mulai hari ini Jumaat 4 Jun 2010.


Jumaat 4 Jun

Pagi - Japanese University Education Fair 2010 (untuk U1). To deliver an opening speech.

Petang - JUG 58th Steering Committee Meeting. Kena bagi JAD Academic Report. 15 Japanese' Universities professors and reps will listen to my report...

JOINT STEERING COMMITTEE MEETING


DATE : 4 JUNE 2010 [FRIDAY]

VENUE : LEVEL 1, REBANA HALL 2 & 3

GRAND BLUEWAVE HOTEL, SHAH ALAM

TIME : 16:00 TO 18:00


AGENDA

  1. Opening remarks by Chairman

  1. Welcome Speech by Representative of YPM

    1. JAD Academic Report [By JAD’s Dean]

    1. Report on Monitoring [By JUCTe’s Expert]

2.1 Outlook of Existing Students in Japan

2.2 Result of Credit Transfer <3rd Batch>

2.3 Faculty and Department which accept 4th Batch students

3. University Placement Schedule [By JUCTe’s Expert]


Malam - Dinner, sponsored by YPM.

Sabtu (5 Jun) - Education Fair (for U2) - Opening Speech lagi.....


Ahad (6 Jun) - Pendaftaran pelajar2 JAD Batch 6 di Unisel... Ucapan alu-aluan dari saya sebagai Dekan JAD.

Jemputan ke kenduri kahwin - Ada 2 jemputan.

Isnin (7 Jun) - Minggu Orientasi pelajar2 JAD Batch 6.

Petang - Mesyuarat Senat Unisel

Other work to complete... Kena siapkan 3 proposal for Occupational Safety & Health program untuk client. Dan lain-lain kerja berkaitan.

Selamat Bersantai Hujung Minggu.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning