Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana dapat berpeluang berjumpa dan mengadakan satu sesi sembang2 akademik bersama pelajar2 JAD Batch 6 pada Jumaat 2 Julai 2010 di LT1, Kampus Unisel Shah Alam.
Saya ingin mengulangi beberapa maklumat penting untuk dijadikan iktibar dan perangsang oleh sdra-sdri Batch 6 yang saya sendiri menggangap sebagai pelajar2 JAD yang terpilih dan hebat.
O..yess, sebelum terlupa.. Saya adalah bekas pelajar MTD atau RMC 1980. Saya adalah termasuk dalam kumpulan anti-ragging melampau di MTD. Batch saya pada tahun 1981 juga ada yang dibuang dari MTD serta-merta akibat terlibat dalam aktiviti ragging yang tidak masuk akal!
Saya ulangi kategori-kategori pelajar2 yang mengikuti program peringkat universiti di luarnegara untuk makluman sdra-sdri.
Kategori 1 - Pelajar yang serius dan fokus untuk menjadi seorang engineer dan akan sanggup berkorban dan bersusah payah demi mencapai cita-cita murni tersebut hatta terpaksa belajar di Jepun.
Kategori 2 - Pelajar yang semata-mata ingin melanjutkan pelajaran ke luarnegara tanpa menfokuskan untuk menjadi engineer yang professional. Yang penting dapat belajar di luarnegara.
Kategori 3 - Pelajar yang memang suka ditawarkan peluang belajar di luarnegara kerana seronok dapat 'peluang' sedemikian. Dia tetap akan belajar dan berusaha tapi tidak kisah sekiranya tidak bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan pengajiannya di universiti.
Kategori 4 - Pelajar yang memilih program JAD kerana disuruh atau diarahkan oleh pihak lain.
Saya yakin semua pelajar2 JAD adalah mereka yang tergolong dalam Kategori 1.
Kepada Batch 6, kehadiran sdra-sdri di JAD adalah membawa satu misi perjuangan yang penting. Misi ini adalah besar impaknya kepada kehidupan sdra-sdri pada 5, 10, 15, 20 atau 30 tahun akan datang. Sdra-adri akan melayari kehidupan pada umur 20-an, 30-an, 40-an dan seterusnya bertitik-tolak dari pencapaian sdra-sdri di peringkat universiti sekarang.
Para pensyarah (sensei2) bahasa Jepun amat menitikberatkan prestasi sdra-sdri di peringkat awal Semester 1 Sesi 2010/2011 ini. Kiranya yang ni gagal, bermakna peluang sdra-sdri untuk teruskan pengajian di JAD akan tamat. Kena faham betul-betul.
Kehidupan semasa Tahun 1 Diploma atau Matriks ini memang menyeronokkan kerana masa ini ialah masa TRANSISI dari alam sekolah menengah ke alam universiti.
Saya pun seronok sakan semasa buat Matriks tahun 1982 di Brisbane, Australia. Bayangkan Form 5 (SPM) akhir 1981 kemudian Februari 1982 terbang ke Brisbane untuk buat Matriks dalam keadaan umur yang amat muda, tentulah seronok. Tempoh ini memang banyak cabarannya.
Begitu juga dengan sdra-sdri, sememang masa ini ada masa yang seronok. Almaklumlah, akan 'terbang' ke Jepun dalam masa 3 tahun lagi.... Tapi benarkah sdra-sdri dah kira 'confirm' ke Jepun? Selagi sdra-sdri belum MELANGKAH masuk dalam kapalterbang MAS di KLIA untuk ke Tokyo pada Mac 2013, tolong jangan terlalu yakin... Belum pasti lagi. Cuba buat sasaran yang munasabah... Lepas kan dulu Semester 1 2010/2011 ini.
Saya berharap sdra-sdri batch 6 selalu memanfaatkan saya sebagai Dekan JAD untuk bertukar-tukar maklumat, bertanyakan soalan2 yg berkaitan akademik, kehidupan seharian dan prospek kerjaya serta kehidupan sebagai anak yang membawa harapan besar ibu-bapa. Insya allah saya boleh berkongsi semua ini.
Program JAD tidak sama dengan program SPM. Amat berbeza sekali. Ditambah dengan keutamaan kemahiran berbahasa Jepun.. satu cabaran yang hebat! Saya katakan semasa sesi sembang2 bahawa 'A Fool always thinks of yesterday and tries to reach that yesterday' tapi 'A Wise person will always look for tomorrow with a serious preparation today.' Harap fahami maksud kata-kata ini.
Saya telah bertemu dengan seorang pelajar Batch 6 di pejabat saya atas permintaan sensei2 kerana pelajar ini didapati TIDAK SERIUS dalam pengajian beliau dalam kelas. Saya beri dia tempoh 1 minggu untuk berubah kepada yang lebih baik dan yakin. Beliau berjanji akan berubah. Pelajar2 Batch 6 perlu baca Buku Panduan Akademik selalu terutama bahagian Penilaian prestasi akademik anda. Ini penting sebagai satu ingatan yang mesti difahami.
Saya telah menamatkan pengajian ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekanikal di Royal Melbourne Insitute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia pada awal 1988 - 22 tahun yang lalu. Tapi kepuasan dan kesoronokan menamatkan pengajian dengan jaya masa dapat dirasai sehingga hari terutama kejayaan saya mendapat markah 'HIGH DISTINCTION' untuk projek tahun akhir. Ini kepuasan saya!
Hari ini, dalam melangkah ke umur lewat 40-an, saya juga masih menikmati berbagai kepuasan. Alhamdulillah! Antaranya kepuasan bertemu dan meneruskan ikatan persahabatan dengan kawan semasa di sekolah rendah (1971-1976), kawan di sekolah menengah (1977-1979), kawan2 di Maktab Tentera DiRaja (1980-1981), kawan2 semasa Matriks di Brisbane (1982) dan kawan2 semasa di universiti (1983-1993).
Foto (Bawah): Kawan2 sekolah rendah bersama cikgu-cikgu yang dikasihi (2 orang) semasa re-union gathering pada 10 April 2010.
Justeru itu, saya mengharapkan pelajar2 JAD mesti menetapkan apakah kepuasan anda setelah berhempas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda dari Jepun?
Mulakan langkah serius untuk tujuan itu SEKARANG!
Salam
Selamat Berjaya!
Prof. Abdul Shukor Kota Kemuning
thanks 4 the artikel, prof~!!
ReplyDeleteTQ t4-p4u.
ReplyDeleteAda ketika nya kita perlu fikirkan dan rancangkan apakah ciri2 kepuasan setelah bekerja keras kerana perkara2 sebegini memberikan ransangan untuk berjaya dengan cemerlang.
Salam
Prof. Shukor
arigatou prof^_^ doakan kejayaan kami dalam final exam yg nk dkat ni..lagi satu sem tp maseh bnyk halanganT___T
ReplyDeleteBismillah,
ReplyDeleteYa Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Kurniakan lah kejayaan dan pencapaian yang terbaik dan cemerlang kepada pelajar2 JAD yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Moga-moga kejayaan mereka ini bakal dimanfaatkan untuk kebaikan ummah, masyarakat, komuniti, dan negara tercinta.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
dari
prof. shukor