Tuesday, July 13, 2010

A Gentle Reminder.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 1/2010/2011.

Salam dan bertemu lagi,

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, yep, final exam week yang amat dirindui oleh semua pelajar2 JAD. Mulai 14 Julai 2010 sdra-sdri akan bersengkang mata dan memerah minda serta keringat untuk mendapat markah tertinggi seterusnya memastikan keberlangsungan misi dan matlamat mendapat segulung ijazah dari Nippon.


Saya doakan semoga Allah mengurniakan kebijaksaan dan kemudahan menjawab soalan2 exam serta beroleh markah yang tinggi. Harap mengambil perhatian kepada aspek2 ibadah, doa, pemakanan dan waktu rehat yang cukup. Takde guna kalau kejayaan cemerlang ditagih tetapi badan merana dek faktor-faktor kesakitan dan penyakit badan.

Whatever you give to life, it gives you back,
Do not hate anybody,

The hatred which comes out from you
will someday comeback to you,

Love others. And love will comeback to you.



Pertemuan dengan Pengurus Projek dari YPM akan diaturkan pada 13 Julai 2010. Mohon sdra-sdri gunakan kesempatan ini untuk mendengar kata-kata nasihat dan peransang dari Tuan Pengurus Projek.


Bagi saya, hari-hari yang berlalu amatlah menyeronokkan. Sepanyol juara... dah agak dah. Pada Ahad 11 Julai 2010, diadakan pertemuan istimewa dengan kawan2 sekolah rendah (1971-76) dan sekolah menengah (1977-1981) di Ampang Jaya, KL. Apa lagi, kecoh-lah jawabnya tatkala manusia2 berumur 46 tahun bertemu semula. Saya bertemu dengan 5 orang kawan lama yang terpisah selama hampir 31 tahun! Inilah antara kepuasan hidup.

Kawan2 sekolah yang masih bersama-sama selama 3 dekad!


Ladies di atas ni kira2 pangkat Mak atau Mak sedara pelajar2 JAD... Seorang dah bermenantu, seorang akan dapat menantu tak lama lagi, dan lain2 menungggu menantu... Mungkin pelajar2 JAD kot....? Saya adalah manager mereka.. So, Kena buat betul2!


Birthday Boy... saya lah.. Tahun 2010 kira bersejarah untuk saya sebab 3 kali dapat birthday kek! Birthday saya adalah tiap-tiap bulan! Untung badan....



Mungkin sdra-sdri akan melalui fasa seperti saya 20, 30 atau 40 tahun akan datang... Mudah-mudahan. Ianya sesuatu yang menyeronokkan!


OK, SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA!

Salam

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

No comments:

Post a Comment