BERKONGSI DETIK GEMBIRA PELAJAR SAYA HARI INI, SABTU 19 DISEMBER 2009.
Salam sekali lagi. Di harap pelajar2 JAD yang sedang bercuti, tentu gembira berihat sepuas-puas hati. Yang ada kelas tambahan, bersabar dan tabah menghadapi dugaan...sikit aje tuuu.
Kalau malam tadi saya dan isteri di Hotel Concorde Shah Alam untuk jamuan perkahwinan berprestij tinggi, hari ni Sabtu 19 Disember 2009, kami sekali lagi menjadi tetamu di majlis perkahwinan bekas pelajar Mechanical Engineering saya iaitu Wan Nurtiza binti Wan Husni, 25 tahun, di Rawang, Selangor.
Jadi saya ingin berkongsi cerita gembira ini. Maklumlah musim cuti, banyak jemputan kahwin. Lagi pun, saya harap cerita gembira sebegini akan menjadi iktibar dan perangsang untuk sdra-sdri belajar bersungguh-sungguh hingga jaya-nya dan seterusnya memasuki fasa kehidupan yang baru seperti Nurtiza ini.
Majlis kahwin Tiza ini juga adalah peluang terbaik saya untuk bertemu semula dengan ex-students Mechanical Engineering saya semasa mereka belajar di Unisel.
Ini bukanlah kali pertama saya dijemput ke majlis perkahwinan x-students saya. Ramai dah... Tiza ni beria-ria sms pada saya minta alamat rumah saya kerana dia nak poskan kad jemputan kahwinnya. Harapan Tiza ni agar saya dapat datang ke hari bersejarah beliau.
Saya sertakan foto-foto yang sempat dirakamkan dan beberapa catitan untuk dikongsi bersama dengan sdra-sdri. Untuk memeriahkan lagi, saya mendedikasikan lagu "JOGET SINDIR PESAN" dari kumpulan Black Dog Bone untuk Tiza dan suami. Kena dengar lagu ni betul-betul sambil lihat foto-foto di bawah. Kami yg berumur 40-an dan 50-an sekarang memang membesar dengan kumpulan Black Dog Bone, Alleycats, Carefree, Jamal Abdillah, Aishah, Sharifah Aini dan Sudirman.
Joget Sindir Pesan
Artist: Black Dog Bone
Berjalan kaki arah titian
Anak puyuh mencari makan
Andainya hati sudah berkenan
Usah tangguh buat lamaran
Jangan mata keranjang
Bila sedang berkasih
Jagalah hati sidia
Kalau sudah merajuk
Engkau yang serba salah
Apa kau buat tak kena
Pohonlah pauh ditebang tebang
Di sebelah rumah pak anjang
Di dalam tempoh sedang bertunang
Berbagai cabaran mendatang
Harus tabahkan hati
Fitnah usah peduli
Jangan bertindak melulu
Jauhkan pertengkaran eratkan kasih sayang
Bersandarkan keimanan
Jangan hanya di masa bertunang
Berjalan berpimpin tangan
Bila sudah bersuami isteri
Tak mahu berjalan bersama
Bungalah rampai bunga kemuning
Tambah pula harum kasturi
Kalau dah sampai hari bersanding
Jangan lupa mengundang kami
Muga panjang usia dapat sama raikan
Untuk melihat mempelai
Bersanding depan ramai jangan tak tahan hati
Bila kena sindir pesan
Wajah Raja & Permaisuri Sehari - 19 Dis 2009.
Bertemu dengan x-students Mechanical Engineering, Unisel - sama batch dengan Wan Nurtiza.

Bersama-sama Ayah pengantin perempuan. Mak pengantin di belakang saya...

BERSANDING DI ATAS PELAMIN (SAYA PUN TUMPANG SEKAKI...)

Apakah yang boleh kita jadikan iktibar?
Pada saya, perancangan dan fokus tentang apa yang ingin kita capai dalam masa 2, 3 atau 4 tahun dari sekarang amatlah penting. Kalau keutamaan menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan adalah penting, maka itulah adalah prioriti anda semua. Menamatkan pengajian dengan JAYA-NYA...itu fokus utama. Yang lain tu boleh kita rancang dan aturkan pelan-pelan.
Pelajar2 JAD lebih bertuah dari mereka yang di atas ni. Mereka ni sedang berhutang dengan PTPTN walaupun mereka dah graduate. Pelajar2 JAD bila graduate tak perlu risau2 ttg bayar balik YPM. Tak de ikatan lagi.... Sepatutnya, sdra-sdri boleh mencapai kejayaan yang lebih baik dari mereka di atas.
Sama-sama kita rancang dan laksanakan sebaik-baiknya.
Seperti yang saya selalu katakan, kalau ada masalah sila-lah berbincang dengan saya. Anywhere, anytime, 24 hours a day. Saya selalu available. Jangan perasan boleh buat sendiri-sendiri, kelak rugi.
Salam Cuti-cuti.
Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

sy setuju dengan prof berkenaan pentingnya perancangan,sama ada pelan jangka pendek atapupun panjang,di samping x melupakan objektif dan matlamat utama.Saya cadangkan agar pelajar-pelajar JAD diberikan 1 kursus/kaunseling/ceramah pendek,1 hari nye sesi je berkenaan perancangan kerjaya dan peluang2 yg boleh diterokai sebagai bakal jurutera.kalau mcm ini mungkin pelajar2 bole nampak kapasiti2 yg boleh di'explore' sndiri
ReplyDeletebab antara biasiswa dgn PTPTN ni x dpt dinafikan mmg kami sgt bruntung la..ibarat buku akaun,ada debit dan kredit pada pengakhiran,ada plak baki bawa ke hadapan.1 rezeki bg kami sejurus dpt graduate,sama ada kami bermula dengan '0' ataupun '+'..manakala pemegang PTPTN plak bermula dengan '-'
-wallahualam