Sunday, March 28, 2010

FORMULA 1 ROUND 2 - MELBOURNE AHAD 28 MAC 2010


F1 RACING DI MELBOURNE, AUSTRALIA HARI INI (28/03/2010)

Ohhhh... ALBERT PARK... Tempat JOGGING KU.............

Sdra-sdri,

Kiranya bercita-cita dan minat menjadi jurutera Mekanikal atau Elektronik, pasti anda semua sedang menonton siaran langsung Round 2 F1 Race (sekarang di TV).




Pertandingan sedang berlangsung di Melbourne Albert Park, Australia. Saya pernah menyewa sebuah apartment bersama kawan-kawan di Albert Park semasa di 2nd Year tahun 1984. Yes, F1 di Melbourne memberi peluang saya melihat Melbourne dan Albert Park secara live....

Dalam bulatan di atas, kawasan apartment yg saya sewa semasa belajar di RMIT, Melbourne. Anak panah menunjukkan arah Melbourne City. Setiap hari guna tram untuk ke universiti. Lokasi Racing F1 adalah di sekeliling Albert Park.... Ohhhhh... Tempat JOGGING ku...


Saya pernah tinggal di kawasan St. KILDA tidak jauh dari Albert Park, Melbourne.

OK. Itu sahaja.

Salam

Prof. Abdul Shukor.

Saturday, March 27, 2010

CANTIK-NYA LANSKAP UNIVERSITI INI.


CANTIK-NYA LANSKAP TOKYO UNIVERSITY OF TECHNOLOGY (TUT)
BERSAMA DENGAN 'MODEL' SAMBILAN YANG DIJEMPUT.

Sdra-Sdri sekelian,


Saya menerima banyak respons dalam facebook saya apabila foto berikut ditunjukkan kepada rakan-rakan saya. Saya sendiri memang suka melihat foto ini kerana amat tertarik dengan hasil lanskap yang ada di TUT. Pada pandangan saya, sesebuah universiti mesti mewujudkan satu lanskap yang istimewa selari dengan kewujudan universiti sebagai gedung ilmu.


Berikut adalah antara komen2 yang terdapat dalam facebook saya untuk tatapan sdra-sdri.


Bayangkan, rakan2 dan x-students saya tak pernah belajar di TUT apatah lagi melawat ke TUT, tapi dengan melihat gambar aje dah teruja.... ditambah pula ada model sambilan berdiri di depan lanskap TUT... memang memberi satu mesej yang positif. Untung betul kepada pelajar2 JAD yang menuntut di TUT.

Satu mesej yang boleh kita kongsi bersama ialah impression diri, rupadiri sebagai seorang professional samada engineer, consultant, ahli akademik dan ahli korporat adalah penting! Semoga dapat dihayati.

Salam

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Friday, March 19, 2010

SELAMAT BERANGKAT KE JEPUN KPD BATCH 3


REZEKI SAYA, REZEKI SDRA-SDRI, REZEKI MEREKA.
(Dan Selamat Berangkat Ke Jepun kepada Batch 3)

Inilah (foto di bawah) rezeki saya dan saya ucapkan Alhamdulillah.




Dan rezeki sdra-sdri.... BATCH 1 JAD, Alhamdulillah dah bergraduat dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan masing-masing dan sebhg dari sdra-sdri akan memulakan pengajian di peringkat Master, ada yg kembali ke tanahair dan ada yg akan memulakan karier yg diidam-idamkan.. Tahniah diucapkan...

Dan rezeki sdra-sdri..... BATCH 2 JAD, Alhamdulillah anda di Tahun Akhir kepada yg telah berjaya melepasi cabaran dan dugaan di U3. Selamat Berjaya diucapkan.


Dan rezeki sdra-sdri..... BATCH 3 JAD, Alhamdulillah anda akan berangkat ke Jepun pada 21 & 22 Mac 2010 untuk memulakan satu perjalanan yang cukup istimewa yg tidak dinikmati oleh orang lain termasuk saya, yaitu memasuki U3 dan U4 di negara Nippon. Happy? Suspens? Biase aje? Terpulanglah....

Harap jangan SIA-SIA kan peluang ini dan kembali semula ke tanahair tercinta untuk menyumbangkan khidmat bakti anda.... Mohon restu ayah bonda dan sanak saudara agar pemergian anda diberkati. Mulakan langkah dengan Bismillahirahman nir rahim, agar diberkati oleh Yang Maha Esa.


Dan rezeki sdra-sdri..... BATCH 4 & 5 JAD.... Alhamdulillah, 99% berjaya dan 1%, berkemungkinan rezeki anda belum atau bukan di JAD. Tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan. Semuanya ada hikmah yang tersembunyi...

Bagi saya sendiri, apa sahaja peluang yang diberikan kepada saya hatta berada dalam kapalterbang sekalipun, akan saya gunakan untuk menambah khazanah gedung pengetahuan saya terutama dalam bidang kejuruteraan. Justeru itu saya berharap sdra-sdri yang menaiki kapalterbang Boeing 777 MAS akan guna peluang untuk menambahkan ilmu berkaitan engineering yang boleh diperolehi semasa penerbangan nanti.

Seperti yang pernah saya katakan dulu bahawa saya takkan duduk diam dalam flight ke seluruh dunia! Semenjak mula naik k/terbang pada umur 17 tahun (selepas exam SPM) dari KL-Singapore-Brisbane (awal 1982) untuk buat matriks di Australia, setakat masuk cockpit Boeing 747, Boeing 737-800, Airbus 320, Airbus 330, DC-10, Boeing 767, Boeing 777, berbual dgn Kapten Pilot dalam cockpit, dah beberapa kali saya buat. Tengok sendiri macamana Kapten dan pilot handle kapalterbang. Berbual dengan pramugara dan terutamanya pramugari memang selalu saya lakukan kerana nak tahu itu dan ini dalam cabin. Ini semua menambahkan pengetahuan saya. So, enjoy your flight....

Video2 di bawah saya ambil semasa dalam cabin MAS Boeing 777-200 flight Narita ke KLIA (Business Class)......






Salam dan All the best! Do keep in touch... (melalui emel, blog atau FB saya)

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

Wednesday, March 17, 2010

MEMORI MAJLIS KONVO 11 MAC 2010.


MEMORI YANG BERSEJARAH.... TAHNIAH UNTUK SEMUA!

Salam dan bertemu lagi kepada semua pelajar2 JAD,

Alhamdulillah, hari ni Rabu masuk ofis setelah selamat pulang ke Kota Kemuning dari Pulau Langkawi. Bayangkan nak masuk umur 46 tahun baru berpeluang melawat Pulau Langkawi buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya. Walhal dah berada di seluruh dunia sejak tamat SPM pada 1981 dulu. Gambar kenang-kenangan di Pulau Langkawi bersama famili saya disertakan...

- A POSTCARD FROM LANGKAWI -
Setelah bekerja keras selama 2 minggu atas tugasan seperti menganalisis results pelajar2 JAD, buat presentation dan mempertahankan prestasi sebhg pelajar2 JAD di Mesyuarat Senate Unisel & Japanese Universities, urusan memaklumkan results pljr2, majlis konvokesyen dan tugas-tugas lain, lega rasanya dapat bercuti di Langkawi disamping dapat berkenal-kenalan dgn isteri saya dan bersantai dengan anak2.

Mengimbas kembali detik-detik bersejarah kepada rakan2 pelajar2 JAD Batch 3 semasa Majlis Konvokesyen ke-3 pada 11 Mac 2010 yang lalu, saya ingin berkongsi beberapa foto sebagai kenang-kenangan semua.

Jam 2 petang - Persiapan terakhir membetulkan jubah konvo sebelum perarakan masuk ke dewan.


Ok, Dah habis make-up untuk maintain seri wajah kerana nak memanggil nama-nama graduan Batch 3 naik ke pentas. Jangan silap skrip.....


Adni and the gang dah ready untuk menikmati majlis meraikan kejayaan mereka...


Bersama-sama sensei yang berjasa. Jangan lupa menghargai sumbangan mereka....


Jam 2.45 petang - Ketibaan YAB Canselor Unisel dan terus dibawa ke bilik persalinan VVIP untuk memakai jubah Canseor.


Jam 4.20 petang - Tamat majlis konvo dan YAB Canselor dijemput menikmati jamuan petang.


Jam 2.30 ptg - Menanti kedatangan YAB Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor sambil menikmati lagu2 Melayu Retro yg dimainkan oleh band ... (yg saya lupa nak tanya...)


Pandangan ruang utama Majlis Konvo pada 11 Mac 2010.


Saya bergambar kenang-kenangan dgn warga kerja Yayasan Pelajaran MARA dan wakil Jepun. Dari kiri: Mr. Konta, En. Suhaimi, Yan dan Mala.... Sihat-walafiat bekerja dengan MARA niii....


Saya dan barisan Ahli Lembaga Pengarah MARA. Penaja kepada pelajar2 JAD ini.


Tahniah! Anda semua telah berjaya melepasi satu halangan dari pelbagai halangan. Selamat Berjaya... Dan orang yg duduk di tengah-tengah dengan jubah biru pastinya lega sebab satu tugasan penting dah selesai dengan jayanya..... Cuma kedudukan saya dalam group photo di atas telah mengingatkan saya kepada sesuatu.... Nanti lah saya kongsi ceritanya.


Harus diingat bahawa, majlis ini adalah kemuncak kepada perjalanan anda sebagai pelajar universiti. Ianya hanyalah satu upacara rasmi sebagai menobatkan anda telah sah bergraduat sebagai graduan Diploma. Kini graduat Diploma belum boleh menjanjikan bahawa anda akan berjaya sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda.... masih ada lebihkurang 20 bulan lagi.

Anything can happen. Seperti salah satu cabang 'Murphy's Laws' - If it can fail, it will fail..... If it can excel, it will excel'. As a calm sea will not make a skilful mariner.... maka BERSEDIA-lah graduan Diploma sekelian untuk berhadapan dengan ujian, cabaran dan dugaan seterusnya dalam misi anda untuk mendapat segulung ijazah sarjana muda. kepada Allah kita bertawakkal dan mengharapkan pertolongan. Jangan SIA-SIA kan peluang ini....

Salam dan buat-lah persiapan yang terbaik!

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

Monday, March 15, 2010

TAHNIAH! DAN SELAMAT BERJUMPA LAGI.....


MAJLIS KONVOKESYEN KE-3 PROGRAM JAD DAN TAHNIAH!
(sedang becuti di Langkawi.....)

Sdra-sdri,


Saya ucapkan TAHNIAH! di atas kejayaan Batch 3 kerana berjaya menerima skrol Diploma masing-masing dari YAB Canselor Unisel pada 11 Mac 2010 yang lalu. Malah saya gembira kerana anda semua telah sama-sama menjayakan dan memastikan bahawa ianya berjalan dengan lancar. Congratulations!

Group photo disertakan di bawah ini.


Saya ambil peluang untuk bercuti dengan famili di Langkawi setelah hampir 2 minggu bekerja, menganalisis, buat presentation kepada Senat Unisel dan Universiti2 Jepun, serta persiapan Konvokesyen. Bila masuk ofis semula, saya akan tulis lagi dalam blog.

Nak bersantai-santai dan enjoy kan minda sekarang....



(Foto-foto di atas) Bersama-sama Batch 4 dan Kuga sensei menaiki Cable Car di Langkawi.

Jumpa lagi......

Salam,

Prof. Abdul Shukor (dan seisi keluarga)

Pulau Langkawi.

Wednesday, March 10, 2010

SENYUMAN & MEMORI 8 MAC 2010.


SENYUMAN MANIS BESERTA MEMORI INDAH 8 MAC 2010 DI HOTEL ISTANA, KL.


Sdra-sdri yang dikasihi sekelian,


Senyum lah.... dan teruskan menghadiahkan senyuman manis mu. Maka dunia dan makhluk-makhluk lain akan membalas senyuman mu seperti dalam gambar dibawah ini. Mungkin ini mesej yang ingin disampaikan oleh burung-burung tersebut.


Justeru itu, saya menjadikan tema 'senyuman' sebagai deskripsi nota-nota memori semasa program jamuan pra-graduasi pelajar2 JAD Batch 3 di Hotel Istana, KL pada Isnin, 8 Mac 2010.

Terima kasih kepada pihak YPM atas kesudian menaja dan menganjurkan jamuan berkenaan.


Diharapkan sdra-sdri Batch 3 dapat INGAT 2 poin utama ucapan alu-aluan saya iaitu:

1. A CALM OCEAN WILL NOT MAKE A SKILFUL MARINER.

Maksudnya begini: Laut yang tenang tidak akan menjadi seorang pelayar yang hebat atau mahir tentang selok-belok lautan tersebut. Bermakna, dalam mengejar impian menjadi seorang jurutera atau ahli profesional, ahli akademik, consultant, trainer, expert person dan apa sahaja, sdra-sdri harus bersedia menghadapi sepak-terajang, kesukaran, ditekan dan dihimpit, diuji dan dipantau sebelum benar-benar diakui sebagai seorang yang hebat dan dikenali di Malaysia atau di peringkat dunia. Sekadar satu perjalanan yang MUDAH serta DIMANJAKAN tidak akan membawa anda ke mana-mana.


2. Bersungguh-sungguh mengejar impian anda dan kembali ke tanahair dan menyumbang bakti kepada ayah-bonda, agama dan negara tercinta. Dan jangan lupa agar sentiasa senyum walaupun menghadapi ujian yang hebat!



Mesti selalu senyum walaupun berada di meja VVIP kerana di meja ini, makanan nya akan dihidangkan oleh pelayan-pelayan. Kena sabar kerana makanan mesti dibawa dari jarak yang jauh.


Sdri-sdri gembira kerana beramai-ramai di atas pentas. Namun mungkin akan terjadi di satu masa nanti, sdri berada SEORANG DIRI atas pentas dan beratus-ratus mata akan memerharikan presentation anda. Mesti yakin dan tetap senyum walaupun seorang diri nanti. Ingat ye....


Dalam apa sahaja aktiviti professional, persediaan yang rapi dan tersusun amat penting kerana satu kesilapan kecil akan menjadi isu besar di kemudian waktu. So, tingkatkan persediaan semasa di Jepun. Jangan gagal..


UNTUK PENSYARAH-PENSYARAH JAD.

Senyuman anda semua adalah sebagai satu tanda kepuasan kerana telah berjaya menjalankan tugas membimbing pelajar2 Batch 3 sehingga melayakkan anda semua bergraduat dan seterusnya 'terbang' ke Jepun. Senyuman kepuasan....



UNTUK PELAJAR-PELAJAR JAD BATCH 3........

Maslinda......, Tahniah kerana berjaya melepasi halangan dan ujian di Unisel... Kini cabaran baru di Jepun bakal mencari anda. Kekalkan senyuman manis sdri dan tabah serta sabar menghadapi dugaan di sana. Saya masih 'berhutang' satu soalan Maslinda dan akan jawab melalui emel bila Maslinda dah tiba di Jepun nanti.


Areff...., walaupun semenjak duamenjak ni keadaan dirimu kurang terurus... Heloooo, orang lain pun banyak kerja jugak!...... TETAPI sumbangan amal jariah mu dan keringanan tulang di JAD ini amatlah dihargai dan terima kasih diucapkan. Senyumlah selalu beserta kejayaan yang cemerlang akan sdra kecapi macammmmm..........macammmmmm....... saya-lah!



Masri.... walaupun kamu sebenarnya bukanlah penyanyi yang diundang khas ke jamuan ini TETAPI sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan bertanggungjawab kepada rakan-rakan lain amatlah dihargai dan terima kasih di ucapkan. Teruskan memberi senyuman walaupun berhadapan dengan ujian di Jepun nanti. Farahin, keep on smiling dan sila inform saya bila dah jumpa your 'turning point'.... Adni, sila pertahankan momentum kejayaan anda disamping senyuman yang manis...



Nur Sakinah...., Jangan lupa berjuang bersungguh-sungguh di Jepun nanti dan kekalkan senyuman anda di sana. Cuma jaga-jaga kerana ada tempat-tempat yang tak perlu senyum.....



Ain...., perjuangan di Jepun adalah lebih mencabar dan hebat. Anda pun sedia maklum. Namun kekalkan senyuman walaupun bakal berhadapan dengan ujian yang mencabar di sana nanti.



Hidayah......., nice to meet you... Senyuman pantai timur... All the best dan dapatkan kejayaan yang cemerlang di Jepun. Take care!



Amir, Amelia, Adni, Farahin dan Farhana.... First of all, kamu ni kan....dah takde tempat lain ke nak bergambar dengan saya? Kena bersila dan bersimpuh kat tangga hotel pulak tu.... Boleh jatuh saham saya ni.!.. Anyway, Nice smiles.... Harap kekalkan senyuman anda dan kejayaan cemerlang bakal dikecapi di Jepun nanti.


KEPADA PELAJAR2 JAD YANG LAIN.

Kekalkan prestasi terbaik anda di Unisel beserta senyuman yang memberi 1001 makna bahawa anda semua adalah bakal ahli profesional yang akan berbakti kepada tanahair tercinta suatu masa nanti.


SENYUMAN TEAM PEJABAT DEKAN JAD.

Yang ini, saya kena senyum besar kerana ada 2 wanita penting di pejabat Dekan. Kak Nik Mazanah yang banyak membantu dan di masa yang sama memberikan nasihat dan pandangan beliau kepada pelajar2 JAD. Nurul Huda, Secretary Dekan, juga banyak memudahkan urusan pelajar2 JAD. Jadi senyum kami adalah senyum hadiah kepada semua pelajar2 JAD Batch 3 yang akan berangkat ke Jepun.

OK, All the best... Keep in touch.

Salam dan maaf dipinta dari saya sepanjang menjalankan tugas sebagai DEKAN JAD kepada Batch 3.

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.

Saturday, March 6, 2010

MAJLIS PERPISAHAN SENSEI JAD 2010.

Jumaat, 5 MAC 2010 - Majlis Perpisahan Pensyarah2 JAD

Seperti mana yang kita maklum, sebahagian pensyarah2 JAD akan tamat tempoh perkhimatan mereka dan akan meninggalkan program JAD untuk meneruskan karier dan tugasan masing-masing.

Kita mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan mereka dan semoga hubungan baik akan sentiasa berkekalan pada masa akan datang.


Ucapan alu-aluan dari saya sebagai Dekan..."TQ, All the best, Kenang daku dalam doa mu, bla...bla..."


Sensei membaca ucapan perpisahan beliau dalam Bahasa Melayu... Sabar menanti penghujung ayat nya...




Pn. Rohani - pensyarah yang dihormati dan dikasihi serta yang 'giler-giler' orangnya. Selamat Berjaya dan Good Luck!


Miss Teraoka - akan berkhidmat di Vietnam....


Posing istimewa sensei2 Jepun bersama-sama Dekan kesayangan mereka... Sesak...


Kak Nik Mazanah dengan posing hebatnya serta Nurul - Steady.....


Menu kita hari ini ialah nasi beryani, redang daging, sayur campur dan kurma ayam. Air pula ialah Cold Japanese Tea.




Posing istimewa atas permintaan Miss Teraoka.

Selamat Berjaya dan Good Luck kepada semua yang akan meninggalkan Program JAD dan memasuki fasa baru dalam karier masing-masing.

Salam,

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

RESULTS EXAM U1 DAN MATRICS JAD.

Sdra-sdri sekelian,

Mesyuarat Joint Academic Board (JAB) pada Jumaat, 5 MAC 2010 telah menganalisa dan memutuskan beberapa keputusan penting berkaitan results exam U1 dan Matrics. Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang. Kepada yang telah dihubungi untuk re-sit exam dan keputusan-keputusan lain, mohon bertindak dengan segera.

Kepada yang akan re-sit exam, anggaplah ini sebagai peluang terakhir untuk tetap kekal dalam program JAD. Peluang yang terakhir....

Sila hubungi sensei masing-masing untuk mengetahui prestasi anda.

Selamat Bercuti & Jumpa lagi.........

Salam

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning.