Saturday, April 3, 2010

SELAMAT MEMULAKAN SEMESTER BARU 2010/2011


KEMBALI KE JAD, UNISEL....
SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN

DAN SENYUM-SENYUM LAH SELALU...

Setelah seronok bercuti bersama kaum keluarga yang tercinta, kini semua pelajar2 JAD akan meneruskan perjuangan untuk Semester Baru 2010/2011. Yang telah berlalu pasti takkan dapat diubah-ubah. Pandang ke hadapan, perbaiki kesilapan, perkemaskan persiapan diri dan senyum-senyum selalu seperti seekor ikan yang cute ini.



Walaupun kelihatan agak hodoh si paus ini (Foto di bawah), tapi mampu tersenyum kerana dia adalah pemangsa yang cukup hebat di dasar laut. Pengajarannya ialah, orang lain mungkin tidak memandang endah terhadap kita kerana mungkin ada kekurangan pada diri sendiri.... Biarkan.... Yang penting, kita sendiri mampu mencapai kejayaan yang memuaskan diri sendiri walaupun tidak diendahkan oleh orang lain.




Tetapi berhati-hati dengan senyuman mereka-mereka yang mahu menghancurkan masa depan kita laksana jerung yang ganas seperti foto di bawah ini. Mereka akan menjerat sdra-sdri dengan senyuman yang menawan tetapi sekiranya sdra-sdri TERSILAP langkah, maka sdra-sdri akan hancur menjadi makanan si jerung ini.


Fahamilah maksud kata-kata saya ini. Si jerung ini boleh diumpamakan seperti sikap sambil lewa, maksiat-maksiat yang selalu dilakukan, lalai, bersikap over confident dan 'bodoh sombong'.

SELAMAT BERJAYA dan ALL THE BEST...

Prof. Abdul Shukor
Kota Kemuning

3 comments: