Tuesday, December 15, 2009

APAKAH MATLAMAT BELAJAR DI PROGRAM JAD?

HARI INI (ISNIN 14/12/2009) SAYA TURUT MENGALIRKAN AIRMATA.

Salam kpd pelajar2 JAD, (Sila kongsi artikel ini dengan kawan2 di program JAD).

Sepanjang hampir 11 bulan saya diberikan tanggungjawab sebagai Dekan Program JAD, ada beberapa kali saya terlibat dalam sesi mengalirkan airmata. Setakat hingga pagi Isnin tadi saya masih boleh maintain 'macho' saya untuk tidak mengalirkan airmata, tetapi tadi bile sorang ayah dan ibu yang telah lanjut usia mengalirkan airmata bila meluahkan harapan mereka tentang anak mereka di JAD ni, saya pun sama-sama terharu dan mengalirkan airmata.....

Bulan April 2009 dulu bila 4 orang pelajar JAD disingkirkan dari program YPM ini, pejabat saya jadi lokasi mengalirkan airmata. Saya jadi tukang hulurkan tisu TESCO kepada pelajar yang sedih teramat sangat. Nak buat cammana dah rezeki di JAD setakat itu...


Setakat hari Isnin ni (14 Dis 2009), saya & YPM sudah memanggil dan berjumpa dengan 3 keluarga pelajar JAD di Unisel.
Kekadang saya terfikir apakah aku ni akan hadapi sesi mengalirkan airmata sepanjang jadi Dekan JAD? Tak de kerja lain ke.....? Walhal saya ada 7-8 tugasan sana-sini. Nak maintain 2 blogs dan moderate satu e-group (kawan2 saya di sekolah rendah Tahun 1972-1976 & menengah 1977-1979) serta 5 emel postings.

Soalan saya kepada pelajar2 JAD Batch 1 - 5 ni ialah ..... kepada SEBAHAGIAN KECIL pelajar2 yang ikut program JAD ni, apakah sebenarnya matlamat anda nak belajar di Jepun dan untuk graduate?

Macam pagi tadi, dua (2) keluarga datang bertemu dengan saya, sanggup korbankan masa kerja dan tugas harian masing-masing disebabkan masalah anak-anak mereka di JAD, Unisel,..tak ke menyusahkan ibu bapa namanya?

Saya dah beberapa kali cakap pada pelajar2 JAD iaitu Jangan Menyusahkan Mak dan Ayah sepanjang belajar di universiti. Mereka dah cukup susah membesarkan sdra-sdri. Tak semua mereka ni millionaire (jutawan)! Setakat mak ayah kerja makan gaji dan anak-anak pula belajar di JAD guna biasiswa YPM, nak bangga tang mana???


Tapi ada sebahagian pelajar-pelajar JAD (sebgh sahaja BUKAN semua, ye....) yang dah berangan-angan..... BELUM graduate lagi! BELUM pergi Jepun lagi dah menyusahkan Mak Ayah.

* Ada yang dah pelan NAK KERJA part-time untuk kumpul duit banyak2 di Jepun.
* Ada yang nak ambil/beli AP untuk beli kereta Toyota Caldina, Aphard untuk bawa balik ke M'sia.
* Ada yang nak berkahwin dalam keadaan prestasi akademik yang tak tentu arah.
* Ada yang bercouple sampai tak ingat Malaikat Izrail setiap hari melihat mereka!
* Ada yang mencuri dan mengambil barang-barang milik kawan di tanpa rasa bersalah
* Ada yang semakin TERUK keperibadian nya sehingga terpaksa diingatkan oleh saya dan pegawa2 YPM.

Isu-isu di atas ini pada saya, dan selalu saya cakap...... adalah hal-hal peribadi dan terpulang pada diri pelajar2. Sendiri BIKIN, SENDIRI TANGGUNG!

Tetapi pelajar2 JAD MESTI ingat... apabila telah menandatangani SURAT PERJANJIAN dengan YPM, sdra-sdri SAMADA suka atau tidak, PERLU MENGIKUT setiap arahan dan kandungan perjanjian. Saya tak pernah baca secara detail kandungan perjanjian YPM dengan anda semua TETAPI sebagai seorang pemegang biasiswa KERAJAAN pada tahun 1981-1987, saya tahu bahawa antara MATLAMAT dalam perjanjian ialah:
"pelajar dikehedakki menamatkan pengajian DENGAN JAYA-nya".

Takde pula dalam perjanjian kata:

* Pelajar digalakkan membeli & membawa balik kereta sebab kereta tak di jual di Malaysia.
* Pelajar dikehendakki bekerja part-time di luar negara sebab elaun sara hidup bulanan TIDAK CUKUP
* Pelajar dikehendakki Kahwin dan Beranak-pinak dan pihak penaja akan menanggung KOS-KOS terbabit untuk mengadakan kenduri kahwin.

* Pelajar boleh balik ke Malaysia kalau dah GIVE-UP belajar di Jepun.......

Tetapi 4 perkara di atas ni lah yang dilakukan oleh sebahagian pelajar2 JAD.... Nak berkahwin? silakan. Perkara yang baik, memang bagus. Tapi kalau prestasi akademik tunggang-langgang, kemudian penjamin 1 dan penjamin 2 tak sependapat supaya pelajar kahwin, Takke MENYUSAHKAN Mak Ayah, dan mereka yang meletakkan harapan kepada sdra-sdri (seperti pihak YPM, saya dan rakyat Malaysia)? Kalau rasa-rasa tak mahu graduate sebagai ENGINEER, sila maklumkan awal-awal kepada YPM dan saya. Sekurang-kurangnya bayaran GANTIRUGI tu tak lah Mahal sangat....

Kemudian ada pelajar-pelajar yang bercinta/bercouple sehingga lebih suka ikut cakap pakwe/makwe masing daripada cakap Mak dan Ayah. Kau orang ni kan BERLAGAK tak kena tempat! Saya mula lah geram nii......

Hello, Bro, saya pun bercinta jugak masa di Universiti tapi TAK DE lah menyusahkan Mak dan Ayah (Arwah ayah meninggal dunia masa saya di 2nd Year di Melbourne) dan takde menyusahkan penaja saya.

Zaman belajar di University adalah zaman susah, zaman survival, zaman membentuk keperibadian yang hebat dan personaliti yang mempunyai sifat kepimpinan untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara tercinta. Bukan zaman nak kumpul duit banyak2, zaman nak beli kereta mewah. Habis!.... bila umur 30-an, 40-an, 50-an, dah tak boleh kumpul duit? Tak boleh beli kereta?


Kalau nak kaya dan banyak duit, bukan masa di universiti. Setakat pergi ke Jepun belajar 2-3 tahun guna biasiswa YPM, di manakah kehebatan sdra-sdri? Sepatutnya, dengan amanah diberikan biasiswa YPM itu akan menjadikan sdra-sdri lebih bertanggungjawab, lebih mulia dan bersungguh-sungguh menamatkan pengajian dengan jayanya.

Saya tak pandang sangat kepada graduan luarnegara yang berjaya lebih-kurang atau so-so aje dan bawa balik kereta mewah atau bawa pulang duit banyak2. Sebab itu semua bukan matlamat diberikan biasiswa.

Tapi saya akan berasa takjub dan bersyukur ke hadrat Illahi serta berbaloi saya dan semua rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan apabila pelajar telah graduate sebagai BEST STUDENT di university masing-masing dan balik ke tanahair sehelai sepinggang! Saya boleh bagi CASH (TUNAI) untuk dia sebagai hadiah....

Foto Atas: Di Tokyo University of Science.

Sdra-sdri di luar sana yang ada masalah, sila-lah berbincang dengan saya. Jangan buat tindakan yang bakal menyusahkan diri sendiri, Mak Ayah dan Penaja. Saya tak susah, saya nak enjoy. Umur saya sekarang adalah umur untuk enjoy tapi umur anda adalah umur untuk berjuang bersungguh-sungguh menamatkan pengajian dan berbakti kepada Mak Ayah, bangsa dan negara.

Kenapa perlu menyusahkan MAK dan AYAH? Kenapa perlu sesi mengalirkan airmata MENYESAL dan KECEWA?
Kalau airmata gembira tu lain-lah ceritanya....


Apalagi yang boleh saya lakukan untuk mengubah persepsi dan attitude sbhg pelajar2 JAD? Tolong bagi ide sikit...

Sama-sama lah kita INSAF dan BERUBAH kepada yang lebih baik dan hebat.

Foto Atas: Di Tokyo University of Technology.

Prof. Abdul Shukor.

4 comments:

  1. Tu yang belum datang, yang dah datang lagi banyak cabaran. Dengan entertainment dan internet yang laju amat lagi,niat boleh bertukar. Tapi Insyaallah kalau duduk dengan kawan-kawan yang niatnya betul dan nak jadi baik, insyaallah terjaga.

    Wallahhualam...

    ReplyDelete
  2. tertarik saya untuk berkongsi beberapa pendapat,mungkin berlaku kontra namun klo dilihat dari sudut berbeza,mana taw bole dpt idea/pndapat dari prof..

    sy suka dgn statement perjanjian iaitu "pelajar dikehedakki menamatkan pengajian DENGAN JAYA-nya". pndapat saya yg ingin dilontarkan=ADAKAH KITA MAMPU BERJAYA DENGAN STATUS PELAJAR UNIVERSITI? 2)SEJAUH MANA LINGKUNGAN TAKRIFAN 'BELAJAR'?
    Bg saya,klo da wat perkara2 yg mnyusahkan org len mcm prof sebut,dan abaikan perjanjian kerana gilakan kereta,duit dan len2..yg 2 memang sah2 salah.Tp bagi saya,waktu muda sebagai pelajar,kiranya ada waktu tp x amek peluang wat part time job,amatlah rugi.sebab2 sy berkata begini adalah=

    1)saya pasti kami dihantar belajar bukan utk bawak balik ilmu dan teknologi,sbb saya fikir,klo setakat blajar equation,theory dan experiment,bole ja wat kat mesia.Namun amatlah penting utuk kami membawa balik SISTEM/BUDAYA/CARA KERJA/ETIKA dll ke malaysia,dan bagi saya part time job adalah salah satu medan terbaik utk dapatkannya.Cth 1;bila saya kerja kt pos office,sy ditekankan dengan konsep AMANAH,walau sekeping surat namun itu AMANAH,walau sebaris alamat ' cik adik manis' namun itu RAHSIA,walau mahal barang pos,jgn berangan nak CURI.Keadaan ini '180 darjah' berbeza dengan Malaysia,anta barang pon kadang2 kena kebas..adoi

    Cth 2)Sistem yg baik,natijahnya baik/Mencegah lebih baik dari Merawat=saya kerja angkut sampah(kerja mybe nmpak xda klas)..sistem yg dibuat telah mensistemkan kerja/proses,pada masa sama manusia tersistem lalu melahirkan 'attitude'.Dari hal warna plastik sampah smpaila pemprosesan sampah,semuanya bersistem,maka natijahnya risiko berlaku kecelaruan/kotor/serabut adalah sgt rendah.Sama macam klo nk wat projek,klo perancangan masa pon dok drag ja,projek trbengkalai,untung ke mana,projek tinggal sejarah

    2)Saya rsa kesusahan mak n ayah saya,dan nampak cmna org susah kt Mesia. bila saya bekerja,baru taw cmna susah nk cari duit.Baru rasa penat cari rezeki.Bila air sampah terpercik kat muka,ada bapak yg da berpalit2 najis trpercik semata-mata nak kasi anak2 dia makan.Yes,betol kita bole jadi engineer berjaya,tp bila blik Mesia,kita bole jamin x yg kita bole tlg balik org2 susah2 kat Mesia yg turut byr cukai utk biasiswa kita,plg busuk pon kita taw macam mana susah mereka.Ada sesetengah 'Engineer Berjaya',nk tolong pak cik-pak cik operator pon malu.Plg terang lagi bersuluh,rmai 'golongan berjaya' tp tindas org bawah..haaa,spe makan kambing,dia rasa penin

    3)seorang chinese pernah berkata kpd sy 'u feel comfort when you're still baby,but if you are always be prepared to be comfort,you will be a baby forever

    bagi saya,kawan2 yg lain,SELAGI X MELANGGAR ISI KANDUNGAN PERJANJIAN,biarkan rasa kesusahan ada dlm diri masing2,even nak beli keta pon susah.dan mungkin ada yg da susun plan masing2

    Robert Kiyosaki dalam buku 'Rich Dad Poor Dad' mengatakan kereta 1 adalah liabiti,bukan aset.Tapi saya x setuju dengan beliau yg mungkin jumud melihat Jepun,Eropah dan Amerika sebagai lingkungan pendapat.Sedangkan di Malaysia ia aset,kerana kuasa membeli dan pendapatan per kapita kita amatlah rendah.Cth,di eropah,gaji 2k pound,kereta 10k pound.Di Mesia gaji Rm2k,kereta Rm60k.Ini sekadar contoh bagi sesiapa yg nak berfikir luar dari buku2 kejuruteraan,menjangkaui ekonomi ,x bermakna suma pelajar jepun kena beli keta..(kembali kita ingt ISI PERJANJIAN)

    Kesimpulan saya
    1)jgn langgar ISI PERJANJIAN
    2)jgn langgar AGAMA
    3)jgn nyusahkan org lain
    -perkara (1),(2),(3) adalah beriringan,maka tidak boleh terpisah salah satu daripadanya,ataupun 2 daripadanya ataupun ketiga-tiga (nak belajar ayat 'law')
    -jgn disini bermaksud tegahan/larangan
    4)ruang lingkup belajar amatlah teramat luas

    -skadar berkongsi idea/pndapat.harap maaf andai trkasar bhasa/kesilapan fakta/pandai cakap saja

    blog prof 'membrainstormkan otak saya'..tima kasih

    ReplyDelete
  3. best baca blog prof.bebudak jad semua kena baca blog prof.sebagai inspirasi kepada bebudak jad sbb bnyk sgt nasihat yg berguna.

    ReplyDelete
  4. 僕。。。一寸失望したです。

    ReplyDelete