Sunday, October 25, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARIRAYA AIDIL-FITRI JAD 2009 PADA JUMAAT 23 OKTOBER JAM 5.30 PETANG.

Salam utk semua pelajar2 JAD yg diingati,

Syukur Alhamdulillah, saya dapat sama-sama menikmati majlis sambutan Hariraya Aidil-fitri JAD 2009 buat pertama kalinya. Dan pertama kali juga saya join majlis hariraya aidil-fitri di luar bulan Syawal. Tapi takpe. Yg penting dapat makan. Tahniah kepada MPP JAD, pelajar2 yg terbabit menyediakan makanan, menyediakan peralatan serta mengambil bahagian semasa majlis berlangsung.


Sempat juga merakamkan beberapa foto sebagai memori untuk saya dan dikongsikan bersama pelajar-pelajar JAD.

Foto bersama sensei (wanita) Jepun.
Sensei2 Jepun ni sempat mengenakan pakaian kebangsaan kita dan menjamu selera. Ada seorang sensei perempuan di JAD berjumpa dengan saya. Dia kata yg dia berminat nak cari orang Malaysia (Melayu atau Cina) untuk berkahwin. Bolehlah tolong promosi kot-kot ada sedara, pak sedara atau cikgu2 lelaki di SBP yang berminat.... Saya ada maklumat sensei ni...

Foto-foto bersama-sama pelajar-pelajar JAD.

Foto di atas ni bersama Cik-Kak2 Batch 3 JAD. Seronok dapat bergambar Dekan JAD...sehingga terbit senyuman yang manis-manis.....ternampak gigi lagi.... Jangan himpit saya kuat-kuat! Sakit bahu saya dibuatnya. Maklumlah ada 4 orang! Kira dah cukup kuoram ni... Moga-moga senyuman manis pelajar2 JAD akan tetap berpanjangan walaupun usia telah meningkat, bebanan tugas dan tanggungjawab kerjaya dan keluarga bertambah, tetapi tetap 'MAINTAIN', walaupun bergelar engineer, ceria dan sentiasa kelihatan muda macam....., macam siapa ye?.... macam SAYA lah...contoh yang mudah!

Berselera betul sdri-sdri kita makan sehingga duduk atas lantai di dewan serbaguna Unisel ni... Takpe. Yang penting enjoy dan kenyang! Nanti di Jepun, bila Hariraya buat jamuan macam ni juga....

Foto sensei dan staf pentadbiran JAD yang banyak membantu pelajar-pelajar kita.
Beginilah coretan memori majlis hariraya aidil-fitri JAD 2009. Semoga ikatan silaturrahim yang telah terjalin akan kekal berpanjangan hendaknya.

Sekian.

Prof. Abdul Shukor
Shah Alam, Malaysia.




No comments:

Post a Comment